Assalamualaikum...
Hehehee... ini pun gambar dokor bersama jururawat2 yang bertujuh dan pesakit. Ini versi kampung la.
Pasti semua pernah tengok persembahan atau paing tidak dengar lagu ni, kan. Inilah antara babak dalam pesembahan ULEK MAYANG. Sengaja buat urup besar supaya senang sapa2 nak gugle carik nanti.
Al sebenarnya aku nak cerita antara dialog antara aku dengan tuan dokter sewaktu aku ke klnik malam semalam. Berapa banyak malam da....
Gambar kat bawah ni dah lebih kurang 70% betul la seperti keadaan kat klinik tu. Lagi 30% aku bahagi kat pesakit (yang sebenarnya aku), Tuan Doktor (yang sebenarnya Dr. Shahrin) dan keadaan klinik (yang sebenarnya jauh lebih selesa).
Dialog bermula....
TD: Puan AO, sila duduk.
AO: Terima kasih.
TD: Boleh beritahu saya apa masala puan?
AO: Sakit kepala, nyut2 sebelah kiri. Bermula Jumaat lepas.
TD: Ada rasa mual atau nak muntah?
AO: Takde pulak?
TD: Waktu paling teruk?
AO: Tengahari.
TD: Macam migraine je.
AO: Hari tu doktor sorang lagi dah bagitau migraine. Ubat dulu pun tak habis lagi.
TD: Biar saya periksa tekanan darah puan sebentar.
Iklan ~ Tiba2 Fatin & Rafiq merengek mintak kayu batang aiskrim hakmilik klinik tersebut. Tanpa banyak soal TD bag je kat depa.
Fatin: Momi, baju Rafiq kotor.
AO: Bior dia tak hensem!
TD: Budak2 biasalah.
AO: Hehe... ~Iklan tamat.
TD: Tadi waktu drive nak ke sini, sakit kepala tak nampak lampu kete dari arah bertentangan?
AO: Mestilah.
TD: Sah sudah. Awak kena migraine lagi.
AO: Tadi dah makan ubat dah.
TD: Ubat ada lagi ya? Puan tak mahu ubat lagi?
AO: Errr... ubat migrain boleh bagi sikit lagilah. Lain kali sakit lagi boleh telan je terus.
TD: Baik, ubat migraine sahaja. Puan kerja ke hari ni? (Semalam la tu maksudnya)
AO: Keje, tadi boleh tahan lagi.
TD: Saya bagi awak rehat 2 hari. Tak payah pikir pasal kerja Rehat cukup2.
AO: Terima kasih. (dalam hati yabedabeduuuuuuuuuu! boleh aku rehat puas2!)
Waktu aku menanti nama dipanggil, aku melihat pelanggan klinik sebelum aku mengambil ubat dan membuat bayaran. Si ibu terkejut bila jururawat memberitahu harga yang perlu dibayar?
Walau dia nampak macam orang ada-ada, tapi beliau sangat terkejut. Tanya semula pada nurse sampai tiga kali. Pastu dah pasti siap pandang anak beliau yang sakit seraya berkata dengan perlahan "So expensive!".
Memang agak mahal pon kat klinik tu. Tapi sangat berbaloi dengan servis. Ubat pon boleh tahan berkesan. KRZ kalau batuk memang tak cari klinik lain dah.
Kejadian ni juga membuatkan aku teringat satu kejadian kalau tak salah aku sepuluh tahun lepas, ketika aku membawa mak ke klinik yang berhampiran dengan umah mak. Mak waktu tu kena darah tinggi, tangan dia mak boleh angkat sebelah. Kata TD mak kena strok kecil.
Sama juga, aku tengok pasangan suami isteri beserta bayi sebelum aku membuat bayaran dan mengambil ubat sangat terkejut dengan harga yang disebutkan.
Jauh berbeza keadaan org kat klinik malam tadi. Pasangan tersebut nampak daif, terdesak, berpakaian biasa. Si ayah terpaksa meninggalkan isteri dan bayinya untuk pergi mendapatkan wang lebih.
Dua keadaan sama cuma cara penerimaan dan pemikiran mungkin berbeza. Itulah manusia.
Jumpa lagi nanti. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan