Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Menu dalam pantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu dalam pantang. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2013

Kailan Lobak Manis

Bahan

3-4 pokok kailan
Sebiji lobak
Semangkuk kecil ikan bilis (direndam)
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu teh garam

Cara

1. Bersihkan lobak. Potong bulat separa tebal dan potong empat.
2. Panggang di dalam pemanggang selama 2 minit dan balikkan. Panggang lagi selama 2 minit.
3. Masukkan minyak zaitun dan ikan bilis. Balik2kan pemanggang sebentar.
4. Apabila ikan bilis berbau harum, masukkan sayur, air dan garam.
5. Balikkan lagi pemanggang dan bolehlah ditutupkan api.
6. Sedia dihidangkan.

Selasa, 17 September 2013

Ayam bakar serai

Bahan

4 ketul ayam (dibersihkan)
3 cm halia (dihiris)
5 biji cili kering
2 batang serai (dititik)
5 keping daun limau (dipotong dua)
2 sudu sos bbq
1 batang lobak (dipotong kecil)

Cara

1. Ayam dipotong kecil dan diperap dengan sos bbq selama 1/2 jam.
2. Masukkan bahan2 lain dalam perapan dan gaul sekejap.
3. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 5 minit.
4. Terbalikkan pemanggang dan bakar selama 5 minit lagi.
5. Sedia dihidangkan.

Ahad, 15 September 2013

Ayam sambal halia serai

Bahan

5 ketul ayam (dibersihkan)
2 inci halia*
3 batang serai*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu makan cili kisar
2 sudu tepung kastad
3 sudu tepung jagung
3 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat
2 mangkuk kecil air

Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara.

1. Ayam dipotong kecil dan digaul dengan 2 sudu teh garam. Ketepikan.

Tumbukkan bahan bertanda *, ketepikan. Jangan terlalu lumat, separuh lumat lebih baik.
2. Ayak tepung kastad dan tepung jagung sekaligus.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Golekkan ayam di atas campuran tepung dan terus goreng dengan api sederhana.
5. Apabila ayam sudah masak, angkat dan toskan minyak.
6. Panaskan minyak di dalam pan.
7. Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu.
8. Masukkan cili kisar dan air. Tunggu hingga mendidih dan masukkan gula dan garam.
9. Apabila kuah memekat, masukkan susu pekat. Gaul sekejap bolehlah ditutup api.
10. Masukkan ayam goreng yang sudah ditoskan minyaknya. Gaul sehingga sambal mengenai keseluruhan ayam.
11. Sedia dihidangkan.

Isnin, 9 September 2013

Lempeng Horlicks

Bahan

2 cawan tepung
2 sudu makan gula
2 sudu makan horlicks
1 sudu teh garam
4 mangkuk kecil air

Sedikit minyak

Cara

1. Bancuhkan semua bahan kecuali minyak sehingga adunan sebati. Pastikan tidak terlalu pekat atau cair.
2. Panaskan frying pan dengan api sederhana atau kecil.
3. Letakkan setengah senduk kecil minyak. Golekkan pan untuk meratakan minyak dan tuang semula baki minyak ke dalam bekas lain.
4. Tuangkan adunan ke dalam pan dan ratakan dgn sudu.
5. Alihkan adunan setelah 4 hingga 5 minit.
6. Tunggu 3 minit lagi bolehlah diangkat.
7. Potongkan lempeng dan bolehlah dihidangkan dengan serbuk milo.

Jumaat, 6 September 2013

Siew Pak Choy Tumis Bilis

Bahan

4 pokok siew pak choy (dibersihkan)
3 biji bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
Setengah mangkuk kecil ikan bilis (direndam)
Secubit garam
2 sudu makan minyak

Cara

1. Sayur dipotong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
3. Goreng ikan bilis dengan api sederhana.
4. Apabila sudah garing, masukkan bawang. Tumis sehingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan sayur. Kacau sekejap.
6. Masukkan garam pula kacau sehingga sayur masak.
7. Sedia dihidangkan.

Khamis, 5 September 2013

Tenggiri pandan bakar

Bahan

1 keping isi ikan tenggiri (dibersihkan)
2 batang serai*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
4 helai daun pandan
Secubit garam

Cara

1. Lumurkan garam pada ikan. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda *.
3. Susunkan daun pandan bersebelahan satu sama lain.
4. Letakkan bahan yang ditumbuk pada sebelah bahagian ikan. Letakkan bahagian tersebut di atas daun pandan. (terbalikkan)
5. Letakkan baki bahan tumbuk di atas sebelah lagi bahagian ikan.
6. Lilitkan daun pandan dengan kemas. (saya lilit secara bersilang)
7. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Bakar selama 15 minit.
8. Terbalikkan pemanggang ajain dan bakar selama 15 minit lagi.
9. Sedia dimakan bersama nasi panas.

Nestum Horlicks Bersusu

Bahan

2 sudu nestum original
1 sudu horlicks
1 sudu susu
200 ml air panas (segelas)

Cara

1. Masukkan nestum, horlicks dan susu ke dalam gelas.
2. Tuangkan air panas ke dalam gelas. Kacau hingga susu dan horlicks larut.
3. Hidangkan bersama 2 keping roti gardenia.

*minuman ini kaya dengan serat dan kurang manis. Sarapan yang lengkap dan mudah.Sesuai untuk yang sedang cuba mengurangkan berat badan.

Rabu, 4 September 2013

Ikan merah panggang

Bahan

2 ekor ikan merah (dibersihkan)
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
1/2 sudu makan mentega

Cara

1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika.
2. Panaskan pemanggang ajaib.
3. Oleskan mentega pada satu bahagian pemanggang ajaib.
4. Masukkan ikan. Pastikan api perlahan.
5. Setelah 10 minit, balikkan pemanggang. Tunggu lagi 10 minit sebelum ditutupkan api.
6. Gunakan senduk kayu untuk mengangkat ikan.
7. Sedia dihidangkan.

Selasa, 3 September 2013

Ayam merah lobak manis.

Bahan
4 ketul ayam (dibersihkan)
1 batang lobak (dipotong memanjang)
3 sudu makan tepung kastad
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan gula
1 sudu makan susu pekat
1 sudu teh garam
Semangkuk kecil air
Minyak untuk menggoreng/menumis
Cara
1. Ayam dipotong kecil. Digaul dahulu dengan sedikit garam dan kemudian tepung kastad. Biar sebentar.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
3. Sementara menunggu minyak panas, tumbukkan bahan bertanda *.
4. Goreng ayam selama 4-5 minit. Angkat dan toskan minyak di atas kertas tisu.
5. Di dalam kuali lain (saya gunakan frying pan), panaskan 3 sudu makan minyak.
6. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing. Masukkan cili kisar bersama semangkuk kecil air serta lobak. Kacau sebati.
7. Apabila mendidih masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga kuah memekat.
8. Masukkan susu. Kacau sebentar dan bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi.
9. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Isnin, 2 September 2013

Kari ayam pedas

Bahan

4 ketul ayam (dibersihkan)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu makan serbuk kari daging (bancuh dengan semangkuk kecil air)
2 sudu makan cili kisar
2 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dipotong dua)
2 sudu teh garam
Semangkuk kecil air
4 sudu minyak untuk menumis

Cara

1. Ayam dipotong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak.
3. Apabila sudah panas, tumis bawang dan halia sehingga wangi.
4. Masukkan bancuhan perencah kari daging.
5. Tumis dengan api kecil sehingga pecah minyak.
6. Masukkan cili kisar. Gaul sekejap sehingga sebati.
7. Masukkan 1/2 mangkuk kecil air dan ubi kentang.
8. Tunggu hingga mendidih dan masukkan ayam dan garam.
9. Kacau sekejap dan boleh tunggu sehingga ayam masak.
10. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Ahad, 1 September 2013

Lempeng Nestum

Bahan

2 cawan tepung gandum
4 sudu makan nestum
2 sudu makan gula
1 sudu makan susu
1 sudu teh garam
4 cawan air
Semangkuk kecil minyak

Cara

1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Gaul sebati.
2. Panaskan kuali masukkan sesudu minyak dan ratakan pada keseluruhan permukaan kuali.
3. Sendukkan bancuhan tepung ke dalam kuali. Ratakan hingga menjadi bulatan.
4. Balikkan adunan setelah 3 minit. Tggu 3 minit lagi. 

*
Ulang langkah 1-4 sehingga habis bancuhan tepung.

5.  Angkat dan hidangkan bersama lauk pilihan hati. (saya Lq

Selamat Mencuba!

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ayam Serai Masak Merah

Bahan

3 ketul ayam (dibersihkan)
3 batang serai (dihiris nipis)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 biji buah keras (dicincang)
1 sudu teh garam
Semangkuk kecil air
2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara

1. Potong kecil ayam. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat serai, bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan air. Tunggu sehingga pecah minyak.
5. Masukkan buah keras, sos cili dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan ayam dan masak selama 5 hingga 10 minit.
7. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kari Ikan Merah dengan Kucai

Bahan

Seekor ikan merah (dibersihkan)
2 sudu besar serbuk kari ikan(dibancuh dengan sedikit air)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Segenggam daun kucai (dipotong kecil)
2 sudu besar minyak
1 sudu teh garam
1/2 cawan air

Cara
1. Ikan dipotong dua. Ketepikan.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis rempah kari sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang serta kucai dan tumis sebentar.
4. Masukkan air, garam dan ikan tunggu sehingga ikan masak bolehlah ditutup api.
5. Sedia dihidang bersama nasi panas dan serbuk lada hitam.

Isnin, 19 Ogos 2013

Ikan tenggiri harum mewangi

Bahan

Sepotong isi ikan tenggiri
1 batang serai
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Cara

1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Tumbuk semua bahan lain. Masukkan garam dan sebatikan.
3. Lumurkan pada ikan dan niarkan seketika.
4. Panaskan minyak dalam kualidan goreng pada api kecil sehingga ikan masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Daging Serai Tumis Kering

Bahan

200 gm daging (direbus sehingga empuk)
2 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia (dihiris)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak

Cara

1. Hiriskan nipis daging. Ketepikan.
2. Tumbuk halus serai, bawang, lada hitam dan jintan manis.
3. Gaul dan sebatikan bahan yang ditumbuk pada daging bersama hirisan halia. Biarkan seketika.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan daging bersama rencahnya sehingga naik bau.
5. Masukkan garam dan gaulkan seketika.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Ahad, 18 Ogos 2013

Ayam Panggang

Bahan

1/4 bahagian ayam (dibersihkan)
2 sudu makan sos barbeque
2 sudu makan serbuk lada hitam (yang ditumbuk 1/2 halus)
1 sudu teh garam

Cara

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan dalam mangkuk.
2. Perap selama 1 hingga 2 jam.
3. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Panggang dengan api kecil selama 30-45 minit.
4. Hidangkan bersama sos barbeque.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sup Ikan Haruan dengan Lada Hitam

Bahan

Seekor ikan haruan (dibersihkan)
3 biji bawang merah (diracik)
5 ulas bawang putih (diracik)
2 sudu besar serbuk lada hitam (telah ditumbuk separuh halus)
2 sudu teh garam
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara

1. Potong ikan haruan kepada 4 bahagian. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam periuk.
3. Tumis bawang sehingga wangi.
4. Masukkan serbuk lada hitam. Tumis sekejap.
5. Masukkan air dan garam.
6. Biarkan mendidih sebentar dan perlahankan api dapur sebelum masukkan potongan ikan.
7. Reneh sehingga ikan masak.
8. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails