Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Lepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lepak. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Disember 2010

Lepak, makan, main boling, lepak lagi...

Salam semua.

Ini citer lama, aku baru ada kesempatan nak taip ceritanya. Dulik arr... janji ada citer... kan???

Hari Ahad yang lepas, ada kesempatan nak melepak lagi. Cadang dengan Ali Aizat nak g main boling. Tapi pegi Ole-Ole dan PAS semuanya penuh sebab ada tournament. Makanya reserved kat PAS untuk main malam.
Sebab dah penat berulang cari tempat main boling, aku ngan KRZ tekad hantar anak2 dok umah mak. Anak2 aku tu jenis nak berselesa2. Tak mau panas, kalau penat nak tido dengan selesa2. Anto umah mak memang depa selesa abis la.

Kena pulak mak tatang bagai minyak yang penuh. Haih, aku pulak yang naik jeles. Haha! Tapi biarlah, bukan selalu pun aku tinggal ngan mak. Kasi depa chance nak manja2 dengan TOK.....

Pas antor anak, kami g lepak Jaja Cafe kat 23. Ada meting ringkas AJK tertinggi KCT pasal projek makan2 sempena tahun baru dan lawatan ke Terengganu cuti Gong Xi Fa Chai nanti.
Kemudian, ada penulis novel yang bakal diterbitkan. InsyaAllah. Akak doakan kamu berjaya dik....
Bestnya kat Jaja Cafe tu ada Ayam Goreng Uncle Bob. Bolehlah buat kunyah2 walau hati tetap merasakan Crispy Chicken Shihlin Snack adalah yang terbaikkk!!!
Dalam tak sedap tu, pinggan tetap licing ye kawan2. Haha.... Siap kemudian ada repeat oder lagik... Eh, bukan saya yang oder, Acik yang oder lah...hehe....
Kemudian, sebelum perlawanan akhir pertama bola sepak Suzuki Cup bermula, kami memblahkan diri menuju ke PAS.
Kami tu aku, KRZ, Acik, Dai, Ali Aizat je. Acik tak mahu tengok bola kerana risau akan sakit jantung katanya.
Haruslah sakit jantung sebab siapa yang tengok bola boleh senyap je tak jerit2 kan??? Aku puns ama gak, sebab tu tak mau tengok....

Bila dah mula main, harus la happy, kan??? Dan aku sangat gembira melihat Ali Aizat dan KRZ berentap.

Prestasi aku??? Kehadiran aku ibarat melukut di tepi gantang je..uhuk uhuk...

Tengoklah score yang tak seberapa aku tuh... huhu....

Aku bukan pandai main pon.... lainlah Ali Aizat, dia bowler negeri.... tapi dulu la.... dulu-dulu pon, skill masih terbaik. Konsisten je cara balingannya.
KRZ pon, walau tak bowler negeri pon, pengalaman sudah banyak berbanding aku nih... insan tak tahan tekanan ketika bermain boling... haha...

Belum sempat nak habis game ketiga, Juan & Emy sampai. Kena layan Juan main lagi satu game. Tapi aku surrender la. Menyerah kalah. Sudah penat... lagipun, aku tak mahu jadi mangsa buli lagik.

Eh, gambar Juan dan Emy takde... takpe ganti gambar KRZ dgn Dai ni je.

Lepas penat, kami g lepak Ali Seven. Nama baru tu.... kami yang bagi pon.....
Lepak, gelak, kutuk, gelak, makan, gelak, macam2 aksi semua pon ada. Huh baru teringat aksi gaban Acik keluar malam tu kot. entah, dah lupa. Banyak sangat aksinya cek mek tu.

Bila mata sudah ngantuk apa lagi cha aliff but la.... balik umah mak, dodo! Lagi pun teringat juga kat Mek & Mat kat umah mak tu. Ntah apa kabarnya kan???

Sekian cerita kali ini. Sebelum terlupa, credits untuk KRZ dan Acik atas usaha2 murni merakam detik2 terbaik sepanjang kita bersama pada hari tersebut. Terima kasih banyak2. Lain kali amik lagi yer....

Jumpa lagi semua.
Wassalam.

Khamis, 21 Januari 2010

Mencari tiket wayang tapi tak menonton pun....

Hari Sabtu lepas kengkononnya nak g tengok wayang, tapi terpaksa tunggu budak sekolah abis periksa... Kali ni tak pergi sekeluarga jer sebab Marwan serta kekasih sanggup menumpangkan kami...
.
oleh kerana sebab sampai awal di Shah Alam, aku ajak depa singgah umah mak kat Padang Jawa. Aku lupa nak amik gambar kat situ.
.
Kendian lepas maghrib kami gerak ke Bukit Raja dan terkezut dengan keramaian makhluk yang bernama manusia. Pasangan kekasih yang tak berapa misteri...
.
Turn out, tiket untuk malam itu semua sudah abish....

Ni antara yang kecewa malam tu...
.
Kendian niatnya nak g cari kedai makan, tapi masih tak boleh buat keputusan nak makan di mana. Almaklumlah, tengah-tengah bulan. Semuanya harus di buat bajet.
.
Haha! Sori yer Acik pasal kejadian depan Nando's tu... Tak perasan crew Nando's tu ada berdekatan...hehe....
.
Kemudian decided nak p makan kat D'Anggerik tapi tak berjaya kerana penuh. Akhirnya kami g Pak Li Kopitiam Seksyen 7 saja. Makanannya sedap dan mesra poket! Haha!
Sudah malas mau taip.
Tengok gambar saja.
Bye!


Isnin, 18 Januari 2010

Langgar Pantang kerana CKT


Miahaha! Giler tajuk beria. Hari Jumaat malam Sabtu aku sendiri melanggar sumpah tak jejak kaki ke Upin ~ kalau aku ada sumpah la. Rasanya tak semata-mata nak makan Char Kuay Teow.
.
Bukan aku yang teringin bonar tapi girlfriend pakcik nih.... Idenditi girlfriend beliau dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Miahaha! Banyak dah perubahan kat kedai Upin&Ipin ni. Cantik menarik tapi..... haih.... Sudah jer makan, apa lagi terus ke Qaseh berjumpa geng2 la... Mana tahan makan dengan penuh sopan tanpa gurau2 apatah lagi ngumpatan...oopsss.... Kemudian hari Sabtu kami ada berjanjian nak g tengok wayang, ada la aku amik sekeping dua gambar. Kalua rajin dan ada masa nanti aku ngapdet lagi.... bye!


Isnin, 11 Januari 2010

Malam Sabtu di Seksyen 23

Hujan dah berhenti, boleh la aku sambung update. Terpaksa upload gambar g kenduri kawen Juan sama Emy kerana takut segan ngan Acik Lana. Beliau telah membuat ku 'segan' kepadanya lalu aku bertekad upload gambar laju2. Bila sudah publish, aku sepertinya malas pula mau edit. Jadi, kubiarkan saja entry tersebut.
.
Ni cerita hari Jumaat malam Sabtu. Kami ke Shah Alam untuk mesyuarat KCT. Tapi memandangkan aku ngan KRZ sudah lapar tergedik2, kami singgah makan di Qaseh Bistro. Lepas makan terus ke 23 tapi meeting sudah habis, kami terus ke Jaja Cafe. Hmm... makanan kat sini sedap2 belaka plus pedas! Kuantitinya pun banyak dan pinggannya pun besar. So sambil menanti makanan dan sambil makan kiranya ada sort of meeting la. Sambil2 borak, ada nampak satu handbag baru. Cantik... Tuannya??? Laaaaaaagi cantik...
.
Ni pulak gambar aku dengan Tuan beg yang bertema parti liar hula-hoop. Cantik kerana berpakaian menarik!Tak lupa juga turut serta ialah Cik Patin yang anti-momi pada malam tu... mungkin kerana seminggu sekolah terasa macam setahun kot.
.
Entah kenapa sangat terasa punyalah panjang seminggu yang lepas tu . Mungkin sebab kerja banyak dan Fatin juga mungkin dah terasa penat stadi kot? Kan dia dah start g tadika? Tu yang bila jumpa Acik, seronok bagai hingga aku boleh pengsan nak kena pujuk bila dia tak mau balik! haha! Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails