Assalamualaikum...
Seorang wali Allah SWT yang bernama Mansur Bin Ammar telah terjumpa sekeping kertas yang tertulis nama Allah. Oleh kerana beliau tidak mahu kertas itu dipijak-pijak oleh orang yang lalu-lalang, maka diambilnya kertas tersebut, dlipatnya dan ditelan.
Pada malam tersebut beliau bermimpibeliau mendengar Suara Ketuhanan, lalu berkata kepadanya: "Oleh kerana kamu menghormati nama Kami, maka Kami akan bukakan pintu ilmu kepdamu." Selepas itu, dengan kurniaan Tuhan, beliau menjadi seorang yang sangat alim dan memberi syarahan dengan sangat berkesan.
Satu ketika seorang khadam telah diberikan oleh tuannya 4 dirham untuk membeli barang di pasar Dalam perjlanannya ke pasar, beliau teringat syarahan Mansur Bin Ammar dan menghadirinya. Setibanya di situ, Mansur berkata: "Adakah ada orang yang mahu memberiku empat dirham sebagai tukaran empat doa untuk kupersembahkan kepada Allah bagi pihaknya?"
Khadam tersebut mendengar dengan penuh takjub dan terkejut, lalu diberinya 4 dirham itu kepada Mansur dan dimintanya mendoakannya dengan 4 perkara. Mansur bertanya apakah 4 perkara itu, khadam itu menjawab: "Pertama, saya minta dibebaskan. Kedua, saya minta agar Tuan aku diampunkan kerana dosanya. Ketiga saya minta 4 dirham yang lain. Keempat Allah beri rahmat kepada aku, kepada Tuan aku dan segala yang hadir di sini."
Mansur pun berdoa memohon 4 perkara itu. Apabila khadam itu sampai dirumahnya, tuannya sangat marah kerana dia terlambat. Tetapi apabila khadam itu menceritakan segala perkara yang dialaminya, maka tiba-tiba tuannya tidak jadi marah. Bahkan terpengaruh dan terharu dengan permintaan khadam tersebut. Semasa itu tersalah di dalam hatinya untuk bertaubat kepada Allah SWT. Kemudian khadamnya dibebaskan dan diberinya 400 dirham.
Pada malamnya ketika tuan khadam itu tidur, tiba-tiba beliau telah bermimpi mendengar Suara Ketuhanan: "Kamu telah memberi khidmatmu. Terimalah rahmat kami kepadamu, juga kepada khadamu, kepada Mansur Bin Abbas dan pengikut-pengkut beliau."
Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan