Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 29 September 2012

Homestay @ Roomstay????

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Hai, lama rasa takde cerita merepek kat sini. Hihi. Apa khabar semua? Harap sihat2 selalulah yer. Aku dan anak2 Alhamdulillah sihat setakat hari ni lah.


So aku nak ceritalah sikit pengalaman mengikut mengikut KRZ g bertugas di Homestay Sungai Sireh, Tanjung Karang minggu lepas. Atau lebih tepat 21, 22 dan 23 September 2012.

So, sekolah dia ada PUB. Dan aku kononnya nak ikutlah sama. Sebab tak berapa nak sihat waktu ni. Ku fikirkan kalau ikut dan dapat homestay, sangat lega la... Boleh lepak2 dan rileks dengan anak2 tanpa gangguan....


So tempatnya sangat2 cantik. Saujana mata memandang, tetiba rasa boleh melihat dengan jelas tanpa kaca mata kesayangann... hihi...

But as soon as I reached the homestay, saya sangat kecewa. Rupanya homestay kat sini stail keluarga angkat. So kira kami macam sewa bilik la. Sangat tidak selesa.

Tambah keadaan aku waktu tu macam2 nak kena jaga. Hati aku sangat sedih dan haihhh. Tak tau nak cakaplah.

Keluarga angkat kami tu memanlah baik, sangat mesra dan rajin layan anak2. Tapi aku sangat tidak selesa. Dan lebih menyakitkan hati tengok org tu macam buat2 tak faham je perasaan aku ni. Aku sabar lagi. Setakat mana yang boleh.

Terbayang2 angan2 aku nak bergolek2 depan tv. Pastuh nak bangun lambat. Nak main2 dengan anak berkejaran. Melayang terbang semua angananku itu. Huhu. Sedihkan? Kan? Kan?

Masuk je bilik kami, apa lagi, peluru berpandu pun kulancarkanlah. Bertubi2. Udah jawapannya dia pun tak tahu la namanya homestay maksudnya roomstay. 

Pada sesetengah masa pada waktu itu, aku macam boleh terima keadaan tu. Pada banyak masa yang lain, aku lebih terarah nak cari hotel, atau nak terus balik aje.

Terkenang2 katil nan selesa di rumah. Hihi. Sungguh ngades kan?

Alkisah kami belum makan lagi sebelum gerak ke Tanjung Karang, dan selepas sampai nak menunggu ROOMSTAY nye amik masa dekat dua jam juga. Kami lapaq tak terkata. Dengan anak2  ngantuk serta mengamuk sebab tak lena lagi sejak dari balik sekolah. Depa tak p taska hari tu sebab nak gerak lepas sembahyang Jumaat. 

Dan selepas menyelesakan diri meletakkan barang di roomstay tu, lantas KRZ bawak kami makan.


Alhamdulillah, sedap sangat dapat makan tumis belut. Superb. KRZ oder belut goreng halia. Yang tumis tu aku punya. Sudahnya yang aku punya dia sebat. Sedap....

Hilanglah marah sekejap sebab dapat makan sedap kan. Siap tapau belut masak kicap takut aku atau anak2 lapaq tengah2 malam. Takkan nak menyelongkar dapur rumah orang kan? Hihi..

So balik dari makan je, tak sempat sampai roomstay anak2 dah pengsan. Fatin dengan Rafiq berangan nak p mandi swimming biru. Siaplah Fatin lena sambil pakai goggle tu. Hihi, kelakar.


Sebenarnya Rafiq pun sama, tapi dia terjaga dan ditanggalkan la. Alhamdulillah dia terjaga, sebab lepas tu KRZ kena g bertugas maka Rafiq yang teman aku sambil FB guna Android AP aku.


Sambil menanti malam tu, aku puas berfkir2 dan memutuskan akan balik keesokan paginya. Aku baru je melalui saat getir seminggu sebelum dan belum habis berubat. Dengan keadaan rumah orang dan FaRa yang asyik nak berkelahi, mau makin teruk sakit aku.

So bila sampai, aku terus pos anak ke rumah Kak Sal di Sungai Penchala, dan aku boleh balik rumah untuk mendapatkan sambungan cuti sakit serta berehat sepenuhnya.

Pagi Ahad, aku p jemput anak2 dan terus p jenguk mak di rumah kakak di Kampung Kuantan, Klang. Lepak2 sambil teman mak, sebab kakak bawa anak buah aku g gunting rambut. Dapatlah aku baring2 peluk2 mak sambil layan ketawa mak tengok cerita Masuk Angin Keluar Asap di TV3.

Pastu KRZ call gerak terus g jemput dia di sekolah. Itulah kisah aku dua minggu lepas. Hihi. 

Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Jumaat, 28 September 2012

Tujuan Ibadah Hati

Assalamualikum.


Di dalam kita beribadah, segala adab dan tatasusilanya perlu kita laksanakan untuk mendapat kejernihan jiwa dan keredhaan Allah SWT. Iabadah yang benar dan tepat akan melahirkan akhlak yang terpuji (mahmudah).

Akhlak yang diredhai akan melahirkan kemesraan dan kasih sayang sesama makhluk serta ketaatan kepada Allah. Inilah peranan umum ibadah. Segala bentuk ibadah, sama ada habluminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia) ada mempunyai peranan.

Peranan-peranan ibadah boleh dibahagikan kepada tiga:

1. Melahirkan rasa kehambaan

2. Melahirkan ketaatan

3. Menunaikan janji di alam roh.

Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Kamilah)

Assalamualaikum.

Orang yang diperingkat nafsu ini, berada di tingkat kesucian yang paling tinggi. Segala perbuatan dan perlakuannya, benar-benar mengikiut garis keredhaan Allah SWT. Dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan.

     Cintanya hanya tertmpu kepada Allah SWT, ingatannya kepada Allah SWT tidak pernah putus. Diri mereka adalah bayangan sebaik-baik insan. Hanya para Rasul, Nabi, dan wali-wali besar sahaja yang mammpu sampai ke taraf nafsu Kamilah ini. Mereka sampai ke Baqa' Billah iaitu suatu maqam di mana musyahadah (penyaksian) mereka terhadap Allah SWT itu setiap masa dan ketika. Mereka itulah insan yang paling istimewa dan mendapat menghargaan yang paling istimewa di akhirat.

     Mereka yang telah sampai ke peringkat ini mesti melalui proses dan tingkatan nafsu sebelumnya. Iaitu menempuh segala adab dan istiqamah di dalam amalan. Maka dengan kenyataan ini, maka ketahuilah kita bahawa setiap Rasul itu Nabi, setiap Nabi itu wali, setiap wali itu orang soleh.

     Tetapi pangkat Rasul dan Nabi itu adalah pemberian khusus daripada Allah SWT dan pintu kenabian dan kerasulan itu telah TERTUTUP sejak wafatnya Rasulullah SAW. Wahyu tidak lagi turun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Barangsiapa yang mengaku Nabi atau menerima wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah bohong semata-mata.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Khamis, 27 September 2012

7 Peringkat Nafsu (Mardhiah)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


Nafsu Mardhiah ialah nafsu yang diredhai Allah SWT. Ianya lebih tinggi daripada nafsu Mutmainnah. Mereka yang sampai ke peringkat nafsu ini akan lebih tenang dan jiwa mereka telah sebati dengan mengingati Allah SWT. Segala gerak geri mereka di dalam peringkat ini mendapat pimpinan dan diredhai Allah SWT.

Allah SWT berfirmann di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:

"...Sentiasa hambaku berdampingan kepadaku dengan mengerjakan ibadah fardhu dan sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku kasihkan dia nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengannya, Aku penglihatannya yang ia melihat dengannya, sebagai tangan apabila menampar apa-apa sebagai kakinya untuk ia berjalan kemana-mana. Dan demi diriKu, andaikata dia meminta apa-apa kepada Aku, nescaya Aku tunaikan permintaannya dan sekiranya ia menuntut berselindung daripada apa-apa kepada Aku nescaya lindungi ia daripadanya."  
HR. Bukhari

Mereka yang mencapai taraf nafsu ini adalah mereka yang bergelar wali Allah. Di antara sifat-sifat kerohanian para wali Allah ini ialah;

1. Tingginya budi dan akhlak orang yang memiliki nafsu Mardhiah ini seperti Nabi-nabi.

2. Sentiasa di dalam zikir Allah.

3. Memiliki segala sifat kepujian.

4. Sentiasa mendapat pimpinan Allah.

5. Bersahabat dengn mereka yang di alam tinggi seperti wali-wali dan Nabi-nabi.

6. Lahir berbagai karamah dan kurniaan daripada Allah SWT.

Berkata Syeikh Ahmad bin Idris:

"Permulaan perjalananku ini adalah gila, pertengahannya ialah beroleh berbagai kurniaan dan akhirmya ialah "Kun Fayakun" iaitu berbagai karamah."

     Satu hari, di pergunungan, Ibrahim Al-Khawwas telah bertemu dengan seorang pendeta Nasrani yang memakai tali pinggang luar sebagai menunujukkan beliau adalah seorang Nasrani. Nasrani tersebut meminta izin untuk bermusafir bersama Ibrahim Al-Khawwas, lalu berjalanlah mereka bersama.

     Setelah berlalu tujuh hari, berkatalah Nasrani tersebut kepada Ibrahim Al-Khawwas: "Wahai pendeta Islam, kita telah berlapar selama tujuh hati dan hampir menemui kebinasaan disebabkan lapar dan haus. Kalau benarlah agamamu, maka mintalah kepada Tuhanmu makanan dari langit untuk kita." Maka berdoalah Ibrahim Al-Khawwas kepada Allah. "Ya Allah! Ya Tuhanku, janganlah Engkau malukan aku di hadapan orang kafir ini." Maka tidak lama selepas itu turunlah satu talam makanan yang mengandungi roti, lauk, buah-buahan dan sebuah bekas yang berisi air yang sangat lazat rasanya. Setelah selesai memakannya mereka pun berjalan selama tujuh hari lagi.

      Kemudian berkatalah Ibrahim al-Khawwas pula kepada pendeta Nasrani tersebut: "Wahai pendeta Nasrani, sekarang giliran tuan pula untuk berdoa andaikata benar agamamu." Maka pendeta Nasrani itu pun berdiri dan berdoa. Tidak lama kemudian turunlah hidangan yang lebih banyak dari yang pertamanya. Ibrahim Al-Khawwas bingung denan kejadian tersebut, mana mungkin si Nasrani ini benar agamanya.

     Ibrahim tidak menyentuh makanan yang diturunkan walau pun berkali-kali dipujuk oleh pendeta Nasrani. Akhirnya si pendeta Nasrani itu pun membuka rahsianya, "Makanlah tuan, saya akan menyampaikan dua berita baik. Pertama: Saya telah Islam. Keduanya: semasa berdoa kepada Allah tadi, saya telah berkata, kalaulah Ibrahim Al-Khawwas ini berada di dalam kebenaran dan kemuliaan-Mu, maka perkenanlah permintaanku.' 

     Maka pendeta Nasrani itu terus membuka tali pinggang luar jubahnya dan membuangnya, menandakan beliau bukan lagi seorang pendeta Nasrani melainkan telah memeluk Islam di tangan Ibrahim Al-Khawwas.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Rabu, 26 September 2012

Ceritera Raya 2012

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Apa khabar semua? Harap semua sihat2 lah ye. Mana yang sakit, rajin2lah makan ubat. Banyakkan baca Al-Quran, insyaAllah akan cepat reda  kita tu.

Hmmm. Tak tau nak mula mana, kena kasi uplod satu dua gambar dulu barulah ok kot. Kotlah kan. Hihi. Merengg.

Ok dah. Tahun 2012 adalah giliran beraya di Selama, Perak. Tempat kelahiran Fatin & Rafiq. Yang eksaited beraya dah tentulah anak2 kan. Tambah2 kat Selama ni cucu Tok Siti tak ramai... Hihi...

So so, tema kami itam. Entah ngape begitu banyak kaler itam yang menjadi pilihan KRZ. Ikut je la. Ok jugak kan, nampak la aku sedikit putih. Bebel panjang plakkk. Jom tengok gambar.

*****
Raya Pertama

1.My only dotter for the time being, Fatin. Hihi, ayat nak tambah anak tu. Soon ya. Not too soon, tapi soon la jugak.

Fyi, baju2 itam yg kami pakai ni semua beli di Mydin. Tudung  dan songkok je beli kat KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM.


2. My koboi, Rafiq. Hidung berdarah di pagi raya kesan kemalangan kecil dimana beliau tertomos dalam kereta ketika iparku menekan pedal brek. Shian Rafiqqqq...


3. FaRa. Masa ni lawan tap kasut raya. Almaklum kasut Fatin sgt glamer dan kasut Rafiq pula capat yang baru. Aku juga yg takde kasut raya... huhu..

Video tapping Hari Raya Shoes ni klik kat SINI.


4. Aku dan biras. Siti Zaharah Zakri. Kesayangan ni sebab sangat baik hati, rajin, pandai masak. So not like me, sangat pandai makan je. :-P


5. Next gambar yg tak sihat suasananya. Hmmm... aku awal lagi warning Rafiq, kalau Rafiq hisap rokok, tak boleh masuk rumah ummi ya....

This is really nothing sebenarnya, tapi Rafiq kan lelaki. Akan sampai masanya dia akan lalui juga semua benda ni. Aku tau tu.


6. Meet the latest cucu of  Tok Kochek's Clan. Hihi. Siapa Tok Kochek? Gambarnya nanti. Nama baby ni adalah Nur Zafeerah Fitriana. Er er.... betul ke Fitriana tu ek? Dah lupa la. Kalau salah harap maafi ya....


7. Gambar aku dan FaRa berlatarbelakangkan kereta iparku. Ni kat rumah Tok Kochek dah, nak beraya la ni.

Tapi FaRa dah start moody. Ngantuk dan panas. Biasaklah anak2 mana tahan panas. Rafiq langsung tak mesra kamera, so gambar family yg elok takde.


8. Next gambar aku, Mak Lang dan anak bongsunya serta cucu terbaru beliau juga. Wah meriahnya raya cucu cicit bertambahhhhhh.

Mak Lang orang Klang dan aku ada geng la kan. Hihi. Mak Lang pun sepoting ngan aku walau tak suka gambarnya dirakamkan.

Tak kira nak publish juga.

************

Raya Kedua.

Layan video dulu ya...

Tema adalah purple. Aku ngan KRZ recycle je bajunya. FaRa yang baju baru.


9. Rafiq masih tak mesra camera. Sementara Fatin perasan cantik masa ni. Almaklum Tok puji dia cantik. Hihi. ;-)


10. Fatin dengan Nur Zafeerah. Beliau sangat teringin nak pegang. Tapi baby tu tak sampai seminggu lagi usianya kakak ooi. Bawak bersabar sikit ye.


11. Beraya di rumah Mak Ngah.Tengok aku ngades. Suka je nempek kan? Hihi.. Lap u Mak Ngah.


12. Gambar cicit2 Tok Kocek. Antaranyalah ye. Ramai dah cicitnya. Paling tua dah masuk kolej pun.


13. Balik dari rumah Mak Ngah kami terus ke Pulau Pinang. Konon nak beraya tapi hampagas. Semua tak dapat dihubungi. So apa yang kami dapat???

Dapat pe....nat. :-P

*********

Raya ketiga.


14. Berjumpa dengan sahabat baik lama KRZ. Encik Razak dari Langkawi.

Tapi kami jumpa di Kulim sahaja. Kebetulan beliau melawat saudara yang sakit di Hospital Kulim. Sangat mesra pengguna keluarga depa ni tau.

Raya ketiga temanya hijo dan hari ni memang meletihkan. Sebab byk berkunjung ke merata tempat. Sudahnya yang available satu dua sahaja. Malas nak cakap banyak. Aku terangkan gambar je lah ye.


15. Di rumah Pak Teh dan kelihatan aku memeluk Mak Teh yang maintain slim. Bila da hang nak kurus????


16. Fatin lagi. Senyum simpul pulak.

Aku dah malas. Rajin nanti aku edit la balik. Sementara tu tgk je gambar.


17. Malam bbq rumah mentua ipar. Dap dap ada sate.


18. FaRa dengan geng. Ketidakpuasan hatiku berlaku malam ini dimana komunikasi tidak berkesan. Tapi sekadar malam itu jelah. Malas nak bsing2.

*****

Raya Keempat


19. Maksu sampai dari Sg. Buloh. Tengok baby baru dulu ye. Pastu kita g raya.


20. Taraaaaa. Inilah Tok Kochek. Tok KRZ. Nama sebenar HABSAH. Dok baru je sakit tak larat sangat nak jalan sebelum Ramadhan. Kalau tak sakit Tok ni rajin berziarah saudara dekat atau pun jauh.

Memang Tok suka jalan. Tapi sedih tgk tok tak larat. Ye lah, Tok kann sayang kat aku. Nada ferasan di situ. :-P


21. Rahimah & I. FaRa panggil maksu Imau. Sebenarnya Imah. Belasah je la FaRa ooi.


22. Last but not least. Gambar kami  beraya dengan Tok Peah pula. Tak ingat raya ke berapa. Ke 5 @ ke 6.

Apa pun pada yang membaca terima kasih sudi singgah dan tengok gambar, walau dah terlewat pada kesempatan ini aku nak memohon ampun dan maaf di atas segala2 kesalahan2 yang aku sengaja atau tak sengajakan terhadap semua.

Sampai jumpa lagi.

Salam sayang...

Selasa, 31 Julai 2012

Bila Allah Menduga Kita



Assalamualaikum..
Ini entri kopipes dari sini. Thank you penulis blog. Tulisanmu mengembalikan diriku, Alhamdulillah.
Pernah saya tuliskan dalam entry terdahulu, bagaimana susahnya untuk bersabar…sungguh perit sekali perkataan sabar….janganlah ada di antara kita yang cukup takbur untuk mengatakan dirinya seorang penyabar…..tunggulah sehingga anda diduga…sebaliknya sentiasalah berdoa agar Allah memberikan kita kesabaran….saya sendiri masih lagi bertatih mencari makna sabar dan kekuatan bagi mendapatkan sabar…..sabar yang berkaitan dengan iman….sekarang saya tahu betapa lemahnya iman saya kerana selepas hampir setahun saya masih lemah…masih menangisi dan masih penuh dendam….
Berbalik kepada isu kita…bagaimana memperolehi sabar semasa menghadapi dugaan musibah……dan bagaimana untuk tidak lupa bersyukur ketika didatangi dugaan nikmat?
Ujian Allah bukan sahaja semasa kita ditimpa kecelakaan…ramai yang lupa bahawa ujianNya juga datang dalam bentuk kesenangan, kenikmatan, kekayaan, kemasyhuran dan segala kemudahan…..pada masa itu adakah kita masih ingat akan Allah? Adakah kita masih ingat untuk bersyukur kepada Ya Razaq dan Ya Fattah? Atau kita leka dengan segala keuntungan yang kita rasa datang dari pada usaha kuat kita sendiri yang bekerja siang dan malam? Sedarkah kita bahawa di atas segala kurniaan itu ada tanggungjawab yang besar menunggu kita dan Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan.
Hai….biasalah manusia yang pelupa…..apabila diberi kesenangan, kita takbur dengan mengatakan ia adalah hasil usaha diri bla…bla….tapi kalau ditimpa kesusahan kita mengadu…wahai Tuhan kenapa aku diuji dengan ujian ini?…..ampunilah kami ya Allah.
Buku “Bila Allah Menduga Kita” karya Syed Alwi Al-Atas mengupas isu syukur dan sabar ini secara terperinci.Kalau ada kelapangan masa dan rezeki, saya cadangkan kawan-kawan untuk mencari buku ini dan menikmati kupasan berhikmah beliau.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah menganugerahkan sifat sabar dan syukur kepada kita semua. InsyaAllah. Ya Allah, Ya Syakur, Ya Sabur.

Isnin, 28 Mei 2012

7 Peringkat Nafsu (Rodhiah Part 2)


Assalamualaikum...

Seorang wali Allah SWT yang bernama Mansur Bin Ammar telah terjumpa sekeping kertas yang tertulis nama Allah. Oleh kerana beliau tidak mahu kertas itu dipijak-pijak oleh orang yang lalu-lalang, maka diambilnya kertas tersebut, dlipatnya dan ditelan.

Pada malam tersebut beliau bermimpibeliau mendengar Suara Ketuhanan, lalu berkata kepadanya: "Oleh kerana kamu menghormati nama Kami, maka Kami akan bukakan pintu ilmu kepdamu." Selepas itu, dengan kurniaan Tuhan, beliau menjadi seorang yang sangat alim dan memberi syarahan dengan sangat berkesan.

Satu ketika seorang khadam telah diberikan oleh tuannya 4 dirham untuk membeli barang di pasar Dalam perjlanannya ke pasar, beliau teringat syarahan Mansur Bin Ammar dan menghadirinya. Setibanya di situ, Mansur berkata: "Adakah ada orang yang mahu memberiku empat dirham sebagai tukaran empat doa untuk kupersembahkan kepada Allah bagi pihaknya?"

Khadam tersebut mendengar dengan penuh takjub dan terkejut, lalu diberinya 4 dirham itu kepada Mansur dan dimintanya mendoakannya dengan 4 perkara. Mansur bertanya apakah 4 perkara itu, khadam itu menjawab: "Pertama, saya minta dibebaskan. Kedua, saya minta agar Tuan aku diampunkan kerana dosanya. Ketiga saya minta 4 dirham yang lain. Keempat Allah beri rahmat kepada aku, kepada Tuan aku dan segala yang hadir di sini."

Mansur pun berdoa memohon 4 perkara itu. Apabila khadam itu sampai dirumahnya, tuannya sangat marah kerana dia terlambat. Tetapi apabila khadam itu menceritakan segala perkara yang dialaminya, maka tiba-tiba tuannya tidak jadi marah. Bahkan terpengaruh dan terharu dengan permintaan khadam tersebut. Semasa itu tersalah di dalam hatinya untuk bertaubat kepada Allah SWT. Kemudian khadamnya dibebaskan dan diberinya 400 dirham.

Pada malamnya ketika tuan khadam itu tidur, tiba-tiba beliau telah bermimpi mendengar Suara Ketuhanan: "Kamu telah memberi khidmatmu. Terimalah rahmat kami kepadamu, juga kepada khadamu, kepada Mansur Bin Abbas dan pengikut-pengkut beliau."

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Ahad, 27 Mei 2012

Amukan Pocong

Assalamualaikum.

Suatu hari aku terkejut tengok Rafiq meniru aksi amukan pocong. Bergolek2 kat ruang tamu. Bila dia nak ulang buat cepat2 amik phone. Hihi...

Saksikan.

Sampai jumpa lagi.

Wassalam.

Selasa, 8 Mei 2012

7 Peringkat Nafsu (Rodhiah Part 1)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Orang yang memiliki nafsu Rohiah ini adalah orang yang memiliki semua sifat mahmudah (sifat yang terpuji) dan kuat hubungan hatinya deangan Allah SWT. Mereka diberi pimpinan terus daripada Allah SWT dan memilik pandangan hati yang tajam yang dikenali sebagai firasat.

Sabda RAsulullah S.A.W.:
"Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka memandang dengan nur Allah."
HR. Tabrani dan Tirmidzi

Firasat yang diberi oleh Allah itu adalah kurniaan kepada mereka untuk mengetahui segala tipuan syatan dan gerakan nafsu agar mereka ini selain dapat memimpin diri mereka juga dapat memimpin orang lain. Selain daripada itu mereka boleh menjangkau alam kerohanian yang begitu luas dan penuh dengan tipuan. Mereka juga dapat melihat alam yang lebih tinggi daripada alam nyata ini.


Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak pernah
merasa takut dan dukacita." Yunus : 62


Nafsu mereka sudah terkikis daripada akar umbinya sekali dan mereka disinari oleh Nur Syuhud ke alam ma'rifat. Alam di sekeliling mereka laksana cermin yang boleh nampak kebesaran dan keagungan Allah di setiapketika dan saat. Mereka tenggelam di dalam musyahadah (penyaksian) sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah SAW di dalam pengertian Ihsan.


Sifat-sifat yang timbul daripada nafsu Rodhiah ialah Zuhud, ikhlas, wara', meninggalkan perkara yang umum yang tidak layak buat mereka. Memelihara hukum Allah dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.

Wali-wali Allah di makam ini dapat mengecap nikmat-nikmat yang luhur atau sifat-sifat kerohanian yang tinggi setiap ketika. Zikir dan wiridnya hebat, sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyuk dan tawadhuk mengingati Allah.

Firman Allah:

"Berzikirlah kepada Tuhanmu di dalam hatimu dalam
keadaan merendah diri dan takut." Al-A'raf : 205



InsyaAllah. Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Mutmainnah Part 2)


Assalamualaikum...

Mereka yang memiliki nafsu Mutmainnah ini, akan mendapat petunjuk terus daripada Allah SWT. Mendapat ilham Laduni dari Allah SWT. Syurga buat mereka yang memilikinya adalah terjamin dan termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah SWT yang diberi kurniaan.

Satu ketika seorang alim lagi soleh Abu Usman Al-Hiyari diundang pada satu undangan. Dan yang mengundangnya tu sebenarnya ingin mencuba beliau. Setelah Abu Usman tiba ditempatnya, lalu pengundang itu berkata: "Saya tidak punya maksud apa-apa." Lalu Abu Usman pun pulang. Sebelum dia pergi jauh, pengundang itu sekali lagi memanggilnya dan dia pun datang kembali buat kali keduanya. Maka apabila sampai ke rumah pengundang tersebut, maka berkatalah beliau kepada Abu Usman: "Wahai Tuan Guru! Pulanglah tiada apa-apa yang kuhajatkan kepadamu." Maka Abu Usman kembali ke rumahnya.

Lalu diundangnya pada kali yang ketiga, maka Abu Usman pun datang dan sekali lagi dihalau. Namun Abu Usman tetap akur dan tidak menunjukkan sikap marah. Sehingga beberapa kali diundang dan diperlakukan sedemikian rupa, akhirnya si pengundang berlutut di hadapan Abu Usman dan berkata: "Wahai Tuan Guru, saya bermaksud mencuba tuan, alangkah bagusnya akhlak ini." Abu Usman menjawab: "Apa yang kamu lihat iala perangai anjing. Anjing itu sesungguhnya apabila dipanggil, ia akan datang dan apabila digertak ia akan pergi."

Demikian orang yang bernafsu mutmainnah. Sentiasa tenang di dalam semua keadaan.

Wallaua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Rabu, 25 April 2012

Berita baik!~


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Apa khabar saudara2ku sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat2 selalu.

Alhamdulillah, semalam g tengok mak, keadaan mak jauh lebih baik dari dua hari sebelumnya. Perkembangan tahap kesihatan mak sangat positif. Bila aku sampai, mak terus pandang dan senyum, lantas membungakan rasa bahagia di hatiku.


Aida bersyukur mak dah semakin pulih, mak dah senyum dan mampu mengingati beberapa perkara. Alhamdulillah. Cukup baik. Walau keadaan mak masih lemah, tapi mak dah terdaya nak minum dan membuat permintaan. Lega hati Aida ni mak. Syukur pada Allah SWT yang menyembuhkan keadaan mak.



Aida suka sangat bila mak minta Aida mandikan mak secara lap-lap di atas katil. Aida suka sangat bila buat mak tertidur sambil Aida dok membelek2 badan mak. Bukan selalu boleh buat mak rasa macam kat SPA. Hihi...
Mak, Aida minta maaf Aida tak boleh teman mak semalam. InsyaAllah mak boleh balik hari ini dan Aida cuba untuk sentiasa berada bersama mak selalu.

Wassalam.


posted from Bloggeroid

Isnin, 23 April 2012

Luahan hati anak mak!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mak...
Aida rindu mak. Mak cepatlah sihat ye mak. Aida nak mak pandang mata Aida. Aida nak mak senyum kat Aida. Fatin dan Rafiq pun nak sangat jumpa mak.

Mak...
Sebelum Aida kahwin tiap2 tahun mak belikan kek untuk Aida. Kita pegi jalan2 kat Jusco Bukit Raja. Aida kan dapat kupon diskaun JCard member untuk bulan Mac. Aida minta maaf kerana Aida selalu sibuk. Aida tak pernah lupa birthday mak. Aida minta maaf Aida selalu leka tak pergi lawat mak selalu.

Mak ingat tak tahun lepas????

Kita sambut besday mak ala kadar kat rumah mak. Aida harap mak happy. Suka Aida tengok muka mak. Suka Aida tengok muka anak2 yang turut sama meraikan ulangtahun kelahiran mak.

Mak..
Mak jangan risaukan adik Amat ye mak. Adik baik2 saja. Tiap2 minggu Aida atau Abg Adi akan gilir2 balik rumah mak jenguk adik. Adik baik2 saja, dia basuh baju, sidai baju dan boleh  bangun g kerja sendiri pun. Dulu mak ada dia sengaja bermanja, nak mak kejutkan. Nak dengar suara mak, nak mak berjaga sebab dia, nak mak pegang2 dia.

Aida tengok adik siap beli seluar jeans baharu mak. 3 helai semuanya. Adik pandai urus diri mak. Mak jangan runsing lagi yer mak.

Mak..
Banyak kenangan kita bersama kan mak? Mak dari dulu percayakan Aida. Dari Aida kecik kan mak? Mak percaya Aida jaga arwah abah dengan adik Amat masa mak keluar g Pejabat Pos setiap bulan.

Mak percaya Aida boleh uruskan adik2 Aida walau tanpa kehadiran mak? Terima kasih mak. Keyakinan mak selama ini yang buatkan Aida jadi diri Aida sekarang mak. Aida bersyukur sangat2. 

~gambar google, terima kasih tuan gambar~

Mak ingat lagi tak.... mak percaya Aida boleh bawa mak naik basikal tua yang kita pinjam dari Cik Robiah kat Rimba Jaya dulu. Waktu tu Aida baru darjah lima. Badan Aida kurus melidi. Mak percayakan Aida. Akhirnya kita sama2 terduduk atas basikal yang terbalik  kan mak? Lucu kan mak masa tu. Derai tawa kita berpanjangan. Aida ingat lagi kata2 mak. "Badan kecik, hati besar!"

~Gambar ni Amri & Asri dah besar pun...hihi...~
Mak, 
Masa Aida darjah 6, kita dah pindah ke Padang Jawa. Waktu tu Kak Ana selamat lahirkan Amri. Cucu pertama mak. Cucu kesayangan mak. Si kachak tokkk. Mak percayakan Aida untuk bawa mak naik motorsikal Abg Adi. Dari Padang Jawa kita ke Seksyen 17, Shah Alam. Mak yakin dengan Aida.

Mak,
Kepercayaan mak pada Aida makin bertambah seiring dengan peningkatan usia Aida. Belum sempat Aida habis sekolah, mak dah sediakan duit untuk Aida amik lesen. Mak sponsor semuanya. Banyak duit mak habis, Aida tahu. Mak suka Aida bawa mak g berjalan2, g tengok rumah arwah abah kat Rasa.

~Mak dengan Kak Ana~

Mak ingat tak Aida belum dapat lesen kereta lagi, mak sanggup minta ic dan lesen Kak Ana semata2 nak suruh Aida bawa mak ke rumah mak di Rasa. Kata mak muka Aida dengan Kak Ana sama. Sepanjang jalan mak berdoa supaya tidak ada sekatan jalan raya. Kita selamat peri dan selamat pulang. Kalau suruh buat semula, apa saja demi mak, Aida sanggup mak. Aida SANGGUP.

Banyak lagi kenangan kita bersama mak. Aida cuma dah tak sanggup nak ceritakan lagi. Aida rindukan mak. Mak rehat ya malam ni. Ada Kak Wati jaga mak. Insya Allah esok Aida g jenguk mak ya.

Salam rindu dari anak mak.

Wassalam.



posted from Bloggeroid

Selamat pagi, mak tersayang!

Assalamualaikum.

Apa khabar saudara saudaraku sekalian? Alhamdulillah kita masih bernafas hari ini. Marilah kita beramal kepadaNya disamping menambah kecintaan dan kerinduan pada kekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Semalaman menemani bonda tercinta di hospital. Tidak tergambar perasaan dan pengalaman yang aku lalui. Perasaan itu bersilih ganti. Yang pasti kasih aku pada mak tetap utuh. Aida sayang mak selamanya.

Hari sebelumnya (Sabtu) petang mak dalam keadaan baik2 saja. Seronok bercerita bagaimana jururawat dan doktor pelatih begitu baik melayannya. Sehingga dibelikan sepasang selipar untuk mak. Alhamdulillah.

Antara dialog aku dengan mak kelmarin.
Aku: Doktor tu ada beritahu mak harga selipar yang dia belikan tu?
Mak: Dalam 3 ke 4 ringgit kot.
Aku: Hihi. Mana ada selipar murah dah. Paling kurang RM8-10. Aida tinggalkan duit. Nanti bila doktor tu datang mak bagi yer.
Mak: Ha ye lah.


~Gambar pagi tadi, Aida pinjam baju dan kain mak ye?~

Malam tadi mak tak boleh tidur. Gagahkan diri duduk sambil mulut tak berhenti menyebut Ya Allah. Sambil mengadu, mak sakit ni nak!....

Allahuakbar! Ya Allah, kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin. Mak salah faham ya cakap nurse. 

Seingat aku hari Sabtu lepas ada dengar misi cakap dengan mak, kalau nak balik, mak kena duduk. Depa tak mau mak baring aje, sebab mak akan tertidur. Sudahnya sebab nak tunjuk mak dah kuat, sehari semalam mak tak tidur. Bukan macam tu mak. Mak kena duduk dalam 45 minit, sambil buat senaman tangan dan kaki sikit-sikit. Bila penat mak boleh rehat dan baring selama beberapa jam. Kuat sikit bangun semula duduk dan teruskan fisioterapi untuk tangan dan kaki mak.

Bila mak tahan tak baring dan tak tidur, bp mak naik mencanak2. Puas Aida pujuk mak suruh mak tidur tapi mak enggan. Mak rindu adik ye? Ok mak, nanti Aida jaga mak kat rumah mak. Tak payah mak risau pasal adik lagi yer?

Apa pun mak, Aida tetap sayang mak. Semoga mak cepat sihat. Amin.

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Mak!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam ini kita masih boleh bersua di sini.

Apa khabar saudaraku sekalian? Semoga sentiasa sihat.


Malam ini juga buat julung kalinya aku jadi peneman mak kat hospital.

Semoga cepat sembuh mak. Amin.

Aida rindu mak.

Wassalam.

posted from Bloggeroid

Sabtu, 21 April 2012

7 Peringkat Nafsu (Mutmainnah Part 1)

Assalamualaikumwaraahmatullahiwabarakatuh...



Hasil latihan dan zikir berterusan di peringkat Mulhimah tadi, nafsu telah dicuci dan ditundukkan sehingga bersinar Nur Ilahi di dalam dri tetapi belum sampai kepada kejernihan yang berkekalan dan ketenangan yang berpanjangan.

Setelah dicuci dan diproses nafsu yang diperingkat Mulhimah tadi akan meningkat ke peringkat Mutmainnah iaitu nafsu yang tenang dan mendapat rahmat Allah.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr : 27-30 makhumnyaa;

"Wahai orang yang bernafsu Mutmainnah, pulanglah ke
pangkuan Tuhanmu di dalam keadaan redho meredhoi dan
masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam
syurgaKu." Al-Fajr : 27 -30


Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ini adalah mukmin yang sejati. Merekalah orang yang mendapat jaminan Allah SWT. Terlepas dripada azab Allah SWT di akhirat.

Di antara tanda-tanda orang yang memiliki nafsu ini adalah;

1. Murah hati dan suka bersedekah.

2. Hatinya sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.

3. Arif dan bijaksana.

4. Kuat beribadah.

5. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

6. Redho dengan ketentuan Allah SWT.

7. Sentiasa tenang dengan apa sahaja perkara yang mendatang.

8. Memiliki sifat takwa yang sebenar.

9. Sentiasa merasai kehebatan dan keagungan Allah SWT.



Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails