Assalamualaikum.
Heartbreaking moment. Ya. Memang betul. Macam nak pecah dada aku.
Rasa sangat serik. Kalau boleh aku tidak mahu lagi berhadapan situasi macam Jumaat lepas.
Memang azab yang melihat. Mengalir air mata. Tak tertahan lagi dah. Memang sangat menyedihkan. Semua yang ada menangis. Baru aku tahu kenapa mak tak mahu ikut dan lihat sendiri macam kami.
Mula2 dikeluarkan tiub yang keluarkan bendalur dari perut tu. Refleks bila nak keluarkan adik macam nak muntah. Kemudian, dikurangkan peratusan oksigen sehingga 0.
Mesin dimatikan. Dan kemudian doktor tinggalkan kami adik beradik. Sambil abg kakak aku amik giliran bisikkan kalimah Allah di telinga adik.
Adik bernafas dengan tenang sambil mata terpejam. Sangat tenang seperti sedang tidur. Perlahan-lahan sehingga nafasnya terhenti. Serta merta bibir berubah warna.
Kaki dan tangan berubah sejuk sedangkan sebelumnya adik demam panas. Ya. Panas sepanas2nya sebelum itu dalam masa 3 minit berubah sejuk. Kuasa Allah.
Aku dah tersandar di dinding. Kulihat Abg Adi terduduk beberapa kali. Abg Atan dan Kak Ana ambil giliran bisikkan kalimah syahadah.
Saat itu aku rasa seperti hendak menjerit supaya dipasangkan semula alat bantuan pernafasan adik. Biarlah adik terus hidup. Biarlah adik terus begitu asalkan dia ada.
Tetapi tak mungkin. Jika benar boleh melakukan begitu. Aku akan terus menyiksa adik. Badannya sudah mula luka2.
Bila adik berhenti bernafas, segera kuhadiahkan surah Yasin untuk adik. Lama juga kami dibiarkan bersama adik.
Kira2 hampir setengah jam. Adik meninggal sebelum jam 12. Tetapi doc masuk setelah jam 12. Dan umumkan masa kematian dia.
Doktor buka semula mesin bacaan tu. Dah tentu garis lurus je setiap satunya.
Dan aku pun. Terus speechless. Sampai sekarang aku macam rasa apa pun tak tahu. Aku tahu dan sedar adik dah tak ada. Tapi entahlah. Masih terasa seperti dia ada.
Segala memori zaman kecil. Dari sejak dia hendak dilahirkan aku simpan kemas2. Nanti lapang2 aku ceritakan. Kalau rajin la.
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.
1 ulasan:
salam takziah...sedey...
Catat Ulasan