Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 10 Februari 2013

Peringatan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Bertemu kita di pagi hari. Apa khabar sahabat-sahabat? Semoga sentiasa sihat dan.sejahtera di bawah rahmat Allah SWT. Amin.

Bagi keadaan diriku pula, macam biasalah. On and off. Ada masa ok dan ada masa ko. Tapi kalau dah ada entry ni kira ok la. Syukur....

Bercerita bab peringatan. Atau reminder. Sekerap manakan sahabat sekalian mendapat peringatan?

Tak kiralah dari siapa-siapa jua? Tapi sekerap mana?

Kalau aku ceritakan hal aku kepada yang terdekat, mereka akan percaya. Tetapi kepada yang berasa dekat, pasti akan timbul keraguan.

Jalan selamat. Aku berdiam diri.

Peringatan untuk aku datangnya bermusim. Tetapi masih berterusan sehingga kini.

Dahulu ketika aku masih muda remaja, aku sering mengabaikan segala yang aku terima. Aku anggap itu semua tidak benar.

Sehinggalah sampai satu peringatan yang membuat aku umpama tersedar dari mimpi. Lantas aku keluar dari dunia khayalanku. Dan mula hidup di dalam dunia realiti. Yang sebenar.

Selepas itu aku kembali lupa. Peringatan yang datang tidak pernah terhenti. Setiap kali lupa, aku diingatkan semula.

Yang terbaru aku adalah
'Sabar itu kunci kemanisan iman.'

Alhamdulillah. Semoga menjadi petunjuk dan panduan untuk sahabat juga.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikumi

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails