Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 15 April 2013

Tak terjangkau..

Assalamualaikum...

Alkisah soalnya hati memang sukar dimengerti. Kan kan? Hati tak marah. Hati tak dendam. Tapi....

Bertubi2 yang aku dapat. Alhamdulillah. Ibarat diserang dari kiri dan kanan. Aku bersyukur dengan semua ini. Walau pun aku tak gembira dengan ujian ini, aku semakin mengenali diri.

Itulah hakikat diri aku. Memang tak pernah membenci. Apatah lagi menyimpan dendam. Hari-hari yang berlalu ibarat penawar segala rasa dukacita.

Walau pun berada betul-betul di sebelahku, tetapi tetap tak terjangkau juga. Tak bertaut di hati. Walau duduk semeja juga tak sampai rasa itu. Walau sebelum ini, dialah antara yang paling aku hormati. Aku sayangi.

Aku tau korang juga tentu ada pengalaman tersendiri. Korang mesti dah rasa bagaimana rasanya bila sms tak terjawab dan panggilan tak tersahut. Rasa kecil hati. Rasa jauh. Tak sampai lagi macam sebelumnya.

Bagaimana nak membalas, jika jawapan apa pun semuanya terasa teramat pahit. Jika sebelum ini tidak pernah ku jawab tidak. Tapi kali ini aku hanya dapat mendiamkan diri. Nak berbual seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Memang tiada apa pun yang berlaku. Kita tidak bergaduh. Kita tidak bertengkar. Cuma kita semakin jauh kerana.... Kerana apa aku pun tidak tahu....

Tapi satu pintaku... tolonglah bersangka baik. Kadangkala kita tak tahu apa yang berlaku, atau yang berkenaan belum sempat memberitahu apa yang sebenarnya yg terjadi, kita dah buat andaian itu dan ini.

Kalau tak mau empati atau simpati, bersangka baiklah. Itulah yang paling kurang boleh kita buat. Kalau pun ada satu kejahatan yang buat kita terasa sangat, tolonglah ingat 9 kebaikan yang insan tu pernah lakukan untuk kita. Dan kalau sebab satu kebaikan yang kita lakukan membuat kita nak mendabik dada, fikirlah 9 kejahatan yang pernah kita lakukan.

InsyaAllah kita akan dapat bertenang. Dan tidak merungut-rungut lagi.

Sampai masa untuk aku rehat sekejap.

Salam sayang.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails