Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 4 Oktober 2012

Mencebik!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Hari ni sengaja nak tepek muka budak manja sorang ni. Ikut sapa ntah yang manja terlebih tu, hihi. Dia ni sangat berangin. Setakat hari ni lah.

Angin dia bukan sengaja. Kalau dia mengantuk, atau panas atau lapar, memang dia akan mengamuk tak tentu hala. So memang dah tahu la, apa yang dia nak. Cuma tak tahannya tu dia tak boleh sabar langsung. Terpaksalah mak bapak dia yang sabar lebih.

Tapi dia sangat sayangkan kami semua. Kalau aku ni tetiap hari dia peluk cium, bila2 dia teringat nak peluk. Kalau KRZ, puas juga aku  ingatkan si Fatin dan setakat ni setiap hari juga dia akan peluk cium. Itulah penambat kasih sayang kan. Peluk dan cium. Takkan nak tunggu tak ada cinta baru nak buat semua tu? Terlambat bebeh. Haha. :-P

Kalau Rafiq pula memang mangsa dia dok perli2, tapi kalau KRZ buli Rafiq dia akan marah. "Ayah janganlah buat Rafiq. Rafiq tu adik Fatin...". So penyayang. Kalau dia buli dan cubit takpe pulak eh?

Apa pun khas buat Fatin, semoga tabah hati nak ye menjalani hidup di dunia yang makin mencabar ni. Ummi doakan anak ummi jadi wanita solehah yang taat kepada perintah Allah SWT. Yang lain2 tu bonus je. Hihi.

Sampai jumpa lagi semua.

Wassalam.


p/s: Video ni aku buat sempena besday dia yang ke enam Ogos lalu. :-)




Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails