Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Jalan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Raya. Papar semua catatan

Jumaat, 23 April 2010

Tayar Tercabut???

Ni kejadian berlaku depan mata aku dan KRZ.
Kebetulan aku yang drive.
.
Sementara aku menanti isyarat untuk u-turn,
ternampak lori tong gas yang sedang ditarik terberhenti
tengah2 traffic light sebab tayarnya tercabut!!!!

Aku pun beria bagitau KRZ...dan KRZ tegur aku suruh u-turn...
Mana aku nampak itu lampu sudah ijau...
tetiba jer nampak kuning....
nasib baik tak dilanggar kan????



Isnin, 14 Disember 2009

Kami saksi selepas kejadian ni....

Semalam kami menyaksikan ada satu mayat di atas jalan raya di Jalan Kuching.
.
Aku saksikan darahnya masih mengalir dan penunggang2 motorsikal yang membantu supaya mayat tidak dilanggar.
.
Waktu tu aku percaya mangsa merupakan penunggang motorsikal. Ni gambar yang KRZ sempat ambil.
.
Aku yang memandu terus berfikir, memang kemalangan boleh berlaku dimana-mana pada bila-bila masa menggunakan apa-apa pun jenis kenderaan, tapi motorsikal paling terdedah pada risiko....
.
Aku teringat KRZ pun sekali sekala akan menunggang motorsikal. Lantas kusuruh KRZ jual saja motorsikal beliau kerana sekarang ni makin dahsyat tahap kemalangan kat negara kita.
.
Hari ni baca paper, rupanya........

Samun: Pemandu maut terjun dari but teksi

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Seorang pemandu teksi yang dipercayai mangsa samun, maut dalam cubaan nekad terjun dari but belakang teksinya di Jalan Kuching dekat bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) di sini malam ini.

Mangsa, Khairuddin Mohd, 31, yang lengkap berpakaian seragam pemandu teksi, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terhantuk di atas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Terdahulu, mangsa dipercayai telah disamun seorang lelaki di salah satu lokasi yang masih belum dikenal pasti, sebelum dikurung dalam but teksi tersebut.

Kereta teksi itu kemudian dipandu oleh suspek terbabit.

Kejadian terbongkar apabila kelibat mangsa yang melambai-lambai tangan meminta tolong disedari tiga penunggang motosikal yang berada di belakang teksi, kira-kira 200 meter sebelum lokasi mangsa terjun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa secara tiba-tiba bertindak melompat keluar dan terhantuk kepalanya ketika mendarat di atas jalan raya.

"Salah seorang penunggang memberhentikan kenderaannya untuk membantu mangsa manakala dua lagi terus mengekori teksi berkenaan.

"Penunggang lelaki itu membantu mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelak kenderaan-kenderaan dari arah belakang melanggar mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan tiba.

Katanya, teksi yang dipandu suspek dijumpai semula dekat bangunan Sime Darby, Jalan Raja Laut, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Pemeriksaan ke atas teksi mendapati ia telah digeledah," jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Chin Wah meminta dua lagi saksi penting iaitu dua penunggang motosikal yang dikatakan mengekori teksi yang dipandu suspek, supaya tampil memberi maklumat kepada polis secepat mungkin.



Selasa, 17 November 2009

Keta Terbalik Lalu Bertemu Ibu Yang Seksis!

Ari Sabtu lepas aku balik exam kat library UNITEN, Bangi, aku terus g kat KRZ kasi chance anak2 nak tengok KRZ buat keje.
.
Sambil aku ambil peluang nak lelapkan mata sebab mengantuk ya amat! Aku pun dodo dalam keta sambil KRZ melayan anak2 sambil2 bertugas.
.
Lepas tido, aku pun balik. Teringat tanaman yang terbiar, tu yang bergegas.... Haha! Dalam nak cepat boleh jammed pulak jalan.
Rupa-rupanya ada keta terbalik berhadapan Jusco (Puchong).
.
Bukannya satu tapi dua?
.
Nampak tak kat mana keta satu lagi???
.
Tak nampak???
.
Sat aku bagi hangpa nampak..... Kihkihkih... satu lagi adalah mainan anak2...
hehe... jangan marah.... gurau2 jer....
.
Ok, ni citer lain. Satu hari aku teman KRZ singgah Mahbub kat Damai. Dalam rebas (hujan renyai-renyai), aku nampak satu kapel dok makan. Tengok lagi dengan sepenuh perhatian, rupanya anak dengan mak. Anaknya mungkin darjah 6 kot sebab dah tinggi besar... Yang aku nak kasi tau maknya tu.... Seksis beb! Tak salah nak seksi sebab seksi tu subjektif. Lain orang lain pandangannya.
.
Dah lah duduk berdepan. Aku yang tengok dari tepi ni pun naik terjojol bijik mata. Mungkin anak ko dah biasa tengok ko gitu jadi dia memang tak heran la.
.
Haih! Aku suka juga tengok org yang seksi ni, tapi kena pada gaya la. Sekadar menyebut beberapa nama, Acik seksi dalan sopan... Sue seksi dalam keanggunan... Macam tu la... ni seksi dalam menonjolkan.... Apa tujuan ko sebenarnya????
Haih!
KRZ tegur aku kenapa amik gambar beliau,
tapi bila aku publish aku terasa macam I've done my part!
Rasanya korang paham kan.....
Jumpa lagi nanti...Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails