Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Khamis, 13 Ogos 2015

Allah Maha Mendengar

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Masa untuk meluahkan perasaan. Memanglah lebih elok aku mengadu pada Allah. Tapi sekali sekala aku nak luahkan kat sini supaya suatu hari nanti boleh aku kenang dan beringat.

Sebenarnya kalau nak ikut terasa, kita ini semedang terasa je kan. Itulah guna akal budi. Sifat dan sikap memaafkan dan memohon maaf. Kita hanya manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan. Tiada terbukti kau terlebih atau aku terkurang.

Itulah yang aku rasakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun lepas kemuncak satu bila seseorang mengatakan aku sepatutnya dapat bersama. Tetapi memandangkan aku cuti bersalin tahun sebelumnya, maka tak dapat. Aku sudah tak boleh terima kata2 yang pada aku langsung tiada kebijaksanaan. Tiada hemah. Dalam sakit hati, aku maafkan juga. Supaya hati aku tidak lebih parah.

Tahun ini pula, pertengahan tahun. Aku diuji lagi. Kali ini penghinaan dilemparkan ke atas anak2 aku. Walau secara tidak langsung. Memang aku sudah hilang respek. Memang tiada wisdom dalam kata2nya. Tak selesa dengan kehadiran anak2 guru. So nanti anak2 kau jadi cikgu, tak boleh beranak ya? I bet things will be totally different bila kau dah bercucu nanti.

Sekarang anak2 kau dah besar semua dah tak melendet2 pada kau lagi memang la kau rimas pada anak2 kecil kami. Tunggu kau ada cucu nanti. Mesti kau takkan keluarkan statememt tak selesa bila cucu2 anak menantu kau kan?

Aku maafkan juga. Walau rasa terhina. Tukarkan sekolah anak2. Jalan selamat. Anak2 pun tak terkesan.

Bulan Ogos terkesan lagi dengan anugerah prestij. Aku jenis tak ambil berat. Aku yakin kalau sudah rezeki aku takkan ke mana. Tup tup dalam mesyuarat bulanan korang sebut juga.

Ayat paling tak boleh blah. Pada aku satu doa yang menjahanamkan.

"Kalau sudah 7-8 tahun tapi masih tak dapat, memang MALANG lah."

Tsk. T_T

PadaNya sahaja aku meluah, merayu, mengadu.

Semalam. Aku dapat surat penempatan semula. Alhamdulillah.

Walau itu bukti depa yang calon nama aku. Aku sgt bersyukur.

Allah Maha Mendengar.

Inilah namanya rezeki. InsyaAllah things will better after this.

Kawan2 doakan aku ya.

Assalamualaikum.

Ahad, 2 Ogos 2015

Hiasan Merdeka 2015 (Part 2) #sehatisejiwa

Assalamualaikum.

Ku update hiasan merdeka utk tatapan org yang lalu lalang tepi kelasku. Hihi.

Tadaaaaaa...

Ahad, 26 Julai 2015

Hiasan Merdeka 2015 #sehatisejiwa

Assalamualaikum.

Hai semua. Konon2 aku semangat la nak buat hiasan kelas sempena merdeka 2015.

Harap berkekalan la semangatnya. Dalam keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan.

Rajin2 nanti aku update lagi ya.

Wassalam.

Khamis, 2 Julai 2015

Sampul Raya Sekolah

Sekolah nko hader?

Hihi.

:-P

Khamis, 11 Jun 2015

Percutian dalam hutan. Hihi.

Assalamualaikum.

Cuti pertengahan tahun ini kami tidaklah sebenarnya bercuti kemana2. Sekadar menumpang di 'apartment' Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.

Alhamdulillah anak2 berpuas hati sebab ada kolam renang saiz olimpik. Hihi. Depa nnk main je.

Yang menghalang adalah makanan la. Susah sikit nak dapat sebab tender makanan ikut program. Dan org yang tak ikut program takkan nak makan sekali kan? Tak patut... Tak patut...

Ya udah jom tengok gambar.

Sabtu, 15 Mac 2014

Perkara yang tidak sepatutnya...

Assalamualaikum.

Agak tension juga aku memikirkan apa yang berlaku masa mesyurat PIBG tadi. Tapi buat apa la aku nak fikir2 sangat. Buat tak tahu sudah la. Hihi.

Susah sebenarnya jadi bos ni. Mesti ada orang bawahan yang tak puas hati punya. Hihi. Akulah tu. Sebagai kuli, mesti ada yg tak puas hati. Pantun dua kerat di situ. Hihi.

Mau taknya. Sebut perkara tak sepatutnya. Produktif la. Aktif waktu malam la.

Kan ada juga budak2 yang hadir? Apa tak malu ke?

Kot kalau pun kau 'kuat' sangat takkan nak bagitahu semua orang?

Cet poddah.

Dah. Legaaaaaa.

Now tengok gambar Firuz.

Bawak dia tadi sebab tugas aku dah siap. Lepak makmal komputer je la sebab panas. Sian adik.

Jumaat, 14 Mac 2014

Mesyuarat Pibg

Rabu, 13 November 2013

Nasib baik tak tumbang....

Alkisah hari ni tugas aku sebagai jurugambar. Dah kabo kan semalam. Aku ni sebenarnya tak berapa sihat. Bangun pagi tadi memang pening2. Dah ada niat nak mc. Aku memang x larat. Memandangkan takde nama lain. Aku seorang je pun yang kena ambil gambarnya... Aku dtg jugalah.

Dengan takde kameranya. Meminjamlah kamera org. Mujur ada sahabat Khaty dan suami yang baik hati. Abg Musa siap tolong hantar lagi kamera yang dah tertinggal. Really appreciate it. Tqsm.

Belum selesai anugerah tahun satu aku dah rasa lain macam. Pening. Serius cam nak tumbang. Aku mula skip ambil gambar. Selang2. Sekejap2 aku duduk. Terpaksa minta tolong kawan lain amikkan gambar.

Darah rendah ke. Apa ke. Pening. Cam kemamau pun iye. Kawan2 aku kata aku nampak macam blur je.

Memang tak sihat lagi agaknya. Tahankan tak mahu ke klinik. Ubat semua ada. Ke klinik pun dapat ubat sama juga. Kan?

Ini ada rasa nak balik dah ni. Mmg serius x larat. Balik rehat jap. Ptg ni la p amik Firuz. Harap sampai la rumah nak drive balik ni.

Ya udah. Tengoklah sekepim gambar aku. Ihsan kawan nak tolong amik. Yg lain semua gambar org lain. Aku yg amik. Aku dah tak larat.

Nak jumpa bos. Minta izin pulang.

Sampai jumpa lagi. Jaga diri ye.

Assalamualaikum.

Tak baik tau!

Assalamualaikum.

Penat pening letih semalam tak pernah hilang. Tapi. Tak baik tau. Rugi je apa yg kita buat. Kalau kita sebut macam tu. Lainlah niat kita nak mengadu. Nak bermanja. Hihi.

Ini yang terjadi pada aku la. Selepas rehat dan cuti panjang. Bila kena g kerja, rasa macam tak larat sgt dah. Habis perkataan nak gambarkan letih tu. Letih tahap mega.

So hari kedua g kerja (tetap pergi juga sbb tak mahu kerja bertangguh), rezekiku sgt murah. Alhamdulillah. Dari pagi sampai tengahari, dapat makan macam2. Bihun goreng, nasi goreng, ciken cop, nasi lemak, nugget, kek, sate, pizza. Sendat betul perut. Hope tak gemuk la lepas ni. Hihi.

Menanti saat je nak g jemput tecik. Lepas jemput Firuz, sampai rumah je terus lupa janji2 yang dibuat sebelumnya. Nak siapkan kerja kat rumah la, apa la. Hihi. Sampai susu yg diperah pun lupa nak bekukan. Apa yang penting sgt tu sampai lupa segala?

Golek2 time. Sgt rindu time golek2 dgn baby. Hihi.

So beli makanan kat pasar malam. Apam balik dan sate. Tapi manalah cukup utk anak2 yang laparkan nasi. Jam 9 malam baru masak nasi dan lauk. Masa awal2 FaRa balik tu aku tanya depa jawab tak mau makan.

Akhirnya termasak la jua. Simple2. Masuk dlm pemanggang je. Pas suap depa makan, selip time. Untuk anak2 la. Aku tetap tak boleh lelap. Tak boleh lena.

Terlalu penat agaknya. Macam nak pencen la kerja. Tapi aku suka kerja aku. Connecting people. Eh. Itu motto Nokia. Hihi.

Rasa masa dgn baby sgt kurang 2 hari ni. Huhu. Takpe dik. Minggu depan ummi cuti dah. Walau kena g keje tapi still boleh peluk adik lama2 lagi.

Jom nak try lelap. Maafkan aku atas salah silap.

Assalamualaikum.

Isnin, 11 November 2013

Kisah hari ini...

Hari pertama bekerja.
Aiceh. Konon. Gaya2 macam baru posting. Baru keje la. :-P

Ayat tu tak habis sebenarnya. Hari pertama bekerja selepas 90 hari bercuti.

Keluar awal pagi tadi. 6.30 pagi. Bajet pasti akan sesak. Sebab hujan dari sebelum subuh. Apa pun alhamdulillah.

Hantar Firuz pun tak sempat nak peluk cium bagai. Takut teringat sangat. InsyaAllah ok dgn Kak Sal. Dengar dia cerita tadi pagi2 Firuz dah ikut g beli nasi lemak. Kelakar pula rasanya. Tapi memang macam tu, dia dan suami rajin bawa anak2 keluar2 sekejap2.

Sampai sekolah ngam2 bunyi loceng. Takde perhimpunan rasmi sbb hujan. Allah bantu aku yg sakit tekak. Alhamdulillah. Rakan sekerja ambil alih jua kerana kasihankan aku.

Buat urusan kelas. Siapkan kedatangan tahun depan. Makan. Entah mengapa asyik lapar sahaja. Hihi.

Jam 9.30, terasa berdenyut2 dah susu nak keluar. Pantas terkenang Firuz. Pasti dia terjaga minta susu. Nak berpeluk. Nak bermanja. Aku terus sibukkan diri. Uruskan hal buku teks anak2 murid dan lain2 urusan.

Jam 12 pula ada satu edaran mengatakan ada mesyuarat. Argghh. Terus rasa macam wth??

Susu makin membengkak. Pasti baby sesang merindui ummi. Ummi feel u baby. Sama.

Dalam masa yang sama suara makin teruk, sakit tekak makin parah. Dok minum air putih dan gula2 peneman setia. Badan dah seram sejuk. Aku berdoa supaya tak demam je la.

Dah berapa lama tahankan supaya jangan demam ni. Adakah kali ini aku akan tumbang jua??? Harap2 tidak la. Kasihan anak2 nanti.

Fatin sakit mata. Rafiq nak graduate tadika. Dan Firuz ofkos nak ummi selalu ada. Sedih sgt nak bersembang dan bercakap dgn tecik tak boleh. Dia buat muka pelik bila dengar suara aku. Tapi dia tetap tersenyum. Penawar hati ummi.

Melalut pula. Sambung cerita.

Jam 2.30 meeting tak habis lagi. Aku terpaksa minta keluar awal. Sebelum aku p jemput Firuz, terpaksa pam dulu susu buat stok. Plus aku dah sakit sgt.

Pam selama 20minit. Cuci2 pam lantas terus nak g amik Firuz. Kete kena block pula. Haih. Tambah lagi 15 minit sementara kawan nak perasan.

Pastu terus amik baby. Balik. Salin2 baju. Terus kebabom dgn baby. Allahuakbar sgt lega. Perasaan itu hanya seorang ibu yang menyusukan anaknya saja yang rasa. Firuz pun hisap hampir sejam. Selalunya 5 minit je. Pastu lepas 20 minit minum lagi. Ini tidak. Sebelah hampir sejam. Lagi sebelah 45 minit. Dan kami tertidur sama2. Lena. Tiada gangguan.

Ada lagi ceritanya ni. Tapi udah ngantuk. Lain kali pula ye.

Assalamualaikum.

Rindu

Assalamualaikum.

Seawal jam 9.30 pagi tadi dah teringatkan Firuz. Bangkit nak minum agaknya. Susu pun sakit2. Berdenyut2.

Macam mana la tangisannya tu. Harap2 adik ok.

Bukan tak mahu call pengasuh. Bimbang dia sibuk. Takpelah. Tak lama dah. Jam 2 nanti boleh terus g amik adik.

Banyak kerja jangan cakap la. Form kedatangan tahun depan dah kena isi. Laju2 buat supaya tak kena stayback.

Oklah. Nanti jumpa lagi.

Tata.

Ahad, 10 November 2013

Sakit tekak

Alahai. Macam mana ni. Esok kena g kerja. Tekak sakit. Suara tak ada.

Apa yang lebih merisaukan, esok kena jadi ketua guru bertugas pula. Dah la lepas cuti panjang. Apa la aku nak cakap esok ek?

Agak2 tak keluar suara, boleh guna bahasa isyarat tak? Haha.

Konon nak buat comeback. Macam mana budak2 tengok aku esok ek??

Hihi. Debor juga.

Tapi paling risau. Paling2 aku susah hati. Pasal tecik la. Huhu.

Harap2 dia ok dan tidur sampai aku balik. Nanti ummi sambung peluk adik ye.

Tata.

Jumaat, 8 November 2013

Hari terakhir cuti bersalin.

Secara rasminya hari ini merupakan hari terakhir aku cuti bersalin. Esok lusa Sabtu Ahad kira tak cuti sebab FaRa ada. Hihi. Ada depa wajib perang ye.

Apa pun kan... Sungguh sekejap masa berlalu. 90 hari macam tak terasa je.

Aku sebenarnya dah tak mahu kerja. Hihi. Tu dia terus terang sungguh!

Iye la. Puas duduk rumah ngasuh anak, boleh kemas rumah setiap hari. Masak setiap hari. Makan pakai anak aku teliti.

Tapi kalau tak keje mana pula nak datang duit beli jajan2 anak2. Mana pulak nak cekau nak bagi mak. Nak shopping online lagi. Hihi.

Cancel. Cancel.

Jom tengok muka ni. Muka serenity utk aku. My peace. My inner strength. My baby. My sayam. My tecik.

Ummi sayang adik sgt2 tau! Nanti duduk dengan mak Sal adik baik2 tau! 5 hari je lepas tu ummi jaga adik semula sampai hujung tahun ni ye dik.

Mmuuuahhss!

Khamis, 22 November 2012

Sharing is caring!

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Allah SWT hari ini aku berjaya juga siapkan fail dan rekod profil budak2.

Selalunya 2 minggu sebelum cuti semua dah setel. Tapi tahun ini entahlah. Pasal byk sangat aktiviti. Tak sempattt.

Tadi stayback sampai jam 6 petang. Siap semua. Kantoi dua budak baru ofis x bg fail lagi. Hadoiii. Nanti2lah aku setelkan. Tunggu gpk datang nak letak je barang2 semua dalam fail. Hmmm...

Erk. Tadi g buat keje bawak anak2. Berkelakuan baik. Berkawan x bergaduh. Sempat ummi belanja aiskrim tau.

Pastu makan nasi kat kedai mamak sepinggan share berdua. Very gud. Very gud. Hihi.

"Kita orang kawan la mi..." jawab Fatin bila aku kata very gud FaRa dah tak gaduh. Ummi sangat senang hati tau.

Lalalalalalala~

Sampai jumpa lagi kesayangans. Jaga diri hiasi peribadi. Be safe always tau.

Asslamualaikum.


Khamis, 8 November 2012

Borang Pelaporan PBS

Assalamualaikum...

Hai hai hai.

Akhirnya, atas desakan yang menghimpit dada dan hampir menjerut leher... daku telah berjaya menyiapkan borang pelaporan PBS seperti yang dikehendaki oleh Encik Boss la.

Sila tepuk tangan untuk diri sendiri. Hihi.

Berikut kulampirkan....MAK LAMPIR.... haha... gurau, gurau...


So sesiapa yang nak tiru aku ijinkan. Nak soft copy pun boleh, drop email kat komen ya... Mana la tau boleh kumpul pahala sikit. Jadilah kan.

Ok ye, sampai jumpa lagi.

Tataaa....


Danjeros...

Assalamualaikum...

Tajuk tak boleh belah kan? Hihi. Biar biar....

Apa yang danjeros sangat tu???? Hal **** la. Nak benda yang mustahil. Tapi boleh diminimumkan sebenarnya. Itu yang aku dan kawan2 akan buat. Buat juga walau dalam hati tu rasa mustahil sangat. 

Tak lojik betul permintaannya. Dia minta je memang la senang. Dah la tak peduli, panggil mesyuarat tak pernah, nak buat mesyuarat asyik tak boleh hadir.

Tak prihatin, tapi bila dia nak main paksa2 ya.

Hati2lah sahabat2 di luar sana. Kalau anda seorang pemimpin, pastikan anda terkeluar dari golongan yang macam ini. 

Aku tak kata korang macam ni. Kawan2 aku semua bagus2. Bos memang kena macam tu. Tapi pastikan we have done our part la. Not the only 'bekeng' part. Or just order what u want rather than get ur staff to prepare themselves longgg before the dateline....


Kata boss, kata ketua, tunjukkanlah ciri2 kepimpinan sikit. Ini tidakkkk... Tunjuk ciri bos aje buat apa? Kami bukannya tak dengar kata, tapi plis la, buat kami respek sikit.

Ok geng. Chow kejap. Pulun buat borang ni, nak yang terbaik kan? Doakan aku ya.

Assalamualaikum.

Rabu, 3 Oktober 2012

Johan Bilik PBS Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Jam 12.05 tengahari tadi aku dapat sms dari GB, yang berbunyi begini;

TAHNIAH. Syabas kepada semua AJK PBS, guru-guru
 dan staf yang berkejasama menceriakan dan melengkap
bilik PBS SKBSD1 yang dianugerahkan Johan Bilik PBS 
Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012. 
Terima kasih atas sumbangan tuan puan semua.


Seriously, aku tak layak dapat kredit ni. Kerana tatkala kawan2 aku sibuk2 menyiapkan Bilik PBS ni, aku dok berehat bercuti selama dua minggu kat rumah. 

Ya, aku sakit. Ya hati aku memberontak kerana aku tersangat ingin membantu menolong mereka menyiapkan bilik ini. Akulah penyelaras. Akulah ketua. Tapi di mana aku????

Tahniah buat semua teman2 tersayang. Terima kasih banyak-banyak di atas usaha dan bantuan kalian.


Jerih perih kalian semua aku sangat memahaminya, tinggal aku tak dapat nak membantu saja. Kawan2 juga rajin update perkembangan bilik ini. Gelisah saja aku di rumah. Tetapi aku terpaksa pasrah.


Gambar bilik ini yang cantik aku tidak pasti tersimpan di mana. So tak dapat nak tepek sini. Apa pun tanpa usaha murni teman2 semua, pasti bilik ini tidaklah seberapa.

Jumaat, 20 November 2009

Meet Noraini!

Hai! Hari ketiga bermula ceria dengan happy-happy.
Ni lah Noraini yang sama-sama kerja dengan aku. Sebenarnya dia pun yang banyak buat kerjanya...
Kerja dah siap dan kemungkinan akan ada aktiviti petang ni...
Tak taulah nak snorkel ke ape... tunggu saja ya!
Haha! Will update soon...ok... bye!

Pangkor - Day 2

Hari kedua merupakan hari yang sangat sibuk kerana aku berhempas pulak dengan Noraini. Gambar beliau belum publish lagi mungkin dalam entry yang seterusnya la yer.
.
Petang hari keduau aku berjaya menyiapkan kerja dan petang Kak Shima ngajak aku p jalan2 tepi pantai. Nilah rupa Kak Shima. Beliau ni memang ada style dan gaya beliau ada mutu serta berkeunggulan. <--terasa macam iklan Dunhill tak? Ngeh3! Pantai Pasir Bongak namanya.... sangat cantik... kami jalan2 sambil mengutip kulit2 sipot.... Tetiba nampak geng-geng kami baru balik mandi.. hehe... tak sempat nak join.... huhu... banyak jugak yang kami kutip dan aku kutip untuk assignment aku la... bila matahari hampir terbenam dan senja menjelang, kami pun beransur pulang.....
Bye!

Pangkor - Day 1

Haha! Aku dah jumpa bluetooth device kat notebook dan boleh transfer gambar. Makanya bolehlah di masukkan cerita.
.
Perjalanan bermula dari Shah Alam lebih kurang jam 10.30 pagi. Pertama kali berhenti untuk g toilet di Petronas Sg. Besar. Pastu tetiba ada konduktor yang collect duit untuk tiket feri. Adoh! Fenin jugak kepala memikirkan bekalan duit yang semakin susut.
Kendian berenti makan kat R&R.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan.
Terasa lama jugak perjalanan kerana tak biasa kot.
Tapi memang kami dapat menjamu mata dengan pemandangan yang cantik-cantik.... Sampai lumut,
aku nampak ni kat simpang traffic light.
Ada cangkerang siput yang besar... ha kira macam trademark la.
Kemudian sampai jeti, sangat cantik la sekarang,
sangat berbeza dengan 2 tahun lepas. Siap ada landskap yang sangat tantekkk!!!
Oh!!!! Naik feri perjalanan lebih kurang setengah jam, dah sampai.
Dari jeti ke Coral Bay Resort tak sampai 5 menet...
terus masuk bilik yang sangat mendamaikan....
Kelihatan Kak Shima sedang mengintai ke bawah... haha... oklah resort ni, ada swimming pool bagai. Memang sesuwai untuk family la....
malam first takde paper sangat aktiviti kecuali makan. Aku berjaya mengubah habit dengan makan buah dulu sebelum makan.. ngeh3! Tapi kat sini je kot, kat umah sangatlah malas mau mengupas kulit buah!
Dan selalunya takde pun stok buah.....
dan yang special dah tentu seafood la kat sini kan.
Malam first dah diberi makan apa jenis clam aku pun tak tau. Sekian laporan pertama dari Pangkor...ngeh3...
Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails