Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 10 Disember 2017

Kronologi kelahiran baby love! ~ Aisya Binti Khairul Rizal

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lama tak hapdet kan. Bukan busy tapi tak larat. Hihi. Kena banyak rehat.
Baik. Nak ceritakan kronologi kelahiran Baby Love. Kenapa Baby Love? Sebab masa taip ni ayahnya belum daftar nama. Hihi.

Sabtu - 26 September 2015
Pagi tu aku ada rasa contraction yang agak kuat dan kerap. Selang 5 minit. Tapi tiada sakit pinggang atau belakang. Hanya di bahagian perut sahaja. Jadi aku tau itu bukan contraction untuk melahirkan. Rileks sahajalah.

So masa ni, tengah musim jerebu. Bacaan tengahari Sabtu sangat2 tinggi, kerajaan umum Isnin 28 September, semua sekolah dicutikan. Yeayyy.

Ahad - 27 September 2015
Contraction ada tapi hanya sekejap2 tanpa selang masa yang tetap. Turun tanda darah, tapi sebab sedikit aku tidak mahu terus ke hospital. Ada beberapa barangan bayi yang perlu dibeli. Antaranya set pengurusan uri, bedung, balm untuk bayi dan beberapa barangan untuk aku.

Lepas sarapan, terus ke Shah Alam. Mula2 ke butik Tateh beli barang baby, beli mask jerebu Fatin Rafiq, Firuz. Then rumah mak amik decoder astro. Abg Atan suruh aku guna masa cuti pantang kat rumah. Pastu lunch kat Pelita Padang Jawa.

Sebelum balik bawak Fatin Rafiq main kasut roda kat Extreme Park. Dapatlah main sejam sambil aku rasa dah tak larat nak tunggu, aku panggil semua ajak balik.

So aku tanya Krz, nak balik rumah atau terus ke HSB? Dia kata g check in dulu, kalau kena tahan, dia call adik dia suruh ambil anak2.

6.30 pm

Check in HSB. Ctg. Check bukaan. Dah 3 cm. So memang tak boleh balik.
Aku keluar dan maklumkan Krz. Suruh adik dia pick up FaRaFi.

*berdasarkan pengalaman bersalinkan Firuz, masuk 6.30pm, daftar tukar baju bla bla bla...ctg sampai 7.20pm, check bukaan dah 5cm dari 3cm masa ctg. 9.30pm dan bersalin. Punyalah cepat.

Tapi kes kali ini contraction sgt kurang. Selang masa 4 jam depa buat ctg. Resultnya baby asyik tidur. Sebab tu kurang pergerakan dan contraction. Aku memang kurang sakit. Sikit2 je. Perangai aku pulak, sakit ku tahan. Memang la rileks sahaja.

Malam itu bermalam di wad bersalin. Tapi aku tak boleh tidur. Lapar pun iya. Minta izin keluar nak g makan. Belum separuh jalan dah kena tahan dengan security. Aku takleh g jauh. Last2 Krz g belikan makanan. Aku tunggu je la.

Krz melintas g gerai tepi jalan depan spital belikan aku mee goreng dan sedikit roti. Makan dengan lahapnya, tapi perasan Krz tak makan aku tinggalkan mee separuh untuk dia. Sure kalut tak mau aku tunggu lama dia beli untuk aku je la tu.

10.30 malam
Ctg lagi sekali. Result yang sama. Baby tidur. Jadi tiada contraction. Aku dah letih sangat-sangat. Lenguh satu badan. Merayu kat nurse minta satu katil. Sebab biasa memang aku banyak rehat dan baring. Last2 nurse setuju bagi satu katil. Aku keluar inform Krz yang aku dah tak larat nak berjaga, nak tidur saja dan pesan suruh dia tidur rehat juga. Apa2 nanti misi akan panggil.

Satu lagi sebab tak boleh tidur ada seorang wanita antarabangsa (tak pasti bangsa apa, macam Rohingya ja sebab sekali sekala dok ucap kalimah tauhid), meraung2 merungut2 tak berhenti. Kita yang cool, rileks, tenang ni jadi nak marah je tengok dia. Dah la tak faham apa org cakap. Geram tau.

Terfikir macam mana nak tidur kalau dia non stop being fussy request itu ini dalam bahasa yang sukar difahami, plus kesian family jauh, aku pun tanya dia. "Muslim?". Dia angguk. Aku bantai je cakap bahasa melayu. "Jangan menjerit, merungut. Tak elok. Cuba ikut saya baca." Aku pun start baca "Hasbunallaha..." sambil tunggu suruh dia ikut, bila dia dah ikut aku sambung "wanikmal wakeel". Ku ulang2 sampai dia boleh sebut. Benda baru belajar kan. Bila dia sakit, dia termerungut2, aku sama2 baca dengan dia. Harap2 dia tenang la sikit, semacam aku tenang masa lafaz kalimah tu.

Tau2 dalam pukul 2 dia dah takde, dah selamat masuk labour room. Tapi satu aku puji, dia kuat sangat. Masa dia tak sakit, berjalan habis. Ulang alik ke sana sini. Aku??? Manja. Manja sangat rasanya. Rasa nak baring je kan. Nak buat macam mana kan. Dah gitu settingnya dek Krz. Hihi.

28 September 2015
2.30 pagi

Ctg lagi. Result tak cantik. Baby still tidur. Sampai jam 4.30 mesin terpasang kat perut aku. Tak lena tidur juga. Tapi mujur boleh baring.

6.30 pagi
Bangun dari perbaringan. Solat subuh. Mandi. Tukar baju. Jam 7 sarapan. Lega dah dapat makanan so keluar bgtau Krz dia boleh balik kejap untuk mandi dan urus diri.

8.30 pagi
Ctg lagi. Sama result. Baby is sleeping. No contraction.

9.00 pagi
Doktor check lagi bukaan rahim. Dah 4cm. Tapi rahim masih tinggi. Kemudian aku disuruh tunggu lagi.

Dalam dok menunggu, penat duduk aku pun meronda2 sekitar kawasan, tetiba misi panggil dapat katil kat bilik menunggu. Alhamdulillah, memang pucuk dicita ulam mendatang. Sebab aku memang tak larat sangat2 dah nak duduk tunggu. Nak baringggg.

Ramainya yang kat situ, semua menanti masa nak melahirkan, tapi masi belum sampai2 lagi. Sama macam aku. Hihihi.

10.00 pagi
Ctg lagi. Naik bosan weh. Sebab ulang benda sama dan keputusan yang sama. Baby Love masih tidur. Tapi demi keselamatan baby, ku turutkan jua.

Aku berkira-kira kalau lambat lagi nak balik rumah dahulu. Sebab letih menunggu sebenarnya. Plus, rindu kat anak2 terutamanya si manja Firuz. Tunggu next checkup.

11.30 pagi
Check lagi bukaan rahim. 5 cm. Memang aku tak boleh balik, sebab makin lama, makin meningkat bacaannya.

Tapi Baby Love asyik tidur. Camana ek. Naik serram jugak membayangkan kalau takleh deliver normal.

*Ctg check bukaan berulang2 sampai lebih kurang 4.30 petang aku dipanggil semula..

Sempat jumpa Krz  dengan kawannya Nor Johari kat luar kecemasan, anaknya tak sihat. Nor Johari tanya bukaan dah berapa cm. Aku jawab 7cm dia macam tak percaya tengok aku rileks je boleh berjalan keluar wad. Bukan berlagak ke hape, memang tak sakit, contraction macam takde je. Baby Love asyik tidur. Tak sempat habis sembang, guard melambai2 aku dari pintu depan wad bersalin. Ciss. Baru nak lepak lama2. Hihi.

Ha, kali ni memang aku terus dibawa masuk ke labour room. Debor weh walau dah kali ke 4.

Ramainya mengadap, malu sangat. Doktor pelatih lelaki 3 orang kot. Tapi dalam pada tu sempat ku terfikir, kalau deme2 ni tak diberi training, macam mana nak mahir. Ketepikan malu tu. Lagi pun berapa banyak dah depa hadap sehari, takkan depa ingat yang ni macam mana, yang tu macam mana. Semua kerana kerja. Kerana Allah hopefully, in their heart.

Discuss mende ntah depan tu. Aku sambil goyang kaki je. :-P Bukan senang hati tapi misi pesan nak bagi baby jaga. Mesin ctg still attached to my belly.

Last2 mari doktor, "Puan, saya nak masukkan tiub untuk buang semua urin you." Erk???? Macam first time je kena ni. Sure sakittttt. Doc kata lepas tu baru kita tengok nak kena macam mana. Ke dia cakap apa ntah masa tu, debaran agak kuat sebab cara dia cakap tu macam kemungkinan nak kena operate.

Elok masuk tiub tu, semua doctor pun blah. Tinggal aku dengan misi seorang tengah tulis2 mende ntah di hujung sana. Tiba2 adrenalin bagai disuntik. Contractions pun bermula. Aku tau la masa nak melahirkan makin dekat. Sebab hampir 24 jam kat wad menunggu, tak rasa pun macam ni. Selang masa dari 20 minit ke 15 minit ke 10 minit ke 5 minit. Sambil aku dok zikir.

Lama juga aku dok tahan sambil zikir dan buat latihan pernafasan bagai. Last dah dekat jam 7 baru misi nak pandang aku. "Puan sakit ke?" "Ya." "La, kenapa tak beritahu?" Sempat sound aku pulak.

Cepat2 dia panggil doctor dan misi2 yang lain. Krz pun sama dah dipanggil. Its about time. Baby Love is coming out very soon.

Tepat jam 7.27 minit malam, azan maghrib, Baby Love pun selamat dilahirkan. Depa ambil baby proses aku dan baby sampai siap, letak atas dada, tinggal aku dengan Krz  dalam labour room tu sebab tengah tukar shift. Aku rasa agak lama juga. Mujur ada KRZ. Dialah jadi pembantu aku yang tengah lencun tak selesa itu ini, ubahkan anak kejap.

Rasa memang lama juga, sebab aku masuk wad dah jam 9 malam. Alhamdulillah selesai juga. Rezeki kedua2 kali masuk HSB dapat kelas 2. Masa Firuz sebab masa raya. Masa Aisya pula cuti jerebu. Sebab selalu dengar kompelin wad penuh.

Dan Baby Love tak banyak hal, tidur, bangun susu, tidur. Dan penakut. tak mau duduk dlm bekas dia. Jenuh la dik, mak hang asyik kena g toilet, hang keje nak berkepit. So bila nak g toilet tu dia terbangun agak susah la jugak. Cabaran aku dan baby macam tu la, setiap kali pun. Rezeki masing2 kan. Ada org baby tidur jeee. Hihihi.

Masuk bilik tu seorang. Jam 3 pagi baru masuk seorang lagi, jadilah buat teman.

Esok pagi lepas buat segala ujian, Baby Love dah siap berak kencing, dalam jam 10, doc kata kami boleh balik, Yabedabeduuuuu. Tak sabar nak bawa adik jumpa abng kakak2 kat rumah.

Tengahari tu, lepas uruskan hal checking out, perjalanan Aisya Binti Khairul Rizal pun bermula. Semoga jadi anak solehah, diteguhkan imannya ya sayang.

Jom tengok gambar kali pertama Baby Love.

 Your very first photo.

 You very first video.

 Your very first daylight experience.

 Your very first time in our family car.

Your very first time lying in our house.
 Your very first time you met your brother.

 Your very first time beloved sisters held you.

 Your very first cry at home.

Maaf dik, selepas dua tahun baru ummi dapat siapkan artikel ni. Better late than never ya!

Terima kasih semua kerana sudi baca. Maaf salah silap ya.

Sampai jumpa.

Wassalam.

Aida Omer

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails