Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 21 Februari 2014

Amat, adik bongsu kesayangan kami.

Assalamualaikum.

Tettt. Ini yang aku suka bila kata tutup ni. Aku akan bukak balik. Hihi.

Susah sebenarnya nak tinggalkan yang dah biasa untuk kita. Dah ada yang baru pun yang lama terkenang jua. :-P

Tak boleh tidur. Actually terbangun dari jam dua. Memang waktu selalu aku bangun pun. Cuma malam ni berteman telefon tangan. Mencari gambar2 menggamit kenangan.

Mungkin juga aku tidak boleh tidur teringat apa akan berlaku esok pagi. Jam 8 pagi di mana abg Atan memutuskan untuk dikeluarkan tiub pernafasan adik bongsu kami, adik Amat.

Sepatutnya kami bawa dia balik malam tadi dan tiubnya dibuka di rumah. Setelah memikirkan kemungkinan2 maka abg Atan buat ketetapan. Kami semua ikut sahaja. InsyaAllah, itulah yang terbaik untuk semua.

Perkara pertama yang aku buat tadi setelah terjaga adalah pergi jenguk mak. Sedihnya hati mak siapalah yang tahu. Tidak dapat kami bayangkan. Sementelah Amat adik bongsu anak kesayangannya. Yang menjaganya 24/7 sepanjang tahun yang lalu semenjak Tahun Baharu Cina.

Melihat keadaan mak, rasa nak menyertai mak. Bimbang mak terjaga dan akan bercerita tanpa henti, aku pun tinggalkan mak dengan titipan doa sambil menuju ke dapur, menyidai pakaian yang telah dibasuh.

Setelah itu barulah aku berpeluang berdating dengan Kekasih kita semua. Mengadu. Merayu. Memohon memberikan yang terbaik untuk adik, mak dan kami semua. Amin.

Ada nak sambung lagi nanti. Kalau rajin. Sebelum tu, ku lampirkan gambar adik bongsuku, Noor Mohd Sharil Bin Abu Hassan @ Omer, atau yang lebih mesra dipanggil Amat, dan kalau nak lebih manja panggilannya adik, bersama mak dan anak2ku seminggu sebelum dia dimasukkan ke hospital.

Antara dialog terakhir aku dengan dia pada minggu tersebut adalah aku menegur wajahnya nampak lebih tampan, lebih muda.Hidung lebih mancung. Dia menjawab "Memanglah, Amat kan baru shave!".

Doakan supaya perjalanan adik dimudahkan. Doakan aku tabah jua. Sebenarnya dah tiga hari aku sakit kepala. Aku tidak boleh tidur. Alhamdulillah malam ini aku terjaga tanpa rasa sakit kepala lagi. Aku mesti kuat. Untuk mak dan untuk adik. InsyaAllah. Amin.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails