Assalamualaikum.
Tak boleh tidur. Tak selesa. Sakit dan sebagainya. Tapi truly aku ok.
G jumpa dokter Khamis lepas katanya cuti sekolah ni, dia nak aku betul2 rehat. Minum air banyak2 dan rehat lagi.
Sebenarnya agak merimaskan kalau rehat banyak2 ni. Tambah pula kalau di rumah sendiri. Ada je kerja yang aku rasa aku mesti buat.
Walau tak teruk2 aku mengerjakannnya, tapi sehingga aku rasa ok baru aku stop. Contohnya cuci bilik air. Basically tak kotor bilik air ni kan. Sebab hari2 kita guna untuk mandi. Tapi, kesan atau daki yg tertinggal kat tiles tu... Buat aku sakit mata. Dari sakit mata turun ke hati. Udah jadi sakit hati pula. Hihi.
Tak boleh buat tak nampak. Sangat menyiksa jiwa tau. Kalau aku rasa tak larat sangat, aku akan panggil org dan upah cuci bilik air. Tapi banyak sgt halangannya. Tak berjaya dalam 2-3 bulan ni.
So bila aku macam fresh sikit, aku akan berus dinding tiles. Bila guna toilet dan duduk, mata straight kat tiles dinding tu. So sgt jelas la kalau ia sangat kotor.
Terkini, aku berus lantai dengan memegang menggunakan kaki. Amik kau. Almaklum aku dah tak boleh nak menunduk atau cangkung lama2. Kegemukan menghalang. Hihi.
Nanti kalau boleh nak kembali cergas. Bukan untuk orang lain. Diri sendiri dan anak2 juga.
P/s: Dah beberapa hari aku draft. Akhirnya terpost jua. Maaf lambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan