Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 28 April 2013

Terasa ke?

Assalamualaikum.

Sejak bila aku jadi skeptikal macam ni tak tahulah. Nak pujuk hati sendiri mungkin.

Rasa2nya ada yang terasa ke bila terbaca cerita pasal org jauh tu? Ahhh... Kau memang selalu terasa yang bukan2. Belum tentu engkau lagi kau dah tambah luka di hati aku ni.

Berbeza dengan seorang lagi ni. Dulu baik sangat. Bila ada salah faham. Terus berdiam diri. Bila aku tanya dia jelaskan apa yang patut. Bila aku terangkan lagi atau pujuk lagi. Hati masih terasa beb. So dia diamkan diri sampai suatu masa setelah beberapa lama akhirnya kami kembali bertaut.

Bila berbeza pendapat ni pada aku kesabaran tu sangat penting la. Not in the very first place sanggup nak putus hubungan terus. Hubungan tu ada. Cuma tak semeriah dulu. Sabar aje. Masa akan merawat segalanya.
Kita semua dah dewasa masing2 boleh berfikir. Bukan kerana kemahuan kita tak dituruti atau kata2 kita disanggah maka dengan mudah kita berbalah.

Cuba ambil masa dan berfikir dengan sebenar2nya apa yang berlaku. Apa yang kita telah lakukan. Betapa teruk kita telah melukakan.

Dalam kes yang terdahulu, aku tidak dapat peluang langsung membela diri. Sementelah pandangan dan pendapat semua dari pihaknya sahaja. Sudah tentu aku yang bersalah dan tidak faham.

Jadi diam2 aku menghubungi salah seorang di pihaknya dan bertanya soalan dan berbalas pendapat. Hasilnya adalah aku lebih baik mendiamkan diri saja.

Sudah tentu tak memihak aku. Walau aku telah benar2 berfikir mencari di mana kesilapan aku. Bertanya sana sini. Silap aku padanya menegur dan tidak sensitif pada situasi.

Kesilapan aku hanya bercakap secara umum. Tetapi telah difikirkan secara terlebih mendalam. See? Betapa bahaya jika kita ni jadi terlebih fikir?

Bukan mudarat diri sendiri saja. Malah orang lain juga.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails