Orang yang diperingkat nafsu ini, berada di tingkat kesucian yang paling tinggi. Segala perbuatan dan perlakuannya, benar-benar mengikiut garis keredhaan Allah SWT. Dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.
Cintanya hanya tertmpu kepada Allah SWT, ingatannya kepada Allah SWT tidak pernah putus. Diri mereka adalah bayangan sebaik-baik insan. Hanya para Rasul, Nabi, dan wali-wali besar sahaja yang mammpu sampai ke taraf nafsu Kamilah ini. Mereka sampai ke Baqa' Billah iaitu suatu maqam di mana musyahadah (penyaksian) mereka terhadap Allah SWT itu setiap masa dan ketika. Mereka itulah insan yang paling istimewa dan mendapat menghargaan yang paling istimewa di akhirat.
Mereka yang telah sampai ke peringkat ini mesti melalui proses dan tingkatan nafsu sebelumnya. Iaitu menempuh segala adab dan istiqamah di dalam amalan. Maka dengan kenyataan ini, maka ketahuilah kita bahawa setiap Rasul itu Nabi, setiap Nabi itu wali, setiap wali itu orang soleh.
Tetapi pangkat Rasul dan Nabi itu adalah pemberian khusus daripada Allah SWT dan pintu kenabian dan kerasulan itu telah TERTUTUP sejak wafatnya Rasulullah SAW. Wahyu tidak lagi turun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Barangsiapa yang mengaku Nabi atau menerima wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah bohong semata-mata.
Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan