Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 10 November 2013

Happy birthday, Rafiq.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih mampu nak mencoret sepatah dua kata sempena ulangtahun bujang kesayangan. Abe Rafiq. Cerita abe Rafiq ni entri lain kali ye. Kelakar juga sebenarnya. Kalau lapang nanti aku ceritakan.

Sebelum tu. Senyum dulu. :-).
Syukur.
Masih mampu tersenyum. Buat pengubat segala duka dan hati yang lara.

Kisah kelahiran Rafiq dah pernah cerita kat blog lama. Rajin2 la pegi cari kat sana. Guna fon je ni nak bagi link bagai aku tak reti.

Adik.
Ummi sayang adik sangat. Adik tetap adik walau pun dah ada Firuz. Adik anak manja ummi, anak lelaki seorang. Yang nak jaga Fatin dan Firuz.

Adik kekuatan ummi. Ummi doakan adik jadi hamba Allah yang taat. Solat . Zikir pada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari.

Jadilah anak yang berguna pada agama, kedua ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Amin.

Harap adik suka hadiah yang ummi belikan. Maaflah dah besar baru adik dapat. Dulu takde org jual pun. Kalau ada pun mungkin kat gedung permainan yang mahal2. Ummi belum mampu lagi waktu tu.

Adik. Ummi sayang adik tau!

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails