Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 22 November 2013

Sakit

Malam ini dia tidak mahu tidur.
Walhal matanya sangat mengantuk.
Malam ini dia mahu perhatian lebih.
Sedang aku pula menahan kesakitan.

Sakit apakah?
Aku tidak sejuk dan tidak panas.
Sakit sungguh di dadaku ini.

Memori zaman persekolahan kembali menerjah.
Bagaimana sakitnya.
Bagaimana aku menahannya.
Bagaimana aku akhirnya membiarkan sahaja sakit itu berlalu pergi.

Hanya mampu berbaring saja.
Waima bangkit duduk pun sakitnya terlalu.
Apatah lagi berdiri dan bergerak ke sana ke mari.

Terasa ingin mendapatkan rawatan sewajarnya.
Sekian lama terabai sakit di dadaku ini.
Ke hospital kerajaan jawabnya tiada apa-apa.

Tetapi mungkin benar tiada apa-apa.
Mungkin jua aku terlalu mengada-ngada.
Sakit sedikit sudah dihebah pada dunia.

Hasbunallaha wani'mal wakiil.

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Doaku semoga benar sakitku ini sebenarnya tiada apa-apa.
Tidak betah lagi nak mengharung ke hospital setiap kali.
Mendapatkan rawatan dan juga ubat.
Ya. Semoga sakit ini sememangnya tiada apa2. Amin.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails