Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 5 November 2012

Lemak Labu & Cencaru Sumbat

Assalamualaikum...

Lately post aku semua pasal makanan. Apakah?? Haha! Ya, aku suka nak main masak2 sekarang. Not really rajin la, tapi cam ada kepuasssan bila masak. Tak sedap pun org kata sedap gakk, bodekkks. :-P

Truly Fatin memang puji la, sedaplah ummi masak. Sebenarnya dia tu suka makan. Hihi. 


So lepas Maghrib tadi aku memulakan acara ketuk2 kuali. Menu sangat simple but first time ever masak lemak labu ni. 

Fyi, sayur labu ni antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. So, ikut sunnah la... dapat sikit pahala. Nak tahu kenapa aku first time masak? Seingat aku dulu aku tak pernah tengok pun kakak atau mak masak. Atau aku siap tinggal makan je, so tak tahu benda tu labu? Hihi...Dasar. Dasar kuat makannn! :-P


Lauk malam ini adalah cencaru sumbat. Lauk biasa2 je tapi jarang buat. Anak2 suka sangat masa first time buat dulu, so kali ni masaklah dua ekor. Kalah dengan lemak labu lauk ni. So antara dua lauk malam ini, yang mana satu pilihan anda???

Hihi. Again my life malam ini really2 plain. Nasib baik ada FaRa yang tak henti2 memujuk nak itulah, inilah. Fatin dengan ayat bodeks terbaik. Contohnya... "Fatin kan anak ummi, jadi Fatin nak main laptop jap." A very nice try la darling. But still cannot. Laptop ummi ni cepat sangat zahanam. Lama tak g service. Ke tak pernah langsung? ;-P

Sangat ngades kan beliau? Cam nak pangg pun ade gak rasanya. Gerammmmm!!!!

Rafiq pula asal pasang lagu je dia akan ajuk, ikut. Baru sekali dengar lagu hindustan "Oh my darling I love u!" Dia pun dok ikut.... pengsan la ummi dengan hangpa ni....

Penawar dan pengubat hati ummi. Kesayangan.


Ni depa mai lepas Maghrib tadi. Rafiq tu baru lepas mandi, cari baju x jumpa nak ummi carikan jugak. Manjesss. Menurun sapa la kan manja2 tu? ;-)

Hmmm. Cukup kot membebel malam ni. Nak lena awal. Esok nak kerja sampai petang lagi. Sampai jumpa lagi semua.

I heart u tau. Hmmm. Thanks sudi singgah baca belog ai. Mmmuahhss.

Assalamualaikum.

Ahad, 4 November 2012

Plain Sunday

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap2 semuanya sihat2 selalu ya. Aku dan anak2 ok, kalau update tu oklah maksudnya tau...Hihi..

Rasa macam kurang sesuatu tapi apa ya?? Semacam je rasanya sejak beberapa hari ni. Sebab ikut musim hujan kot? Terkadang aku pun terikut hujan jugak. Minah cembeng...biasak la...

So aku macam kebiasaan aku sekarang. Masak2 ala kadar. Jadi x jadi belasah. Janji boleh makan.

1. Kerabu mangga

2. Udang Masala

3. Smoothie Strawberry

Lepas makan, terus ke rumah kakak untuk cium tetiak mak. Rinduuuu sangat. Hmmm... bahaya tau bila rindu ni, termimpi2. Hihi...

Ada cerita pasal mimpi ni tau... tapi nanti jelah ye. Rafiq dah suruh cepat nak minta guna laptop. Bukan nak buat apa pun, sekadar tengok YouTube je pun.

Oklah ye, sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Khamis, 1 November 2012

Hujan...

Assalamualaikum...

Hujan menguasai hari ni. Hmm... Macam mana lah nak cakap. Hal ni.. bimbang ada yang salah faham pula. Haihhh...

Sebenarnya waktu hujan atau lebih tepat ketika hujan lebat, adalah antara masa yang paling mustajab untuk kita berdoa. Nak tahu kenapa? Dah tentulah kerana waktu hujan lebat Allah SWT buka semua pintu langit dan limpahkan rahmat buat kita.

Sebab tu kita biasa dengar hujan rahmat kan? Sebab masa langit terbuka, doa kita terus sampai. Dan mungkin akan tertunai dalam masa terdekat. Itu yang aku taulah. Kalau salah harap dimaafi.


Tadi masa kat tempat kerja, lepas waktu balik, hujan sangat lebat telah turun. Haihhh... libang libu hati ni mengenang macam2 perkara. Rindukan yang telah tiada... Haihhh....

Sebelum lebih parah, segera aku berwudhu. Kebetulan dah masuk waktu. PadaNya aku berserah dan berdoa. T_T

Tak mampu lagi untuk aku teruskan. Plis jaga diri korang baik2 ye. Aku selalu rindu tapi hati tak berapa jitu nak berblogging macam dulu.....

Sampai jumpa lagi nanti.

Assalamualaikum.

Masak Memasak

Assalamualaikum..

Apa khabar my kesayangans? Harap sihat2 selalu ya.. macam kita kat sini, sihat2 je. Letih badan jangan cakap la, timbunan kerja yang perlu diselesaikan pada penghujung penggal persekolahan. Rasa macam nak dipicit, nak diurut... nanti pi cari Cik Aina ya...hihi....

Lately mood masak aku datang. Kebetulan dapat buku sehari satu resipi tulisan Chef Hanielieza. Buku tersebut dihadiahi oleh seorang rakan sekerja sempena Hari guru yang lalu. Itulah kitab rujukan untuk masak sekarang. Hihi.

Ya udah, malas nak taip dah. Layan gambar ya.

1. Triffle.

2. Rendang kupang

3. Sup Merah Tulang

4. Ikan Percik

Sampai jumpa lagi. Mood berubah. Almaklum ikut cuaca. La ni tengah hujan, so faham2 je lah.

Wassalam.

Khamis, 11 Oktober 2012

Zikir Hari Khamis



Rabu, 10 Oktober 2012

Riadah belakang rumah...

Assalamualaikum....


Hai semua, apa khabar. Ni nak cerita kejadian Sabtu lepas. Backdated lama dah. Entah kenapa sekarang sangat malas dan macam tak ada mood nak jalan2 supermarket ke hape. Aku lagi suka duduk rumah tau.

Sejak aku cuti sakit tu rasanya yang kami start tak berjalan. Kurang lebih dah satu bulan. Jadi 2 minggu lepas memanng kat rumah saja dan aku kesian tgk anak2 bosan sgt2 dah.

Ambik mop baru sapu2 dinding. Verangan macamm2. Hihi.

Jadi Saabtu lepas aku amik keputusan bawak depa riadah kat belakang rumah je la. Pun dah cuku nak buat depa happy kan?

Layan gambar je lah. Aku takde mood sangat ni nak menaip. Mood mengantuk je lebih. Hihi. Tata semua. See u all soon. ;-)








Isnin, 8 Oktober 2012

Wad Pemerhatian Kecemasan HUKM

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Apa khabar korang semua? Harap2 semua sihat2 lah yer. Aku pula, Alhamdulillah, setakat hari ini sihat. Tidur sikit tapi cukup untuk buat aku cergas pagi2 ni. Hihi. Tengahari sikit mesti melepek penat... ;-)

Nak cerita sikit alkisah semalam subuh2 lagi dapat sms dari abg sulung minta tolong aku p jaga mak. Kebetulan kakak ada kerja yang tak dapat dielakkan. Kata beliau lagi mak tak berapa sihat.

Aku pun memang dah niat nak p jenguk mak. Tapi kenalah siap anak2. Bangunkan mandikan, bagi makankan...hihi

Tup tup sampai rumah kakak kat Klang, kakak aku kata mak masuk wad pemerhatian. Aku pun rasa cam nak pitam la juga waktu tu. Terduduk dengar berita tu. 

Tak tau nak cakap apa, fikir apa. Cam pening2, rasa nak marah, rasa nak pitam. Semua ada la. Last2 aku g baring atas katil yg biasa mak baring, pejam mata kejap dan aku pun call abg sulung.

Katanya mak ok, sedar dan boleh bercakap. Cuma tak boleh tinggal la. Kena ada teman.


So aku tinggalkan anak2 kat rumah kakak dan terus ke HUKM. Sampai sana, masa lunch, terus ganti tempat dengan abg Atan. Dia kena entertain boss katanya. Hari minggu pun kerja... Nasiblah abg ye...


Mak tak makan pun. Tak lalu katanya. Last2 aku yang bedal sayur sama ikan tu. Almaklum. Lapaq. Hihi.

Aku diberitahu gula mak hanya 3 sahaja. Bahaya tu. Normal 6-8 kan? Mak tak selera dan tak mahu makan. Doktor datang dan nasihatkan aku macam2, bagi mak apa yang mak nak makan supaya paras gula kembali normal. Hmmm...    

So masa mak tidur aku pun g la kafetaria yang memerlukan kerajinan untuk berjalan naik lif turun tangga jalan2 ke blok berlainan. Hihi. Eloklah jalan sikit. Kang org tegur kembang mula nak sentap x tentu pasal.

First round aku belikan mak kaya ball dan teh tarik. Sempat mak buat lawak kalau nama melayu semuanya cekodok je. Takde nak ball2. Ada kot 5 biji mak makan. Teh tarik abis la secawan. Udah peberet mak katanya.

Jadi masa yang agak mendebarkan la jam 2, tu. Harap sangat naik balik, supaya mak boleh balik. Dah rindu katil katanya.

Hasilnya cuma 4. Maksudnya mak kena makan lagi. Hmmm... aku g lagi ke kafetaria. This time around, I bought yong tau foo with chicken soup dan secawan air milo pula.

Dan masa pemeriksaan jam 4, naik kepada 7. Aku lega sangat sebab makin meningkat. so ada chance la balik awal. Lagi pun aku tak tahan la dengar mak rindu katilnya di rumah kakak tu. Hihi. Sekali lagi aku turun belikan beger ayam dan teh tarik. Mak makan sikit sgt beger tu. Tapi air habis la.


Bila jam 6 punya check, turun sikit kepada 6. So mak dah makin risau. Almaklum tetiba turun pula bacaannya. Maka aku sekali lagi ke mart dan niat nak beli teh tarik lagi. Sekali kafe dah tutup da... Belikan 3 air kotak iaitu laici, teh bunga dan soya. Harap2 dapatlah bantu mak nakkan balik gulanya.

Iklan jap, gambar aku. Hihi. Blog ai kan...hihi...harus enterframe...


So, mak sangat risau dan sanggup nak perabis baki beger yang beliau tak lalu mula2 tadi tu. Nasi untuk dinner sampai mak makan banyak juga, separuh. Itu pun sangat membantu jua.


Jam 8, pemeriksaan berikutnya di dapati gula mak dah 12. Jadi mak boleh balik. Alhamdulillah. Lega sangat. Aku risau kalau mak duduk wad. Mak sangat susah nak bergerak. So aku terus g hantar mak dan kebetulan nak amik FaRa kat rumah kakak.

Pada kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada misi dan dokter yang bertugas di Wad Pemerhatian Kecemasan HUKM pada 7 Oktober 2012. Terima kasih kerana lembut sabarnya melayan kerenah pesakit dan anak pesakit ini. Hihi. Jasa kalian sangat tinggi hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. InsyaAllah. Amin.

Sampai jumpa.

Wassalam.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Melahirkan Rasa Kehambaan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



Antara rasa kehambaan itu ialah rasa malu dengan Allah SWT, rasa cinta dan takut kepada Allah SWT. Juga rasa diawasi, menyerah dan harap kepada Allah. Kalau seseorang itu kuar beribadah, tetapi dia rasa riya', sombong dan takabbur, bermakna inadahnya tidak berperanan.

     Ibadah yang begini, yang melahirkan rasa ketuanan atau ketuhanan, bukan kehambaan, tdak akan diterima Allah. Diumpamakan seorang hamba yang hendak menghadap raja, tetapi dengan sombong dan bongkak serta mencekak pingggang dia bercakapp dan berhadap sembah di hadapan raja, tentunya dia akan dimurkai oleh raja.

     Kerana itulah di dalam kita beribadah selain rukun dan syaratnya kita jagai, perlulah kita awasi segala adab dan tatasusila kita di dalam beribadah. Walau pun kalau kita lihat, rasa khusyuk di dalam sembahyang tidak termasuk di dalam syarat sah sembahyang, tetapi yang sebenarnya tanpa khusuk, sembahyang kita dianggap lalai dan di akhirat akan dihumbankan kita ke dalam neraka. Firman Allah SWT:


"Dan  neraka Wail bagi orang yang  bersembahyang yang lalai di dalam sembahyangnya."

Al-Maun : Ayat 4-5

     Kerana itulah menjaga adab-adab batin ini sangat diberatkan oleh ulama'. Kerana ada itulah akan lahirnya akhlak. Bersepakat ulama' sufi mengatakan:

"Sesungguhnya yang menjauhkan hamba dari tuhannya itu bukanlah 
kerana kurangnya ilmu, tetapi kerana kurangnya adab ketika
berdepan dengan Tuhan."

Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009 

Jumaat, 5 Oktober 2012

Muhasabah diri sebelum tidur...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Banyak dah aku merapu hari ni.

Dulu aku selalu share kat FB, sekarang kat blog pula. Tapi masih tidak sepenuhnya. Semuanya masih generally told.

Aku ada Allah. Mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak kerana Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita. Ini pun cakap2 umum. Yang faham maksud aku fahamlah.

Yang tahu kisah aku akan cuba kaitkan itu ini sambil fikirkan mereka ada kaitan ke tidak dalam entri aku ini atau pun yang sebelum2 ini.

Maafkan aku sehingga saat korang baca entri aku ini ya.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Khamis, 4 Oktober 2012

Entah.

Assalamualaikum.

Awas. 

Ini entri merapu. Aku rasa tak mahu siapkan, tapi aku perlu untuk menulis dan melepaskan rasa. Pada yang membaca, plis jangan nak ikut sama. Biar aku je sengsorang okey?

Entahlah.... Susahlah nak define kenapa dengan aku ni... Dan kerana apa atau siapa laaagiii susah untuk aku terangkan. Sebab sebenarnya tak directly pada sesiapa. Hanya aku dan hati aku. Hati aku dan aku.

Sering tak anda semua dengar ungkapan "Kadangkala apa yang paling kita nak, itulah yang kita tak dapat." Hihi. 

Sebenarnya, ungkapan tu ada dalam buku Kartini karya kartunis Tembakau. 

Aku cakap macam tu sebab ada yang aku nak tapi aku tak dapat ke? Hihi. Entah. Memang susah nak cakap. Maaflah buat korang pening.

Masuk cerita lain pula. Pernah dengar orang cakap kita takkan sedar betapa berharganya apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya?

Barang la aku cakap pasal barang. haha. Ayat kaberline.

Entah, manusia memang macam tu kan? Bila sayang janjinya bulan bintang. Bila jadi apa-apa, janji ke mana, bulan ke mana, bintang ke mana. Siang dan panas je sepanjang tahun kan?

Kering je. Kemarau. Tak hujan. Kalau hujan bagus juga, sejuk, nyaman, menyuburkan tanah. Apa aku merepek ni?

Entah.

Nak pos ke tak nak pos entri nih? Pos ajelah.

Sampai jumpa.

Mencebik!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Hari ni sengaja nak tepek muka budak manja sorang ni. Ikut sapa ntah yang manja terlebih tu, hihi. Dia ni sangat berangin. Setakat hari ni lah.

Angin dia bukan sengaja. Kalau dia mengantuk, atau panas atau lapar, memang dia akan mengamuk tak tentu hala. So memang dah tahu la, apa yang dia nak. Cuma tak tahannya tu dia tak boleh sabar langsung. Terpaksalah mak bapak dia yang sabar lebih.

Tapi dia sangat sayangkan kami semua. Kalau aku ni tetiap hari dia peluk cium, bila2 dia teringat nak peluk. Kalau KRZ, puas juga aku  ingatkan si Fatin dan setakat ni setiap hari juga dia akan peluk cium. Itulah penambat kasih sayang kan. Peluk dan cium. Takkan nak tunggu tak ada cinta baru nak buat semua tu? Terlambat bebeh. Haha. :-P

Kalau Rafiq pula memang mangsa dia dok perli2, tapi kalau KRZ buli Rafiq dia akan marah. "Ayah janganlah buat Rafiq. Rafiq tu adik Fatin...". So penyayang. Kalau dia buli dan cubit takpe pulak eh?

Apa pun khas buat Fatin, semoga tabah hati nak ye menjalani hidup di dunia yang makin mencabar ni. Ummi doakan anak ummi jadi wanita solehah yang taat kepada perintah Allah SWT. Yang lain2 tu bonus je. Hihi.

Sampai jumpa lagi semua.

Wassalam.


p/s: Video ni aku buat sempena besday dia yang ke enam Ogos lalu. :-)




Rabu, 3 Oktober 2012

Izinkanku Pergi - Kaer


sinaran mata cerita segalanya 
duka lara terpendam memori semalam 
tinggal segala cinta tiada kembalinya 
abadi kasih kita kau bawa bersama 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmara syurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintakumembara kerana dia 
tiada niatku 

tersemat jiwa setia bersamanya 
cinta murni berdua beribu tahunnya 
mimpi indah mekar saat cinta bersemi 
sedetik asmarasyurga selamanya 

pergilah rinduku hilangkan dirimu 
tak sanggup menanggung derita di kalbuku 
pergilah sayang bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

oh..pergilah sayangku bermula semula 
semangat cintaku membara kerana dia 
tiada niatku 

maafkan daku duhai kasih 
izinkan ku pergi 

Johan Bilik PBS Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Jam 12.05 tengahari tadi aku dapat sms dari GB, yang berbunyi begini;

TAHNIAH. Syabas kepada semua AJK PBS, guru-guru
 dan staf yang berkejasama menceriakan dan melengkap
bilik PBS SKBSD1 yang dianugerahkan Johan Bilik PBS 
Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012. 
Terima kasih atas sumbangan tuan puan semua.


Seriously, aku tak layak dapat kredit ni. Kerana tatkala kawan2 aku sibuk2 menyiapkan Bilik PBS ni, aku dok berehat bercuti selama dua minggu kat rumah. 

Ya, aku sakit. Ya hati aku memberontak kerana aku tersangat ingin membantu menolong mereka menyiapkan bilik ini. Akulah penyelaras. Akulah ketua. Tapi di mana aku????

Tahniah buat semua teman2 tersayang. Terima kasih banyak-banyak di atas usaha dan bantuan kalian.


Jerih perih kalian semua aku sangat memahaminya, tinggal aku tak dapat nak membantu saja. Kawan2 juga rajin update perkembangan bilik ini. Gelisah saja aku di rumah. Tetapi aku terpaksa pasrah.


Gambar bilik ini yang cantik aku tidak pasti tersimpan di mana. So tak dapat nak tepek sini. Apa pun tanpa usaha murni teman2 semua, pasti bilik ini tidaklah seberapa.

SERIBU TAHUN by IMRAN AJMAIN


Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/imran_ajmain/seribu_tahun.html ]
Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia



More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/imran_ajmain/#share

Selasa, 2 Oktober 2012

Fatin & Rafiq Sekarang

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Layan gambar udah. Belum nak rajin sangat. Hihi.













Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails