Assalamualaikum.
Alkisah hari ini aku mendapati salah seorang kesayangan aku di sekolah tak kenal huruf. Sangat2 sedih.
Walau aku garang. Walau aku selalu dapat kompelin dari ibu bapa, kerana kegarangan aku, sebenarnya aku sayang sangat semua anak murid aku.
Aku bukan nak mereka tercedera atau nak mereka sakit, aku cuma nak mereka sedar dan tahu kepentingan ilmu pengetahuan.
Walau tidak pandai tidak pernah aku marah, tetapi sikap buat tidak endah dan yang lebih menjengkelkan, tiada rasa hormat pada guru.... Itulah yang selalu mengundang nada tinggi dalam ucapanku.
Kesayangan aku ini sangat rajin. Pandai mengambil hati. Tidak lokek tenaganya. Tetapi hari ini, teguranku membuatnya mengalirkan air mata.
Aku turut menangis walau air mataku tidak kelihatan. Aku tahu dia sedih. Aku juga turut sedih.
Dia tidak mengenal huruf. Dia hanya menghafal lagu abc. Itulah helahnya selama ini.
Setelah membuat perbincangan untuk latihan, aku bermurah hati untuk menyebut ejaan perkataan sebagai jawapan latihan. Yang aku sangka tidak dapat mengeja, rupanya pandai mengeja. Sebaliknya pula pada kesayanganku ini.
T_T
Semoga aku diberi kekuatan untuk membantu kesayanganku semua. Walau tidak sehingga pandai tetapi sekurang2nya dapat mengeja dengan betul.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan