Apa khabar korang semua? Harap2 semua sihat2 lah yer. Aku pula, Alhamdulillah, setakat hari ini sihat. Tidur sikit tapi cukup untuk buat aku cergas pagi2 ni. Hihi. Tengahari sikit mesti melepek penat... ;-)
Nak cerita sikit alkisah semalam subuh2 lagi dapat sms dari abg sulung minta tolong aku p jaga mak. Kebetulan kakak ada kerja yang tak dapat dielakkan. Kata beliau lagi mak tak berapa sihat.
Aku pun memang dah niat nak p jenguk mak. Tapi kenalah siap anak2. Bangunkan mandikan, bagi makankan...hihi
Tup tup sampai rumah kakak kat Klang, kakak aku kata mak masuk wad pemerhatian. Aku pun rasa cam nak pitam la juga waktu tu. Terduduk dengar berita tu.
Tak tau nak cakap apa, fikir apa. Cam pening2, rasa nak marah, rasa nak pitam. Semua ada la. Last2 aku g baring atas katil yg biasa mak baring, pejam mata kejap dan aku pun call abg sulung.
Katanya mak ok, sedar dan boleh bercakap. Cuma tak boleh tinggal la. Kena ada teman.
So aku tinggalkan anak2 kat rumah kakak dan terus ke HUKM. Sampai sana, masa lunch, terus ganti tempat dengan abg Atan. Dia kena entertain boss katanya. Hari minggu pun kerja... Nasiblah abg ye...
Mak tak makan pun. Tak lalu katanya. Last2 aku yang bedal sayur sama ikan tu. Almaklum. Lapaq. Hihi.
Aku diberitahu gula mak hanya 3 sahaja. Bahaya tu. Normal 6-8 kan? Mak tak selera dan tak mahu makan. Doktor datang dan nasihatkan aku macam2, bagi mak apa yang mak nak makan supaya paras gula kembali normal. Hmmm...
So masa mak tidur aku pun g la kafetaria yang memerlukan kerajinan untuk berjalan naik lif turun tangga jalan2 ke blok berlainan. Hihi. Eloklah jalan sikit. Kang org tegur kembang mula nak sentap x tentu pasal.
First round aku belikan mak kaya ball dan teh tarik. Sempat mak buat lawak kalau nama melayu semuanya cekodok je. Takde nak ball2. Ada kot 5 biji mak makan. Teh tarik abis la secawan. Udah peberet mak katanya.
Jadi masa yang agak mendebarkan la jam 2, tu. Harap sangat naik balik, supaya mak boleh balik. Dah rindu katil katanya.
Hasilnya cuma 4. Maksudnya mak kena makan lagi. Hmmm... aku g lagi ke kafetaria. This time around, I bought yong tau foo with chicken soup dan secawan air milo pula.
Dan masa pemeriksaan jam 4, naik kepada 7. Aku lega sangat sebab makin meningkat. so ada chance la balik awal. Lagi pun aku tak tahan la dengar mak rindu katilnya di rumah kakak tu. Hihi. Sekali lagi aku turun belikan beger ayam dan teh tarik. Mak makan sikit sgt beger tu. Tapi air habis la.
Bila jam 6 punya check, turun sikit kepada 6. So mak dah makin risau. Almaklum tetiba turun pula bacaannya. Maka aku sekali lagi ke mart dan niat nak beli teh tarik lagi. Sekali kafe dah tutup da... Belikan 3 air kotak iaitu laici, teh bunga dan soya. Harap2 dapatlah bantu mak nakkan balik gulanya.
Iklan jap, gambar aku. Hihi. Blog ai kan...hihi...harus enterframe...
So, mak sangat risau dan sanggup nak perabis baki beger yang beliau tak lalu mula2 tadi tu. Nasi untuk dinner sampai mak makan banyak juga, separuh. Itu pun sangat membantu jua.
Jam 8, pemeriksaan berikutnya di dapati gula mak dah 12. Jadi mak boleh balik. Alhamdulillah. Lega sangat. Aku risau kalau mak duduk wad. Mak sangat susah nak bergerak. So aku terus g hantar mak dan kebetulan nak amik FaRa kat rumah kakak.
Pada kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada misi dan dokter yang bertugas di Wad Pemerhatian Kecemasan HUKM pada 7 Oktober 2012. Terima kasih kerana lembut sabarnya melayan kerenah pesakit dan anak pesakit ini. Hihi. Jasa kalian sangat tinggi hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. InsyaAllah. Amin.
Sampai jumpa.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan