Birthday Rafiq adalah pada 10 November.
Keluarga Tersayang
KESAYANGANS
IKLAN
Selasa, 10 Januari 2017
Isnin, 6 Julai 2015
Kad Raya dari Tun M
Assalamualaikum.
Bermula dari tahun lepas, aku puas mengusahakan untuk pastikan anak2 murid aku menulis kad raya kepada salah seoarang atau ketiga-tiga orang terpenting di negara kita.
Tahun ini ku tambah seorang lagi hanya kepada Fatin Rafiq. Tetapi hanya kepada mantan pm la. Tun Mahathir. Hantar dua Jumaat lepas dan Jumaat lepas dah dapat balasan. Tapi hanya Rafiq. Mungkin Fatin punya minggu ini kot.
Cantik kadnya. Seronok sgt bila dapat.
Rabu, 3 September 2014
Khamis, 17 April 2014
Bila kesayangan kena gigit.
Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Harap semua sihat. Maaf lama tak update. Macam tulah aku. Bermusim dalam ngapdate ni. Apa pun tq sebab korang masih sudi singgah jengah dan baca juga entri kat sini.
Kisah pagi Isnin lepas. Ku kejutkan Fatin Rafiq untuk mandi. Fatin terus turun katil semmntara Rafiq yang sudah terjaga mengadu sakit perut. Kemudian selang 5 minit dia mengadu sakit perut lagi.
Dan akhirnya Rafiq muntah atas tilam. Ok aku putuskan dia tak perlu ke sekolah. Mungkin ada salah makan atau apa. Sambil dalam hati fikir Firuz tak payah hantar pun ok. Tapi sebab nak jaga org sakit, nanti tak terjaga pula. Maka Firuz ke rumah pengasuh. Fatin tetap ke sekolah macam biasa.
So bawak Rafiq ke klinik. Singgah kedai sarapan. Muntah lagi kat kedai. Balik umah rehat. Bila sampai masa pergilah aku jemput Firuz dulu.
Ambil saja tecik tu mesti sibuk nak ngempeng. Terus pusingkan dan susukan. Dengar Rafiq tanya, "apa tu Mi? Merah2 kat kaki adik." Aku buat tak dengar saja sebab tgh susukan. Fikirku nanti saja.
Terus drive ke sekolah agama untuk jemput Fatin pula. Masa menunggu kat sekolah agama ni baru aku perasan. Ada kesan gigitan. Masih baru sebab membengkak kaki kiri Firuz. Terus ku ambil gambar dan wassep pengasuh.
Nak jadi cerita pengasuh tak tau apa yg berlaku. Terus ku berpatah balik menunjukkan tanda itu padanya. Katanya memang tak tahu dan tak perasan bila terjadi.
So aku tak marah pun mama pengasuh Firuz tu. Magis pula rasanya. Aku pulang dengan hati sebal je la. Wondering how it happened. Kemudian terus singgah umah adik ipar aku sebab mertua aku ada kat sini. Udah berbakul2 pula telinga aku dengar bebelan dia. Marah2. Ye lah. Siapa yg tak sayangkan cucu kan?
Nak tak nak terpaksa tunjuk Krz juga dan dia sgt marah, bengang, bengkek dan seumpamanya. Diambilnya gambar dan post kat fb beliau.
Faham2 lah kat fb. Kawan2. Kena pula yang biasa tengok gambar3 gelagat Firuz. Mestilah tumpang marah dengan apa yang berlaku.
Dan Krz pula rakan2 fb kebanyakannya anak2 murid dalam kejiranan kawasan rumah pengasuh jua, maka segala cerita tersebar.
Sudahnya mama pengasuhnya merajuk. Puas juga ku pujuk tak berjaya.
Akhirnya petang Rabu aku pun g la jumpa face to face. Kesimpulan aku, jiran2 dia batu api. Dan depa saksi kejadian. Tapi tak mengaku.
Dah la. Malas nak cakap lagi. Sebab tadi dah terberhenti lama.
Ok bye.
Selasa, 26 November 2013
Persiap barang sekolah Rafiq
Assalamualaikum.
Diam tak diam, tahun depan Rafiq sudah darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Masih belum habis manjanya Rafiq tu lagi.
Masih lagi ber'adik' dengan aku waima dah ber'abang' dengan Firuz. Hihi.
So semalam aku pergi ke Mydin. Memang nak beli baju sekolah Rafiq. Bukannya aku ada duit tapi memandangkan ada main kutu atau undi, aku pilih yg pertama, maka dapatlah aku langsaikan hal Rafiq.
Lebih dari 3/4 duit habis. Tapi tak apalah. Sekali saja. Dan selepas ini takde dah nak beli2 lagi.
Balik dari membeli semalam, Rafiq dan Firuz terus tidur. Kasihan. Kepenatan. Fatin yang masih berjaga mengajak aku membuka bungkusan barang yang baru beli. Puas aku sabarkan. Akhirnya kami bongkar juga perlahan2.
Dan bila sedang bongkar tu Rafiq terjaga, dapatlah kami lihat Rafiq mencuba pakaian sekolah barunya.
Lihat muka dia, sangat penat kan? Kesian adik.
Semoga adik dapat rebut peluang belajar bersungguh2 kat sekolah nanti. Ummi ada je tapi takkan nak push2 sangat.
Selamat berjaya di tahun 2014, Fatin & Rafiq!
Doakan yg terbaik untuk ummi juga.
Amin.
Khamis, 21 November 2013
Tukang perabis kek coklat.
Assalamualaikum.
Aku suka beli kek coklat yang kawan aku jual. Sebekas kecil RM5. Beli 5 percuma satu. Stok seminggu.
Biasanya aku makan sikit2. Bila teringin. Sembunyikan dulu dari pandangan umum. Tetap tak nampak walau dah dalam peti.
Nak tahu kenapa? Sebab budak dalam gambar di bawah inilah.
Kalau dapat kek makan macam makan nasi.
Elok2 ada stok langsung habis. Huhu. Tak apalah. Esok nak restock.
Oklah ye. Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Selasa, 19 November 2013
Ahad, 10 November 2013
Hari Iftihal Tadika Hidayah Bestari 2013
Assalamualaikum.
Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah terbangun. Seawal jam 5.30 pagi. Tidak dapat tidur lagi lantas aku mandi dan bersedia utk solat subuh. Semoga rutin ini berkekalan sampai akhir hayat aku nanti. InsyaAllah. Amin.
Jam 6.00 aku kejutkan FaRa tapi masih tdak boleh bangun. Last sekali jam 7 baru depa bangun.
Hari ini hari graduasi Tadika Hidayah Bestari. Tempat Rafiq transit lepas balik tadika. Walau pun hanya transit sahaja, Rafiq tetap sertai persembahan hari ini.
Persembahan pertama adalah nyanyian nama 25 Nabi dan chicken dance. Walau pun biasa2 sahaja tapi cukup untuk gembirakan anak2. Terima kasih cikgu2, mendidik anak2 dan menggembirakan mereka.
Persembahan kedua adalah gabungan beberapa tadika berlainan cawangan. Nyanyian nasyid 3 buah lagu. Lagu pertama Ya Hanana.
Alkisah mereka menggerakkan pom pom. Dan budak sebelah Rafiq ni secara tak sengaja dok ayun2 atas muka Rafiq. Akhirnya termasuk dalam mata. Mula2 aku tengok Rafiq ok Walau mata dia dah merah2 tapi bila nampak aku terus dia menangis. Apa da cembeng. Hihi. Macam sapa ntah?
Sebenarnya dah 3-4 hari Rafiq sakit mata. Aku dok pertahankan dengan titiskan eyemo pagi sebelum ke sekolah dan malam sebelum tidur. Nampak gayanya berjaya.
Ok bila tengok anakku kesakitan aku lantas beri isyarat pada cikgu dan minta nak bawa balik la. Memang nak balik pun sebenarnya Firuz langsung x dapat tidur walau beberapa kali terlelap. Almaklumlah bising dan panas.
Cikgu bawa Rafiq masuk ke belakang pentas, so aku tak boleh ikut. Aku suruh Fatin masuk ambil Rafiq. Tak lama lepas tu Fatin keluar dan beritahu ustazah tengah doakan Rafiq.
Aku pun intai ikut pagar belakang dewan. Sakan ustazah tu tiup dan baca2 doa. Takut aku marah ye, ustazah? Almaklum aku ni sangat ambil berat hal anak2 aku. Even kalau ke pasar malam sekali pun kalau ditolak budak lain pasti budak tu akan aku marah.
Aku ni bukannya suka marah sangat. Hihi. Iye lah tu. Aku nak sesuatu tu jadi elok. Yang lemah tak ditindas. Aku kena tindas takpelah. Memang dah nasib aku kan.
Untuk anak2 memang aku akan pertahan sedaya aku la. Nampak macam hal kecik tapi tidak pada aku.
Nak flashback semula hal 2009 masa di kampung Krz, semua anak2 g main dalam rumah, yang mak2 ni dok makan nasi kenduri. Tiba2 ada jeritan tangisan Rafiq dari dalam rumah. Segera aku basuh tangan bingkas bangun dan masuk dalam rumah.
Alangkah terkejutnya aku bila lihat Rafiq terperangkap di penjuru rumah dan anak sepupu Krz dok tumbuk dia bertubi2! Siap ada kesan merah2 kat dahi dia. Apa lagi. Siren automatik terpasang la.
Adik ipar aku cerita semua yang kat luar terdiam dengar siren aku tu. Dahsyat tak? Aku tak peduli dah org nak kata apa. Aku rasa itu jln terbaik pada masa tu. Nasib baik siren terpasang. Kalau mode peninju yang terpasang, mau budak tu pula yang kena tinju. Hihi.
Terus aku dukung Rafiq sambil kemas2kan rambut dan baju dia. Alhamdulillah takde luka. Aku bawa dia duduk di luar dan bapa budak tu-suami sepupu Krz datang minta maaf dan tawarkan duit ubat. Geleng kepala je la. Tak luka pun. Trauma je si Rafiq pada masa tu.
Tamat flashback.
Itulah. Nak bagitau aku tak marah. Cuma bertindak ikut situasi je. Mana yang perlu. Kalau yang memang kenal aku dulu dan jumpa aku sekarang akan tahulah betapa aku banyak dah cool down. Aku rileks je. Buatlah apa pun. Silakan. Buat2. Tapi anak2 aku jangan usik ye. Itu je.
Selepas beberapa ketika ustazah tu berjaya pujuk Rafiq dan dia nak keluar menyanyi semula. Tapi dengan aku kat sebelah la. Sambil dok awasi budak sebelah yg eksaited nak ayun2 pom pom.
Si Fatin pun join juga. Teringin. Firuz tak mau join? Hihi.
Ingatkan lepas persembahan nak balik terus. Ada penyampaian hadiah pula. Alhamdulillah. Sekurang2nya ada la benda penyejuk hati Rafiq kan. Lepas dapat hadiah barulah kami pulang.
Jom tengok gambar. Panjangnya entri ni. Harap tak bosan ye. Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Happy birthday, Rafiq.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih mampu nak mencoret sepatah dua kata sempena ulangtahun bujang kesayangan. Abe Rafiq. Cerita abe Rafiq ni entri lain kali ye. Kelakar juga sebenarnya. Kalau lapang nanti aku ceritakan.
Sebelum tu. Senyum dulu. :-).
Syukur.
Masih mampu tersenyum. Buat pengubat segala duka dan hati yang lara.
Kisah kelahiran Rafiq dah pernah cerita kat blog lama. Rajin2 la pegi cari kat sana. Guna fon je ni nak bagi link bagai aku tak reti.
Adik.
Ummi sayang adik sangat. Adik tetap adik walau pun dah ada Firuz. Adik anak manja ummi, anak lelaki seorang. Yang nak jaga Fatin dan Firuz.
Adik kekuatan ummi. Ummi doakan adik jadi hamba Allah yang taat. Solat . Zikir pada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari.
Jadilah anak yang berguna pada agama, kedua ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Amin.
Harap adik suka hadiah yang ummi belikan. Maaflah dah besar baru adik dapat. Dulu takde org jual pun. Kalau ada pun mungkin kat gedung permainan yang mahal2. Ummi belum mampu lagi waktu tu.
Adik. Ummi sayang adik tau!
Assalamualaikum.
Isnin, 21 Oktober 2013
Roti milo dan Rafiq
Assalamualaikum.
Apa khabar korang? Harap sihat2 selalu la. Aku kat sini ok la. Sihat la juga. Alhamdulillah. Sakit2 sikit apa ada hal.
So hari ni nak cerita pasal Rafiq. Memang penggemar coklat dari kecil. Kalau dapat apa2 yang berunsurkam coklat, dia memang mampu nak habiskan.
Kalau pergi makan di kedai, yang dipesannya milo tabur dengan roti milo. Takdelah unsur lain ye.
So pagi ni dia dapat makan roti letak milo. Amboi bukan main sukanya dengan melekat2 milo kat pipi dia. Pastu siap bawak bekal ke sekolah.
Adik oh adik.
Jumaat, 5 Julai 2013
Superboy di hati ummi.
Assalamualaikum.
Tengok Rafiq tidur tadi. Terfikir2 macam manalah keadaannya kalau dah ada adik nanti?
Kasih sayang tak pernah berubah sebaliknya bertambah. Kecil besar perlu diberi perhatian.
Kecil tak berdaya lagilah tumpuan sepenuhnya.
Fikir2 lagi. Baru 2 orang anak dah terfikir macam ni. Fatin dilayan macam kakak dan serba boleh serta sangat diharap. Rafiq juga dilayan macam abang dan boleh diharap juga. Cuma dia lebih muda, jadi dia selalu memanjakan diri.
Sebelum tidur tu berapa puluh kali salam tangan. Ucap selamat. I love u, mi. Bagi salam. Peluk. Cium.
Haih dapat sorang lagi macam Rafiq, cair lah ummi!
Selasa, 25 Jun 2013
Demam
Alahai anak bujang aku ni. Demam jugak akhirnya. Dua hari dah selesema. Dok bertahan. Akhirnya hari ni demam juga.
Check suhu dah 39°. Cepat2 letak cool fever. Memang ada spare dalam peti.
Bawak ke klinik memang sah demam. Tapi suhu dah turun sikit. Lega rasanya.
Esok ummi terpaksa cutilah. Kalau keje dia kena ikut pula. Kena pula jerebu belum hilang sepenuhnya lagi.
Apa pun Rafiq, gws tau. Mummy loves u so much. Mmuahhs!
Isnin, 17 Jun 2013
Mengidam durian.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setakat ini aku takde mengidam atau teringin yang bukan2. Hihi. Almaklum negara kita ni mewah serba serbi. Cuma poket kita je kurang tebal. Hihi.
Tapi penyakit teringin ni terjadi pada anak2 pula. Lepas satu, satu yang lain pula menjadi idaman.
Malam ni Rafiq tiba2 minta nak makan durian pula. Aku ni dah tak larat sangat sebenarnya. Almaklum jadual hari Isnin padat. Pinggang memang rasa macam dah nak tercabut.
Nak tak nak aku bersiap ala kadar. Dengan tshirt rumah, skirt, tudung. Niatnya nak capai kemeja lengan panjang buat cover lengan. Belum sempat nak ambil dah ditegur Rafiq. "Kenapa ummi pakai baju ketiak?". Sebenarnya tak nampak pun ketiaknya. Cuma lengan pendek.
Senyum je aku. Sambil berkata dalam hati semoga apa yang dia tegur aku ni, dia ingat dan jadikan panduan dalam hidupnya kelak.
Dengan jalan ala penguin. Perlahan2 menuruni tangga. Penat. Mengah. Tercungap2. Keluar jugalah demi anak2 tersayang.Tapi belum rezeki kami lagi nak makan durian malam ni. Gerai yg jual tu tutup.
Kecewanya Rafiq. Membebel sepanjang perjalanan pulang. "Nak makan durian, tak dapat!" bebelnya tak berhenti. "Nanti ummi panjat pokok durian, ok mi?" dan macam2 lagilah.
Dah sampai parkir, aku nak bangun pun susah. Amik masa. Pinggang macam tak ada je rasanya. Pastu pula kena jalan sikit sebab agak jauh. Panjat tangga lagi. Fuhhhh.... Dalam tak larat tu rasa gagah la jugak. Hihi. Ferasan.
Sambil naik tangga dengar Rafiq bebel lagi "Dahlah esok Rafiq sorang yang sekolah, bila nak cari durian!". Hihi.
Dia sangat jeles sebenarnya. Fatin dah satu tempat dgn aku. Dia bosan sbb sorang2. Sian adik. Tak lama dah dik. Tahun depan je pun.
Ya udah. Badan udah sejuk. Now its time to sleep. Bismikallah humma ahya wa amutu. Amin.
Assalamualaikum.
Selasa, 9 April 2013
Day 2
Assalamualaikum.
Hari kedua Fatin kena demam campak. Makin banyak yang keluar. Sebab terus minum air kelapa semalam. Keluar banyak la terus. Harap cepat keluar semuanya dan cepat sembuh juga.
Mek ni suka g sekolah. Dan rasanya dia akan terlepas g lawatan sekolah agama minggu ni.
Takpe nanti g lawatan sekolah kebangsaan ye. Hihi. Sekali dengan ummi.
Hari ni aku g klinik lagi. Pemeriksaan susulan. Dan Rafiq seperti biasa peneman setia la. Ada 3 biji lagi campak kat belakang dia belum kering. Jadi still tak boleh ke sekolah.
Pasni aku masuk kerja kena kuarantin dia la kat bilik rawatan. Dah siap bawak tablet dan kaler pensil. Dah siap beli buku kalering dah sampai je kat klinik ni tadi. Hihi.
Jom. Nanti jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Ahad, 17 Februari 2013
Hands on!
Assalamualaikum...
Inilah kisah anak bujang aku Rafiq. Memang lah budak lelaki sejati. Walau kuat nangis dan agak penakut. Hihi. Mungkin sebab dia kecik lagi kot.
Tapi kalau bab main. Serahlah pada dia. Laju je. Memunggah. Pun dia nombor satu juga.
Aku ada bawa balik buku rujukan untuk lukisan darjah satu dan dua ke rumah. Seminggu ni depa dok belek sakanlah buku tu.
Tup tup malam ni di ambilnya surat khabar dan... Melipat sakan mengikut panduan buku tu.
Jadi pulak tu. Ummi pulak yg terkagum.
Haha.
Cuba tengok gambar kat bawah ni. Yang Fatin pakai tu pun dia buatkan tau!
Memang perasanlah dia ni kalau bab kena fikir atau ketelitian tu dia sangat kurang.
Tapi tangan dia memang cepat buat kerja. Mewarna ke, melukis, tekan nombor channel kat remote. Sampai kalau Fatin nak tukar channel dia suruh Rafiq la.
Melukis mewarna tu mungkin ada turun paksu Amat. Paksu pun boleh juga sikit2.
Mewarna Rafiq biasa2 je. Sebab dia suka pilih warna gelap. Jadi suram sikit la lukisan dia.
Ya udah. Taip malam. Post pagi kot. Biar entry esok je ek.
Assalamualaikum.
Selasa, 5 Februari 2013
Urut!
Assalamualaikum..
Alkisah tadi meneman si hero buat homework. Udah Jumaat lepas dia ikut aku g keje maka banyak jugalah homeworknya.
Tak siap2 sedangkan aku tggu dia buat dari jam 8.
Siap ulang g toilet 4-5 kali. Pastu dia dah lenguh2 badan siap minta aku urut.
Not really urut la. Aku mana la pandai. Boh minyak urut tu baunya wangi. Gosok2 sikit jadilah.
Dan aku terdengar mulut dok ngomel, "aduh sedapnyaaaa!". Hihi. Telakar la adik ni.
Siap dah homeworknya. Dia pun dah selamat lena. Tapi aku??
Hihi. Assalamualaikum.
Isnin, 17 Disember 2012
Rafiq nak ABCD!
Assalamualaikum...
Alkisah semalam balik dari Ou ingatkan nak terus balik rumah. Tapi ada sorang budak sudah bising2 nak makan ABCD!
ABCD??? Apasal la funny sgt cara hang sebut tu dik? Hadoiiii. Senyum simpul ummi.
Mestilah dia mengaruk nak abc tu almaklum antara tujuan asal keluar semalam kan.
Nak tahu dari mana dia tahu nak makan abcd tu? D for durian actually. Hihi. Air batu campur durian!!!
Upin Ipin la. Depa kan ada tablet pc sorang satu. So siang aku mmg bagi depa main. Dok tgk upin ipin kat youtube.
Besar betul pengaruh sampai apa saja upin ipin buat semua depa tiru.
Hmm.... Sampai jumpa lagilah ye.
Assalamualaikum.
Selasa, 4 Disember 2012
Imaginasi lagi...
Assalamualaikum...
Malam ini sekali lagi aku melayan Rafiq. Hmm.. Byk betul permintaannya.
Malam ini dia nak tali pinggang. Coins utk bertukar (henshin), pengecas coins (bentuk bulat dgn pemegang) dan pedang.
Ok, mula2 ambil kertas A4 dan lakarkan kemudian tampal atas kad Tau kertas keras. Aku guna kadbod pelapik cadar baru.
Tggu kering baru gunting. Puas juga nak memikir cara nak buat tali pinggang tu elok je melekat.
Almaklum dah lama tak buat bemda2 ni. Tinggai lama dah karat pun tebaii... Hihi
Leg akhirnya siap juga. Tapi dia masih tak puas hati.
Hadoi. Nanti2lah ummi buat lagi.
Assalamualaikum.
Sabtu, 1 Disember 2012
Dunia anganan Rafiq!
Assalamualaikum...
Hmm.. Petang tadi ke pasar malam beli lauk sikit. Kot la boleh murah sikit. Jadi la kan. Selalu beli kat supermarket adoi terasa kemahalannya. Rupanya kat pasar malam pun mahal juga. Hihi. Bezanya kesegaran yg lebih la. Hihi.
Ni nak cerita pasal Rafiq sebenarnya. Tersasar cerita pasar pula. Malam ni ada cerita spiderman kat tv. Sambil tengok Rafiq dok berangan la macam2.
Setengah cerita Rafiq minta A4 paper nak buat drawing katanya. Aku tak p amikkan pun. Org tgh berangan jadi Mary Jane waktu tu.. Hihi...
Dan dia pi amik sendiri dan ambil beberapa batang pensil warna. Sempat juga siap dua lukisan.
Boleh tahan kuat juga imaginasi Rafiq ni. Hihi.
Ya udah. Mau selip. Sampai jumpa lagi kesayangan.
Assalamualaikum.
Jumaat, 23 November 2012
Fatin kan anak ummi...
Assalamualaikum.
Hai apa khabar? Selamat berhujung minggu kesayangans.
Alkisah Fatin naik kete sambil nak cas tablet pc beliau.
Bila aku kata tak boleh, lembut je jawabnya.
"Bolehlah mi. Fatin kan anak ummi."
Truly aku cairs.
Hampagas. Hihi.
Tau je ummi ni makan bodek.
Kalau Rafiq pula akan datang bisik2 kat telinga aku. Pastu cium2 pipi aku dengan bibir sejuk dia tu.
Hadoii. Pengsan la ummi camni.
Apesal pandai sgt bodek ummi ha?