Assalamualaikum.
Diam tak diam, tahun depan Rafiq sudah darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Masih belum habis manjanya Rafiq tu lagi.
Masih lagi ber'adik' dengan aku waima dah ber'abang' dengan Firuz. Hihi.
So semalam aku pergi ke Mydin. Memang nak beli baju sekolah Rafiq. Bukannya aku ada duit tapi memandangkan ada main kutu atau undi, aku pilih yg pertama, maka dapatlah aku langsaikan hal Rafiq.
Lebih dari 3/4 duit habis. Tapi tak apalah. Sekali saja. Dan selepas ini takde dah nak beli2 lagi.
Balik dari membeli semalam, Rafiq dan Firuz terus tidur. Kasihan. Kepenatan. Fatin yang masih berjaga mengajak aku membuka bungkusan barang yang baru beli. Puas aku sabarkan. Akhirnya kami bongkar juga perlahan2.
Dan bila sedang bongkar tu Rafiq terjaga, dapatlah kami lihat Rafiq mencuba pakaian sekolah barunya.
Lihat muka dia, sangat penat kan? Kesian adik.
Semoga adik dapat rebut peluang belajar bersungguh2 kat sekolah nanti. Ummi ada je tapi takkan nak push2 sangat.
Selamat berjaya di tahun 2014, Fatin & Rafiq!
Doakan yg terbaik untuk ummi juga.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan