Apa khabar korang hari ni? Harap sihat2 lah ye. Di pagi yang mulia ini,
mendapat rahmat dariNya. Dan semoga segala pekerjaan kita mendapat keberkatanNya jua. Amin.
Okes, beberapa hari ni aku asyik teringat pada karipap sadin. Tatau kenapa. Berusaha juga mencarinya tapi... yang ada dapat yang jual kat stesen minyak. Karipap pastri tu kurang 'kick'. Amboi over nak ber'kick' bagai. 'Kick' sekali baru tau.
Aku nak karipap yang tepungnya diuli. Disediakan secara tradisional. Ehmmm.... dap dap.
Rezeki pagi Jumaat. Ada dijual berdekatan dengan rumah. Yes.
Dihidangkan bersama segelas kopi Radix Mai Sechawan. Habis 3 ketol selamat masuk perot. Alhamdulillah.
Er.... lupa nak tanya, korang dah sarapan ke belum? Jangan biar perut masuk angin tau. Nanti kena gastrik siapa yang susah? Diri sendiri juga. Hihi.
Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
1 ulasan:
today akk serapan LAKSAM mai dr pandamaran..heheee + dgn kopi essss
Catat Ulasan