Assalamualaikum.
Tahniah Fatin. Menang pertandingan. Hihi.
Udah hakim-hakimnya kawan2 ummi kan?
Hihi. Jumpa lagi.
Alkisah aku dan mereka di sekelilingku....
Assalamualaikum.
Tahniah Fatin. Menang pertandingan. Hihi.
Udah hakim-hakimnya kawan2 ummi kan?
Hihi. Jumpa lagi.
Assalamualaikum...
Inilah kisah anak bujang aku Rafiq. Memang lah budak lelaki sejati. Walau kuat nangis dan agak penakut. Hihi. Mungkin sebab dia kecik lagi kot.
Tapi kalau bab main. Serahlah pada dia. Laju je. Memunggah. Pun dia nombor satu juga.
Aku ada bawa balik buku rujukan untuk lukisan darjah satu dan dua ke rumah. Seminggu ni depa dok belek sakanlah buku tu.
Tup tup malam ni di ambilnya surat khabar dan... Melipat sakan mengikut panduan buku tu.
Jadi pulak tu. Ummi pulak yg terkagum.
Haha.
Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang Fatin pakai tu pun dia buatkan tau!
Memang perasanlah dia ni kalau bab kena fikir atau ketelitian tu dia sangat kurang.
Tapi tangan dia memang cepat buat kerja. Mewarna ke, melukis, tekan nombor channel kat remote. Sampai kalau Fatin nak tukar channel dia suruh Rafiq la.
Melukis mewarna tu mungkin ada turun paksu Amat. Paksu pun boleh juga sikit2.
Mewarna Rafiq biasa2 je. Sebab dia suka pilih warna gelap. Jadi suram sikit la lukisan dia.
Ya udah. Taip malam. Post pagi kot. Biar entry esok je ek.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Pagi ni kononnya nak menyelami perasaan kain buruk. Mai dah merapu aku ni kan. Hihi. Layannn!!!
Akulah Si Kain Buruk.
Terpuruk...
Di bawah telapak kaki manusia...
Terhenyak...
Setiap kali...
Dipijak dan diperlakukan sesuka hati..
Namun aku terus berbakti...
Membersihkan kekotoran kaki...
Menghilangkan habuk dan daki...
Pada yang menghargai aku akan dicuci...
Dipakai berulangkali...
Pada yang tidak mengerti...
Aku dibuang sesuka hati...
Ahh begitulah nasibku...
Si kain buruk yang kaku...
Muahaha. Moral of the story. Basuhlah kain buruk anda. :-P
Assalamualaikum.
Rasa cam nak tercabut pinggang aku ni kena duduk bawah teman anak2 buat kerja seni.
Tak sesuai dah dok bawah. Kalau kat bawah mesti berlapik. Takkan nak hangkut bantal pulak kan. Udah depa semangat kemain nak buat.
Minta dah dekat dua minggu. Aku tangguh bagi macam2 alasan.
Hari ni dah hari Khamis. So aku pikir kalau aku sakit pinggang cam sekarang ni ada 3 hari nak recover. Hihi. Hadoi penangan anak2.
Macam biasa Rafiq siap paling awal. Tangan dia memang cepat. Fatin paling teliti. Tapi aku jugak yang siap lambat.
Bila aku siapkan. Aku ketawa la kegembiraan. "Yes! Yes! Dtawing ummi dah siap," sambil gelak-gelak.
Tiba2 melalak pulak si FaRa. Nak tau sebab apa? Sebab tak puas hati aku punya drawing lebih cantik dari yang depa buat. Aduhaiiii anak2 oiii.
Fatin siap mengungkit "Dahlah ummi pilih lelaki yang hensem kat lagu tu!" <--merujuk Zain Ruffedge dalam lagu Demi Negara. Aku ketawa lagi. "Apa kaitan abg hnsem tu dalam cerita drawing kita ni?", tanyaku sambil ketawa lagi. Lagi besar gelak aku, lagi kuat la tangisan depa.
Tengok gambar kat bawah ni rasanya boleh agak kot yg mana satu depa punya.
Cantik juga. Unik. Aku suka je. Tapi tetap kelakar sebab jeleskan ummi.
Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum...
Hai. Akhirnya aku tewas malam ni. Selepas bersin tak berhenti. Dan hingus jernih keluar laju je ibarat pili paip rosak. ;-)
Tekak sangat perit. Kaki macam biasa... sgt sejuk. Dah tak selera nak makan aku paksa juga sebab kena makan ubat. Cegah lebih baik dari merawat kan.
Sebelum makan ubat tengok suhu badan aku dulu. Dah 37.5°. Kalau 38° aku kena la g klinik.
Korang macam mana? Pasti ramai yang keletihan setelah melalui perjalanan yang panjang pulang ke kampung. Dengan cuaca yang sangat panas dan kadang2 tak menentu nasihat aku banyak2 minum air putih dan rehat secukupnya ya.
Badan kita ni bukannya mesin. Even kalau mesin pun rosak juga kan sesekali?
Aku draft entry ni sebelum tgh malam.. Tapi dah terlena sebelum publish pula. Hihi...
Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Tadi lepak umah mak kejap. Dari tengahari sampai petang.
Plan nak bawak akak cleaner tak jadi sebab aku adhoc je pegi umah mak tu. Sure berhabuk punya rumah mak sebab adik mana la ada masa nak menyapu tetiap hari.
Baju anak apa pun tak siap. Pagi tu bawak depa p sarapan lepas sarapan terus gerak Shah Alam.
Bukannya apa, kalau balik rumah singgah amik apa patut aku tau dah pasti aku akan keletihan dan langsung tak jadi pegi.
Mak mesti berharap kami mai. Tambah Fatin dan Rafiq dok sebut2 nak p jumpa tok dari hari Khamis lagi.
Doklah lepak2 kejap. Aku pun banyak terbaring je tak larat sgt. Anak2 yg banyak teman mak.
Dalam dok terbaring tu bersin berkali2 sudahnya terus selesema.
Maafkan Aida ya mak. Aida tak kuat macam selalu. Maaf sebab tak dapat teman mak lama2. Aida doakan mak sihat2 selalu ya.
Rindu mak selalu tau.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Takde apa nak tulis sebenarnya. Geng berborak semua pakat bizi kat kg tercinta.
Aku pun balik kg gak.
Padang Jawa!!!
Hihi.
Assalamualaikum.
Hihi. Apa kaitan tatau. Tapi nak menyatakan pendapat peribadi.
Hal Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad. Ye. Aku tau aku ni bukan sesiapa la. Bukan alim ulama. Nak memandai pulak komen hal orang.
Sukahati aku la. Blog aku. Korang tak suka, buat apa korang menebeng lagi kat sini?
Kita ada agama. Agama kata ibu bapa yang wajib kita taat. Sebelum kita kawin untuk orang perempuan. Memang betul kena dengar cakap mereka. Biar pun kita tak suka. Kita terpaksa meninggalkan org yg kita cinta. Even anak lelaki pun kena ceraikan isterinya kalau mak ayah tak suka.
Ha. Sampai macam tu sekalilah tahap kita kena taat pada ibu bapa ni.
Tapi bukanlah semudah hari ni mak suruh ceraikan isteri kita, terus jatuhkan talak. Salah.
Islam agama yang mudah dan tidak menzalimi sesiapa. Apatah lagi menganiayai kaum wanita. Kita perlulah bijak menggunakan sumber atau peluang yang ada berdekatan untuk membantu. Contohnya gunakan org lain utk pujuk ibu bapa kita.
Dalam kes mereka ni, Shila wajib taat. Tapi pendapat aku keluarga terdekat perlu juga bantu pasangan muda ni. Mereka nak berkahwin. Bukan nak buat dosa.
Yg bapaknya punya alasan pula tak logik. Tumpukan pada karier. Apa karier tu boleh bawa anak kau ke syurga ke?
Lainlah bapak dia cakap berlapik. Sebenarnya tak sukakan Sharnaaz sebab dia tak menepati ciri calon suami yang digariskan oleh agama ke. Wallauaklam. Takyah berlapik sangat la pada aku. Terus terang je biar keadaan clear.
Lama dan dah banyak aku dengar pasal bapak dia ni. Tapi biarlah dia kan. Hidup dia. Keluarga dia. Pandai2 lah nak atur.
Okes. Jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Bertemu kita di pagi hari. Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga sentiasa sihat dan.sejahtera di bawah rahmat Allah SWT. Amin.
Bagi keadaan diriku pula, macam biasalah. On and off. Ada masa ok dan ada masa ko. Tapi kalau dah ada entry ni kira ok la. Syukur....
Bercerita bab peringatan. Atau reminder. Sekerap manakan sahabat sekalian mendapat peringatan?
Tak kiralah dari siapa-siapa jua? Tapi sekerap mana?
Kalau aku ceritakan hal aku kepada yang terdekat, mereka akan percaya. Tetapi kepada yang berasa dekat, pasti akan timbul keraguan.
Jalan selamat. Aku berdiam diri.
Peringatan untuk aku datangnya bermusim. Tetapi masih berterusan sehingga kini.
Dahulu ketika aku masih muda remaja, aku sering mengabaikan segala yang aku terima. Aku anggap itu semua tidak benar.
Sehinggalah sampai satu peringatan yang membuat aku umpama tersedar dari mimpi. Lantas aku keluar dari dunia khayalanku. Dan mula hidup di dalam dunia realiti. Yang sebenar.
Selepas itu aku kembali lupa. Peringatan yang datang tidak pernah terhenti. Setiap kali lupa, aku diingatkan semula.
Yang terbaru aku adalah
'Sabar itu kunci kemanisan iman.'
Alhamdulillah. Semoga menjadi petunjuk dan panduan untuk sahabat juga.
Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikumi