Lama dah rasanya aku tak mimpi. Sekali mimpi amboi panjangnya dan begitu berkesan di hati. Hihi. Konon.
Lepas mimpi terus terjaga. Lebih kurang jam 5.30 pagi macam tu la.
Jom ikuti mimpi tak seram tapi agak menakutkan. Hihi.
Mimpi ini berkait rapat tentang seseorang. Nama tak boleh dinyatakan. So jgn nak perasan. Hihi.
Aku masih belajar dan kolej didatangi oleh seseorang itu secara berkumpulan untuk lawatan.
Aku terpaksa entertain kumpulan pelawat ni walau aku rasa macam tak selesa dan sebenarnya tidak mahu berdepan dengan dia.
Tetapi bila mendengar suaranya yang teramat aku rindu tu, buat aku rasa macam... Stay pun takpelah. Kalih kot lain takyah pandang muka.
So di kolej tu ada 3 atau 4 babak. Antaranya aku skodeng dia bersukan. Lagi satu, aku tak sempat siap pakai ala kadar saja sebab terlewat nak ke bilik forum. Kelam kabut sungguh.
Kemudian ada scene naik coaster. Pemandu di depan. Aku dan dia di seat tengah. Tetapi aku tak nampak wajahnya. Hanya kedua tangannya memautku dari belakang. Dalam mimpi tu aku terasa sangat lega. Seolah2 terurai rinduku.
Si dia memujukku. Menyatakan rindunya padaku. Meminta maaf meninggalkan aku. Pelukkannya tetap kemas. Memberi isyarat mmg benar dia rindukan aku.
Kemudian kami berhenti ditepi pantai. Kulihat laut itu bergulung2 ombaknya. Mengganas. Aku bersuara dan menyatakan kesanggupan untuk mengikut si dia menaiki kapal meredah lautan itu bersama.
Dia mengarahkan pemandu membawa kami bersiar2. Dua kali di tempat yang sama. Kerana aku sangat suka dengan tempat itu. Seperti tempat pameran atau pertunjukan kereta dan kaaal terbang. Semuanya canggih dan menarik pandangan mata.
Kemudian kami turun dan berjalan kaki di pasar pula. Berdua. Si dia belikan keropok sambal kegemaran aku. Dan singgah di gerai lain.
Di gerai lain ini, barulah aku nampak keadaan dirinya.
Dia sakit. Berbintil penuh di muka. Tubuhnya juga telah kurus kering. Seperti telah lama menderita. Aku semakin hairan melihat dia berbahasa asing.
Pengakhiran mimpi itu tidak dapat kuingat. Tak mengapalah. Aku doakan semuanya sihat2 selalu ya.
Teruskanlah kehidupan kita walau jalan kita tak sama. Yang penting kita mencari keredhaanNya. Bukan mengejar dunia.
Sampai jumpa. Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan