Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 31 Julai 2013

Lampu raya

Assalamualaikum.

Lama dah berceloteh. Alkisah tahun ni ada lampu raya baru. Seronoknyalah hai.

Mula2 pindah rumah ni dulu dah ada dah. Pastu rosak. Pastu beli yang lain dalam 2 atau 3 tahun lepas. Aku tak berkenan yang tu. Pastu ada kat mana atau dah terbuang ke aku pun dah yak ingat.

Tahun ni beli lain. Ala beli kat mydin je. Tapi aku sgt suka. Sgt cantik. Anak2 pun suka. Berkilat2 kata depa. Hihi. Berkelip2 la. Berkilat2 pulak.

Selasa, 30 Julai 2013

Jejari Roti Telur

Bahan

4 keping roti Gardenia (buang teping, potong dua dan dilenyek)
Sebiji telur
Sesudu tepung gandum (dibancuh likat)
Minyak utk menggoreng

Cara

1. Gulung potongan roti dan lekatkan dengan sedikit bancuhan tepung.
2. Panaskan minyak.
3. Pukul telur sekejap. Celupkan gulungan roti dalam telur dan masukkan dalam kuali.
4. Goreng antara 2 hingga 3 minit.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan panas2.

Sabtu, 27 Julai 2013

Agar-agar karamel

Sumber: Mat Gebu

Bahan

8 gram serbuk jelly (Konnyaku)
100 gram gula pasir
600 ml air
1 tin susu cair

1 camca besar penuh tepung kastard
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan gula pasir*
3 camca besar air*(*untuk karamel)


Cara

1. Masak 3/4 cawan gula pasir tadi hingga cair dan perang, berhati2 masukkan air. Kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Kemudian tuang dalam bekas untuk membeku agar2, ratakan. 
2. Satukan serbuk jelly dan 100 gram gula pasir dan tuang air, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana hingga mendidih sehingga gula dan serbuk jelly larut. 
3. Sementara itu, satukan susu sejat, tepung kastard dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan tapis. Masukkan ke dalam periuk berisi jelly tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Matikan api.
4. Keluarkan daun pandan dan tuang dalam acuan yang berisi karamel hingga penuh. Biar hingga hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Keluarkan dari acuan dan hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.

Sambal Petai Ikan Bilis

Bahan

20 tangkai cili kering (digunting kecil dan direbus sebentar)
Semangkuk kecil ikan bilis (direndam)
i biji bawang besar
3 biji bawang merah
200 gram si petai (dipotong kecil)
1 mangkuk kecil air
2 sudu makan gula
2 sudu makan sos cili
2 sudu teh garam
5 sudu makan minyak (untuk menumis)

Cara-cara

1. Kisar cili kering yang telah direbus bersama2 bawang dan separuh daripada ikan bilis yang direndam tadi.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga memekat bolehlah dimasukkan air, gula, garam dan sos cili.
3. Masukkan petai dan baki ikan bilis tadi.
4. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
5. Sedia dihidangkan.



Jumaat, 26 Julai 2013

Kek pisang

Bahan
2 cawan tepung naik sendiri (boleh juga guna tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk bikarbonat
1 cawan pisang lecek (saya guna 6 biji pisang)
6 biji telur gred B
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak
1 sudu teh esen vanila
Cara
-Pukul telur sehingga kembang.
-Masukkan pisang lecek, gula dan minyak. Pukul sebati. (Saya buat manual sebab tidak ada mixer. Hihi.)
-Masukkan pula tepung dan kedua2 serbuk yang telah diayak sedikit demi sedikit. Sebatikan.
-Akhir sekali masukkan esen vanila.
-Kukus selama 40 minit untuk loyang atau 10 minit untuk bekas kecil dengan api sederhana.
-Tunggu sejuk barulah keluarkan dari bekas dan sedia dimakan.

Jumaat, 19 Julai 2013

Kuih keria

Sumber: Mak

Bahan

5 biji keledek (buang kulitnya)
5 cawan air (untuk merebus)
Sedikit garam
1/2 cawan tepung gandum
Minyak untung menggoreng

1/2 cawan gula
1/4 cawan air

Cara

1. Masukkan keledek, air dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebuskan sehingga empuk.
2. Angkat dan toskan.
3. Di dalam bekas lain, lecekkan keledek yang ditoskan tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati.
4. Bentukkan bulat dan buatkan lubang ditengah-tengah.
4. Goreng menggunakan api sederhana kecil. Balik-balikkan supaya mendapat hasil gorengan yang sempurna.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Tuang baki minyak ke dalam bekas lain dan bersihkan kuali.
7. Panaskan kuali dan masukkan air dan gula.
8. Gunakan sudip untuk sebatikan dan tutup api apabila sudah mendidih.
9. Masukkan gorengan tadi dan kacau rata sehingga mengenai seluruh bahagian kuih.
10. Sedia dihidangkan.

Khamis, 18 Julai 2013

Ketam Nestum

Sumber : Mat Gebu

Bahan

1 ekor ketam (saiz besar)
1 tangkai daun kari
6 biji cili padi (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dicincang)
1/2 cawan nestum
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
2 sudu makan (penuh) mentega
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Ketam dibersihkan dan dipotong dua.
2. Gaulkan dengan sedikit garam dan digoreng sehingga kekuningan. Ketepikan.
3. Keluarkan minyak dari kuali. (Saya siap basuh dulu kualinya)
4. Masukkan mentega ke dalam kuali yang panas, apabila sudah cair, tumiskan daun kari, cili padi dan bawang putih sehingga berbau harum. Masukkan pula gula dan garam. Sebatikan.
5. Tambahkan ketam dan nestum. Gaul rata.
6. Hidangkan segera.

Rabu, 17 Julai 2013

Bingka Jagung

Sumber : Chef Hanielieza

Bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur
2 sudu makan mentega (dicairkan)
1 tin jagung manis

Sedikit minyak (untuk dioles dalam pemanggang ajaib)

Cara

1. Campurkan semua bahan.
2. Gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib.
4. Panggang selama 30 minit.
5. Balikkan pemanggang dan boleh ditutup api selepas 15 minit.
6. Sedia dihidangkan.

Selasa, 16 Julai 2013

Cucur Udang


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
200 gm udang (separuh dikupas, separuh lagi digunting janggutnya)
1/2 cawan daun sup (dipotong kecil)
1/2 cawan daun bawang (dipotong kecil)
1 sudu makan udang kering#
5 biji bawang merah#
1 biji cili merah#
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 cawan air

Minyak untuk menggoreng.

Cara

1. Kisar bahan bertanda #
2. Masukkan semua bahan (kecuali udang yang digunting janggutnya sahaja) ke dalam bekas.
3. Sebatikan semua bahan.
4. Panaskan minyak dengan api sederhana kecil.
5. Sendukkan bancuhan tepung dan letakkan udang yang dipotong janggut di atas bancuhan, sebelum memasukkan ke dalam kuali.
6. Goreng antara 4-5 minit atau sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan.
8. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos buat sendiri.

Jar of Heart

Sabtu, 13 Julai 2013

Puding roti sos kastad

Sumber: Sue Joshua

Bahan puding

1. 5 keping roti (potong kecil)
2. 300ml susu segar
3. 3 biji telur (dipukul sekejap)
4. 3 sudu makan mentega yang telah dicairkan
5. 3 sudu makan gula halus
6. 2 sudu makan susu cair
7. 1/2 sudu teh esen vanila
8. 1 sudu teh parutan kulit limau
9. 2 sudu kismis 

Bahan sos kastad

1. 1 tin susu cair
2. 200 ml air
3. 4 sudu makan gula
4. 3 sudu makan tepung kastad (dibancuh dengan sedikit air)
5. Secubit garam


Cara membuat


Puding
¤Satukan semua bahan dalam bekas kecuali roti.
¤sebatikan sebelum masukkan roti.
¤oleskan sedikit mentega di dalam pemanggang ajaib sebelum adunan dituang.
¤tutup pemanggang dan masak dengan api sederhana kecil selama 20 minit.
¤terbalikkan pemanggang dan masak lagi 10 minit.
¤sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.


Sos kastad
¤satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung kastad di dalam periuk
¤kacau di atas api yang sederhana
¤setelah mendidih masukkan bancuhan tepung kastad 
¤kacau lagi hingga kuah pekat bolehlah ditutup api
¤sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti

*cara memasak diolah menggunakan pemanggang ajaib sebab kita takde oven

*sos juga saya letakkan atas puding sekaligus apabila sudah sejuk untuk menjimatkan ruang peti yang kecil. hihi.

*nak dapatkan resepi original dan resipi lain yg mengancam boleh ke sini. 

suejoshua.blogspot.com

Klik bahagian label dessert boleh scroll ke bawah.

Jumaat, 5 Julai 2013

Superboy di hati ummi.

Assalamualaikum.

Tengok Rafiq tidur tadi. Terfikir2 macam manalah keadaannya kalau dah ada adik nanti?

Kasih sayang tak pernah berubah sebaliknya bertambah. Kecil besar perlu diberi perhatian.

Kecil tak berdaya lagilah tumpuan sepenuhnya.

Fikir2 lagi. Baru 2 orang anak dah terfikir macam ni. Fatin dilayan macam kakak dan serba boleh serta sangat diharap. Rafiq juga dilayan macam abang dan boleh diharap juga. Cuma dia lebih muda, jadi dia selalu memanjakan diri.

Sebelum tidur tu berapa puluh kali salam tangan. Ucap selamat. I love u, mi. Bagi salam. Peluk. Cium.

Haih dapat sorang lagi macam Rafiq, cair lah ummi!

Khamis, 4 Julai 2013

Merajuk lagi...

Assalmualaikum.

Inilah kerja mek Fatin kalau kemahuannya tak dituruti. Alkisah roti yg aku suruh dia makan pagi tadi bukan jenis yang dia biasa makan.

Udahnya lancar mogok pusing badan pandang luar tingkap. Sampai sekolah.

Allahu. Beruntung anak2 zaman sekarang. Mak ayah mampu nak sediakan sarapan. Mewah serba serbi ada. Nasib mereka jauh lebih baik.

Masa aku seusia Fatin nak makan ayam hanya sebulan sekali. Masa tu favourite part aku adalah bahagian dada la. Isi banyak. Jarang makan kan.

Sarapan tak pernah. Harap makanan RMT je setiap hari. Beruntung dapat makan roti krim. Sedap. Tapi masih nak merajuk. Sebab aku paksa dia makan. Aku tak mau dia lapar.

Hmm. Harap2 semoga suatu hari nanti Fatin sedar. Aku buat semua untuk kebaikan dia. Takde niat nak mendera atau menyakiti hati.

Isnin, 1 Julai 2013

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails