Kurang rajin.... Sebab tu korang dapat lihat seperti di bawah. Aku takut aku tak larat so awal aku siapkan sampai hari Khamis. Jumaat sebab masa panjang Fatin akan balik bersiap kat rumah.
Hihi. Nak kena train Fatin macam mana nak ngurus diri sendiri tanpa kehadiran aku.
Dalam masa terdekat ni, aku mungkin akan kena g kursus selama beberapa hari. So yg aku boleh buat macam ni lah.
Aku himpun set lengkap baju sekolah agama yang mengandungi baju kurung, kain, tudung dan yang dalam2. Lipat elok2 dan gulung sebelum letak getah setiap set.
Sediakan dua tuala juga. So dah bagitau Fatin. Tiap2 hari ambil segulung dan tolong sidai tuala selepas guna.
So far dia memang boleh bersiap sendiri. Yang buat aku risau dia suka cicirkan barang2. Mulalah baju tak cukup kain. Tudung pun kena pakai 2 hari.
Makan tengahari dia pun merisaukan juga. Lepas mandi sibuk nak main. Berkejaran ke sana ke mari. Elok2 dah wangi masam kembali. Busuk peluh.
Kalau aku ada aku akan paksa dia makan. Kalau tak ada tu yang risau sikit. Sebab kat sekolah agama takde rehat. Kelas terus sampai 5.30 petang.
Untuk budak2 yg sedang membesar kuat main pulak tu dah tentulah cepat lapar. Tapi selama yang aku kena stadium bulan Mac lepas, nampak oklah kan. Harap terus oklah ye.
Doa-doakan anak2 aku ala2 survivor macam aku juga. Senang untuk depa dan aku juga. Bukannya aku malas... Hihi. Kurang rajin.... :-p
Sampai jumpa.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan