Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 14 Februari 2013

Artwork lagi...

Assalamualaikum.

Rasa cam nak tercabut pinggang aku ni kena duduk bawah teman anak2 buat kerja seni.

Tak sesuai dah dok bawah. Kalau kat bawah mesti berlapik. Takkan nak hangkut bantal pulak kan. Udah depa semangat kemain nak buat.

Minta dah dekat dua minggu. Aku tangguh bagi macam2 alasan.

Hari ni dah hari Khamis. So aku pikir kalau aku sakit pinggang cam sekarang ni ada 3 hari nak recover. Hihi. Hadoi penangan anak2.

Macam biasa Rafiq siap paling awal. Tangan dia memang cepat. Fatin paling teliti. Tapi aku jugak yang siap lambat.

Bila aku siapkan. Aku ketawa la kegembiraan. "Yes! Yes! Dtawing ummi dah siap," sambil gelak-gelak.

Tiba2 melalak pulak si FaRa. Nak tau sebab apa? Sebab tak puas hati aku punya drawing lebih cantik dari yang depa buat. Aduhaiiii anak2 oiii.

Fatin siap mengungkit "Dahlah ummi pilih lelaki yang hensem kat lagu tu!" <--merujuk Zain Ruffedge dalam lagu Demi Negara. Aku ketawa lagi. "Apa kaitan abg hnsem tu dalam cerita drawing kita ni?", tanyaku sambil ketawa lagi. Lagi besar gelak aku, lagi kuat la tangisan depa. 

Tengok gambar kat bawah ni rasanya boleh agak kot yg mana satu depa punya.

Cantik juga. Unik. Aku suka je. Tapi tetap kelakar sebab jeleskan ummi.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails