Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 20 Disember 2012

Baju sekolah Fatin!

Assalamualaikum.

Dalam ketidaklaratan aku, kugagahkan jua utk menguruskan byk perkara. Dengan penat bermesyuarat sampai tengahari, mana p settle beli buku minah tecik tu.

Phewww!~~

Not really challenging but very2 tiring. Maaflah ye kalau ada byk perkara aku tak boleh nak uruskan atau buat macam biasa. Sgt tak berdaya la.

Mmg kederat yg ada ni kuperah2 utk persiap anak2. Selagi aku tak bergerak tak bergeraklah semuanya. Sedang masa terus berjalan. Cuti sekolah dah nak habis.

Ok now cerita Fatin pula. Seawal cuti sekolah hari tu dah start survey baju sekolah Fatin. Mujur survey awal rupanya saiz Fatin tak ada. Paling kecil pun poketnya mencecah lutut. Sgt tidak sesuai ok!

So segeralah aku beli kain dan hantar tempah terus.

Alhamdulillah dah siap. Dan dia pun gembira sgt baju dia dah siap.

Oleh sebab mummy x larat maka hantar ke laundry saja. Sorry Fatin. Ummi tgh x larat sgt la ni.

Ptg tadi juga g amik tanda nama dan jap lagi akan p hantar tanda nama, lencana untuk dijahit pada tudung.

Baiklah. Sampai sini utk kali ini.

Sampai jumpa ya.

Jaga diri hiasi peribadi.

Assalamualaikum.

Lapar..

Assalamualaikum..

Di subuh yg indah ini daku kelaparan. Jom makan sikit jom.

Ada coklat panas dan 2 keping roti Gardenia. Ya, sungguh enak dimakan begitu saja. Hihi.

Merapu lagi. Ya udah. Jumpa lagi nanti.

Tataaaa....

Isnin, 17 Disember 2012

Rafiq nak ABCD!

Assalamualaikum...

Alkisah semalam balik dari Ou ingatkan nak terus balik rumah. Tapi ada sorang budak sudah bising2 nak makan ABCD!

ABCD??? Apasal la funny sgt cara hang sebut tu dik? Hadoiiii. Senyum simpul ummi.

Mestilah dia mengaruk nak abc tu almaklum antara tujuan asal keluar semalam kan.

Nak tahu dari mana dia tahu nak makan abcd tu? D for durian actually. Hihi. Air batu campur durian!!!

Upin Ipin la. Depa kan ada tablet pc sorang satu. So siang aku mmg bagi depa main. Dok tgk upin ipin kat youtube.

Besar betul pengaruh sampai apa saja upin ipin buat semua depa tiru.

Hmm.... Sampai jumpa lagilah ye.

Assalamualaikum.

Ahad, 16 Disember 2012

Jalan Ou lagi.

Assalamualaikum.

Hai kesayangans. Bersiaran dari OU. Entah hape hangin sweethearts lepas mandi ptg pakai baju cantik2.

Bila aku tya nak ke mana? Depa jawab nak p OU. Ok.

Suap nasi lauk kari ayam dengan kicap dulu. Makan sampai kenyang kami pun keluar la.

Suka la sangat. Rafiq sebenarnya teringin nak makan ABC. Tapi sampai kat Arena ni dah habis ABC nya. Apa lagi. Makcik jual abc tu jadi mangsa marah dia.

Hihi. Teringin sgtlah tu. Takpe. Esok kita g cari tempat lain.

Kena la kluaq awai sikit. Mana ada abc ptg nak ke malam.

Ada2 je Rafiq ni.

Dah. Letih la jalan2 je pun. Nak balik dah. Rajin nanti ada la entri lain.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

I-City Oh I-City!


Assalamualaikum.

Semalam kan ada g umah kakak kat Klang sambil lalu Seksyen 7. Sebenarnya, aku ada terdetik nak menyatakan macam yang aku jumpa kat FB ni. 

Yang lebih menarik, penulis ni dah mencuba semua jadi dia memang layak ceritakan apa yang berlaku la kan.

Gambar hiasan - Gambar tahun 2010 bersama Acik Lana

Kami jadi petugas la kononnya. Sebenarnya sebab dapat masuk free. Hihi. Memang tak pernah g berbayar pun. Walau pun dekat sangat ngan umah mak. Berikut ceritanya ya....

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. **** anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Sumber : Fdaus Ahmad - fdausamad.blogspot.com

Shah Alam - Seksyen 7 - Jammed!

Assalamualaikum.

Biasa la tu. Situasi biasa kalau malam minggu atau malam cuti umum.

Aku dulu kalau nak ke rumah mak, pasti masuk ikut 15, 16 ke Pdg Jawa.

Kalau dari Federal masuk ikut Exit Seksyen 7 - JPJ - Padang Jawa, kompon nyesal.

Jem tahap apa ntah. Dah ada I-City kan.

Nak maju,nak jadi tumpuan, kenalah berkorban sikit kan. Semua tu bukan datang bergolek tau.

Ha. Tetiba kena pula perumpamaan tu. Hihi.

Itulah kisah aku ke Klang semalam. Sebab g Klang, jem sikit je sebab aku nak terus keluar exit Bukit Raja lepas tol Sg. Rasa.

Alright. Jumpa lagi nanti.

Tata cu.

Sabtu, 15 Disember 2012

Plastisin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi2 dapat bantuan dari rakan sekerja, adik Hana. Mai jemput kat umah. Tq ling. Lain kali tolong lagi ye. Hihi.

Tengahari pengsan sekejap. Eh. Ke lama aku pengsan tadi. Almaklum. Jam 3.30 dah bangun pastu tak lena dah.

Petang rasa nak p bawak anak2 p window shopping. Siap pesan dari rumah, ummi gaji minggu depan. Jadi hari ni kita tak beli apa2 tau.

Mendengarkan pesanku itu Rafiq bertekad bawak bekas duit syiling. Sanggup dia usung sendiri. Yalah, mesti dia akan teringin nak beli jugakan...

So kami survey beg utk skolah agama fatin. Terlupa nak beli hari tu. Dan juga pensil warna yg sesuai.

Kat tempat pensil warna tulah depa jumpa plastisin dan masing2 berkehendakkan yg sama. So beli guna duit syiling yg Rafiq bawa tu. Guess what, cukup duit tu. Berbaki dalam 50 sen. Hihi.

Pastu g Popular pulak. Survey kamus utk Fatin. Penting kamus ni utk belajar bahasa inggeris. Aku dulu belajar guna kamus juga.

Pastu g makan kat food court dan sebelum balik belikan kuih yg depa suka makan.

Depa tu sebenarnya dah tak sabar nak balik sebab...  Nak main plastisin tu... Hihi.

Ya udah. Sampai jumpa lagi ya.

Jaga diri hiasi peribadi.

Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Disember 2012

Bukan pertandingan tangan gebu!

Assalamualaikum.
Hari ni g skul pagi dgn niat nak mengemas2 kelas. Hihi.
Tapi pagi2 kita makan la dulu. Menu nasi lemak perintis dan nasi putih murni. Sambal sadin tambah sambal telor Yuna. Daging salai masak lemak. Tengs pada semua yg mnyumbang makanan. Ehmm.. Dap dap...
Dah nak balik baru teringat. Ada Khaz belikan trio kami cenderahati dari Sabah.
Rantai tangan pearl dari Sabah ya. Hmm cantik sgt. Saya suka, saya suka!
Aku ni mmg tak minat nak membeli jewellery ni. Tapi kalai org dah bagi biasanya aku suka je. Hadiah kan. Siaapa yg tak suka?
Terima kasih daun keladi to Khaz. Ingatanmu itu menharukan kami tau. Lain kali bagi lagi ya. Hihi.
Ya udah. Yok teka mana satu tangan aku.
Sampai jumpa lagi ya.
Tata tau.
Assalamualaikum.

Nasi jam 3.30 pagi!

Assalamualaikum.

Seawal jam 3 pagi rasanya aku dikejutkan Fatin. Katanya lapar. Nak tambah nasi dalam perut. Hihi. Kelakar sangat bunyinya.

Apakan dayaku hanya termampu bangun jam 3.30. Terus kusendukkan nasi dan hidangkan pada minah tecik tu.

Pesan pada dia basuh tangan, baca doa makan dan makan. Ummi tggu Fatin kat sofa.

Lepas habis dia makan masuk semula dalam bilik nak tidur ofkos aku dah tak boleh tidur.

Sama la minah tu pun. Dok main game kat tablet pc dia tu.

Nak cerita tu je. Ok bye.

Khamis, 13 Disember 2012

Bateri oh bateri!

Assalamualaikum.

Guess what? Bateri kete mmg dah takleh cas. Arghhh. Tekanan perasaan betul la.

Hmmm....

Alhamdulillah. Inilah dugaan dariNya. Aku tabah dan sabar. Geram ada juga sebenarnya.

Yalah. Berulangkali pernah kutanya pada yg konon lagi pandai pasal kete pasal kete aku tu. Buat tak tahu saja. Sudahnya jadi macam ni. Siapa yg tak hangin?

Servis taklah frekuen sebab buat sekali setahun je. Sekali setahun pun bukannya seratus dua je. Cecah ribu. Haduiiii. Kena pandai rotate duit la. Main kutu sana sini boleh la buat pusing2.

So hari ni terperuk lagi la kat rumah. Cam hampagas je. Bencik ar!

Sabarlah hati ya. Sabar lagi ya. Bertabahlah. Kita anggap ujian ini adalah utk penyucian harta kita ke jalan yang lebih diredhai ya.

Alhamdulillah.

Wawwww!!

Assalamualaikum.

Alkisah semalam takleh lena. So jam 8 baru nak lelap. 

Kekonon nak update la tukar paswed fon. Mmg ada frekuen la utk tukar kan. Boleh sebelum tidur aku tukar. Bangun tidur tgk macam2 noti ada.

Panik jap. Puas cuba tak boleh last2 reset balik la. Adoi. Byk juga benda penting yg ada kat notes terdelete begitu sahaja. Syg la.

So ini pun buat baru. Blogger via phone pulak. Lain pula style gambarnya.

Hmmm... Apa yang aku waww kan kat atas tu? Hihi.

Ni la fon serba baru ni. Hihi. Baru reset ya. Fon tetap yg lama juga.

Ok sampai jumpa lagi ya.

Rabu, 12 Disember 2012

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum.

Ni dah masak berapa lama tak tau, baru nak post ceritanya. Hihi.

Alright. Aku sangat suka makan sifud, fyi la. Mmg sgt suka. Hmm. Favourite yang paling selalu aku masak adalah sotong, udang dan ketam.

So hari ni ada resepi sambal udang dengan petai ya.


Bahan2

3-4 papan petai
500g udang - dibersihkan
15 tangkai cili kering - dikisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1 cawan air

Cara memasak

1. Tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan air. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Masukkan sos tiram, garam, dan gula. Gaul sebati.
*Jika kuah pekat boleh masukkan lagi 1/2 cawan air.
4. Akhir sekali masukkan udang dan petai.
5. Masak selama 5 minit lagi dan boleh dihidangkan.

The Wedding Breaker

Assalamualaikum.

Hai kawan2. Apa khabar hari ni? Semoga sihat2 selalu ya.

Alhamdulillah hari ni terpanggil nak buat review novel TWB. Novel pertama aku buat review kot setelah berpuluh ke beratus yang aku baca. Hihi.


Ini adalah kerana, novel ini sangat mengingatkan kita kepadaNya. Tak banyak novel yang sebegini di masa  kini. Banyak yang lebih melalaikan dan membuat kita lupa siapa diri kita ni sewaktu membacanya.

Aku bukan cakap pasal korang. Aku cakap pasal diri aku. Suka berangan. Masuk dalam novel, berangan kita ni heroin. Kang tak pepasal kena hantam pulak. Hihi.

Dan kalau cara aku review ni salah atau tak layak dipanggil review, maafkanlah aku. Nanti aku belajar la pelan2 ya.

TWB ni pada aku sangat realistik. Ada juga unsur2 anganan tetapi tidak keterlaluan. Banyak pahala yang Evelyn Rose dapat jika ramai yang baca TWB ni tau.

Watak Adam atau TAK sangat bersahaja. Begitu juga dengan Ariana Rose. Tidak melebih2 dan keterlaluan dalam segalanya.

Tqvm, Eve. Memang lain dari yang lain.

Seeloknya Eve kekal buat novel begini, maksud aku yang mengekalkan peringatan kita sebagai hamba di dunia yang fana ini.

Kalau Eve ada nasihat yang tak boleh dinasihatkan pada kawan2 terus, elok masukkan sikit dalam novel.

Tapi, dalam aku yang baca tak baca banyak ni, aku rasa, ada juga sedikit sebanyak persamaan dengan beberapa cerita. Bukan aku nak kata Eve tiru atau sebaliknya, tapi itulah, kisah masyarakat kita ni tak berkisar pada benda lain, balik2 yang sama.

Walau macam mana pun memang Eve berjaya menjulang namanya dengan TWB. Memang terbaik pada aku tak tahulah orang lain.

Aku ni bukan pembeli dan pembaca novel yang tegar. Banyak juga buku yang ku pinjam saja. So memang kalah la pada pembaca dan pembeli tegar sekalian.

Risau review aku ni menyakitkan hati kawan2, tapi eloklah kita beringat siapa kita dalam membuat apa2 pun ya?

Assalamualaikum.

Ubat hati

Assalamualaikum.

Saja nak share kat sini. Khaz send thru wassep.

Kot2 ada yg cari, kan?

Ubat hati itu ada lima.

1. Baca Al Quran dan terjemahannya.
2. Solat malam - dirikanlah
3. Berkumpul dengan org alim
4. Puasa - perbanyakkanlah
5. Zikir malam - panjangkanlah

Inshaa Allah bermanfaat.

Assalamualaikum.


Selasa, 11 Disember 2012

Tak penting!

Memang akan kututup jua blog ni nanti.

Ada pun apa guna. Nak cakap apa pun tak boleh.

Sana tak peduli sini tak mengerti.

Arghhh!!!


Ahad, 9 Disember 2012

Manusia oh manusia!

Pelbagai cara kan manusia ni, nak sakitkan hati orang lain.

Terkadang mungkin aku juga begitu. Aku terasa seperti tiada apa2, hakikatnya aku dah melukakan hati org.

Maafkanlah aku. Bukan aku nak tunjuk baik. Mmg aku ni tak baik mana. Tak lepas dari membuat dosa.

Entri ni takde nak tuju siapa2. Jangan nak terasa pula ye.

Berulangkali dah macam ni. Nak buat macam mana aku tak serik.

Tak penting kan?

Cuma beringatlah lepas ni. Kalau boleh janganlah kuulang lagi.

Aku fikir macam tu. Rupanya tidak.

Assalamualaikum.

P/s: sbg kenangan gambar ni. Mlm ni Malaysia lwn Thailand untuk Piala Suzuki AFF


Nasi Lemak Sambal Ayam

Assalamualaikum.

Burppp. Alhamdulillah. Aku dah kenyang. Korang macam mana? Harap2 kenyang jugaklah.

Nasi lemak ni pun ada sejarahnya juga bagi diriku. Masa daku di tingkatan 4, kawan2 suruh aku jual nasi lemak. Sbb Kak Ana pandai masak dan sedap pula nasi lemak yg dia masak.

So aku pun planning dgn kak Na pada satu hari tu. Esok2nya seawal pagi kami pun menyediakannya. Kak Na masak la, aku lebih kepada persediaan bahan.

Semangkuk besar nasi lemak, ikan bilis,timun dan separuh telur rebus cuma seringgit. Setiap hari pasti habis. Hmm.. Seronok tau..

Itulah juga permulaan kakak aku berniaga makanan. Sampai sekarang. Seingat aku dah hampir 20 tahun la dia berniaga. Alhamdulillah ada rezeki untuk kakak sekeluarga dengn berniaga.

Tambahan pula kakak yg jaga mak sekarang. Lagilah murah rezeki beliau dan keluarga. InshaaAllah. Amin.

Bahan2
A - Nasi
3 pot beras
1 kotak santan segera
2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu teh garam
5 pot air (gunakan pot beras)

B - Lauk pauk (digoreng)
3 ketul ayam
2 potong dada ayam - dipotong kecil
Semangkuk kecil ikan bilis
4 biji telur

C - Sambal (dikisar)
15 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara memasak nasi.

Kena ajar ke? Hihi. Ok bg panduan sikit.

1. Masukkan santan, air, halia, daun pandan dan garam ke dalam periuk beras yg telah dibersihkan.
2. Gaul sekata menggunakan sudu dan masukkan ke dalam rice cooker.
3. Apabila masak, gunakan senduk untuk meratakan nasi dan tutup api rice cooker.

Cara membuat sambal.

1. Tumiskan kisaran bawang terlebih dahulu.
2. Apabila wangi bolehlah masukkan cili kisar dan masukkan secawan air.
3. Tunggu mendidih dan masukkan 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan sos tomato.
4. Sebatikan lagi dengan api sederhana.
5. Apabila sambal memekat masukkan sesudu teh garam. Gaul sekejap.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
7. Hidangkan.

Senang je kan? Try la. Gerenti sedap. Nak lebih umph bungkus dgn daun pisang. Lagi wangiii...


Sabtu, 8 Disember 2012

Sup ayam

Assalamualaikum.

Sup ayam ni sangat simple dan sedap dimakan. Simple sebab ada ubi yg jadi sayur, ada lauk dan ada kuah. Satu hidangan saja dah mencukupi ya.

Bahan2
3 ketul ayam - dibersihkan
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia
2 biji ubi kentang - dipotong lapan
1 biji lobak - dipotong dadu
Daun sup
Daun bawang
3 sudu makan minyak masak
3 sudu teh garam
1 liter air

Cara memasak
1. Tumiskan bawang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan halia. Gaulkan di atas api kecil sehingga ayam masak.
3. Masukkan lobak dan gaul sebati sebentar.
4. Masukkan air, garam dan ubi kentang sebelum digaul lagi.
5. Kuatkan api kepada sederhana.
6. Bila mendidih bolehlah masukkan daun sup dan daun bawang.
7. Sedia dihidangkan.


Aksi 2 beradik!

Assalamualaikum.

Semalam jam 10 baru teringat nak g beli lauk. Sementelah duduk Selangor-KL siang malam cam tak berapa beza kan. Aku nak p Kedai Ayamas di BSD. So kedai ayamas tutup jam 11. Still ada masa kan?

So kedai ayamas ni yg paling aku suka dah tentulah ayam segarnya. Mmg segar habis la. Walau harganya kadang2 sama macam kat luar. Tapi sbb kesegarannya makan mmg itu tempat utama beli ayam segar la.

Benda2 lain termasuk nuget2, ayam goreng segera dan banyak lagi.

Balik dari sopang serba sedikit tu kononnya nak masuk tidur awal. Kepala aku rasa cam samting wrong samwhere je.

Nak migrain ke hape? Terasa masa dalam keta waktu keluar tulah. So aku fikir punya fikir bila last aku makan, rupanya aku tak makan ptg dan malam lagi.

So bangun la p perangat air bancuh Vico sepeket dan makan dengan 2 keping wholegrain bread from gardenia. Serius mmg sedap roti tu. Ah.. Aku suka tauuu.

Sambil tggu air panas tu budak kecik berdua tu pun ikut aku keluar. Kata depa lapar la apa la. Padahal dah makan malam.

Aku gorengkan juga dua keping daging beger. Tanpa minyak ye. Minyaknye keluar sendiri dari daging tu.

Sambil nak tunggu masak tu macam2 la gayanya. Main iron board tu umpama apa ntah. Hihi

1. Gaya nak iron baju.

2. Jadi strecther. Bawak pesakit naik ambulan.

3. Jadi meja makan.

Kretip kan?




Jumaat, 7 Disember 2012

Peringatan dariNya!

Assalamualaikum.

Astaghfirullahalazim-Al lazilailaahaillah-hualhaiyyulqayyumwa-atubuilaikk.

Ya Allah sesungguhnya aku ini hambaMu yang berdosa Ya Allah.

Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku ini termasuk dalam golongan yang menzalimi diriku sendiri.

Aku berdosa. Ada silap aku agaknya di pagi Jumaat tadi. Aku tak pasti mana satu silap aku. Tapi aku menyesal.

Aku masak nasi, goreng ikan dan masak sayur. Entah mengapa masa potong sayur hatiku terdetik untuk masak separuh sahaja.

Siap goreng ikan,aku tumis taucu pula. Sambil tumis taucu tu sayur d masak. Cari mangkuk yg sesuai belum dibasuh pula.

Kubasuh mangkuk dan tiba-tiba, prangg. Aku terkejut dan menoleh, frying pan yg asalnya mngandungi sayur yg sudah masak tu di atas lantai. Bertaburan sayurannya jua. Beristighfar aku. Sesungguhnya sayur tersebut bukan rezeki kami sekeluarga hari ini.

Hatiku menangis. Begitulah janji Allah SWT. Kalau rezeki kita, yg kita tak nampak pun akan jadi milik kita.

Kalau bukan rezeki kita, sayur dah siap masak jatuh ke lantai jua. Hihi.

Mujurlah ada separuh lagi. Lantas ku ulang masak. Alhamdulillah. Dah selamat masuk perut.

Maka hari ini rasa nak kongsi resipi taucu yang simple tapi superb. Baru dua kali masak tapi mnjadi kegemaran anak2.

Bahan
4 ekor ikan selar (dibersihkan)
2 peket kecik taucu
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng ikan.

Cara memasak.
1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu makan minyak baki gorengan tadi.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
5. Masukkan tauchu dan air asam jawa.
6. Apabila mendidih bolehlah masukkan air serta bawang besar.
7. Tunggu mendidih sekali lagi masukkan cili merah dan ikan goreng sebelum ditutupkan api.
8. Sedia dihidangkan.

*yg kali pertama aku buat ikut resepi lain dan tambahkan sesudu teh garam. Hasilnya taucuku super masin. So kali ni garam hanya utk ikan sahaja. Tq.


Rabu, 5 Disember 2012

Surau tercantik!

Assalamualaikum...

Eh... Teritalik pulak. Tak sangka boleh. Haha. Nampak sangat tak reti. :-P

Ok. Setelah diwar2kan kehebatannya oleh kengkawan di fesbuk, aku pun g jugaklah tengok Space U8, TTDI Jaya. Sbg pengundi DUN Batu Tiga Shah Alam, malu la kan kalau tak p tengok.

Kata depa surau memang tercantik. Aku p dgn high expectation la kan. Kebetulan hari ni ada dua tiga urusan di Shah Alam. Otw balik tu singgah la.

First impression aku adalah setelah masuk basement parking. Sangat sangat... Hishhh tatau nak cakap la. Sedih ada kesian pun ya juga. Oops. Jgnlah marah. Ini pendapat aku. Bukan aku berlagak. Tapi mungkin sesetengah org dah terlebih meng'up' tempat ni.

Bila aku masuk je, dengan byk space to let la. Kedai yg ada pun sgt sgttt... Haihhh. Tak gamak aku la. Tertanya2 dalam hati... Inikah yang dikatakan hebat sgt tu? Di manakah hebatnya?

So sampai2 bawak anak2 makan dulu. Dah mengadu lapar. Masuk food court pun sedih gak. But... Its not that bad la. Cantik layoutnya. Selesa. Tapi yg meniaganya tak ramai. Nampak macam tak ramai customer juga. Kesian aku memikirkan peniaga2 tu. Sampai bila la boleh bertahan.

Pas makan kami ke surau. Alhamdulillah. Memang cantik. Memang boleh dapat anugerah surau tercantik. Bersih. Selesa.

Aku suka sangat keadaan macam tu. Ada air di sekeliling. Aku suka sangat. Sejuk je rasanya. Tenang je perasaan sebaik melangkah kaki masuk ke dalam surau muslimah tu.

Lepas solat masa utk balik la. Since takde tempat yg sesuai nak window shopping pun. Turun eskelator, nampak tong sampah penuh pulak. Hadoi. Sah takde pekerja utk jaga kebersihan. Kalau ada pun mungkin ofis hour.

Sayang la. Promosi kemain lagi. Macam nama la SPACE U8! Kemain gahnya. Tapi... Kalau setakat tong sampah penuh pun takde org selenggara... Alangkah ruginya...

Takkan nak harapkan nama the first Eco Mall di Malaysia dan mengharap kipaa besar je?

Fikir2kann....

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.




Younger us!

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada kesayangans. Baru atau lama semua aku sayang. Terbaru 'Makcik Anak Tiga', welkam babeh!

Takde idea nak ngapdet maka nak tepek gambar kawan2 masa depa lebih muda. Gambar2 ni aku retrieved masa kami rancak benar berbual kat wassep....

1. Khazran Nazim Bin Mohamed (Khaz)

Very dear to me la gambar dia ngan mak dia. Aku tak tau napa. Ada cam tacing terlebih. Khaz ni berasal dari Sg. Besar, Kuala Selangor. Anak lelaki pertama setelah 7 kakaknya perempuan. So memang kesayanganlah.

2. Nurul Badariah Binti A. Rahim (Kak Anne)

Gambar legend pegang gayung sejibik cam anak nombor dua dia.  Later la buat entri anak2 beranak ni pulak. Berasal dari Batu Kikir Jambatan Bosi.The youngest and the only girl and ofkoz the most manjest. Hihi.

3. Nur Masyhitah Binti Che Norddin (Masyhi)

Masyhi ni anak final year mama dia katanya. Hihi. Berasal dari KB, Kelantan. Dalam masa yg singkat jadi geng kami pula. Anak dia Abdullah Mus'ab sangat cute and chubby. Dan sangat iras juga ngan mummy dia terutama gambar Masyhi yg meniarap tu. Hihi.

4. Lee Poh Lin (Afrina Lee)

Afrina Lee ni sangat peramah dan not really converted. Hihi. Kami saja panggil dia Afrina pasal memang dia putih kemerah-merahan pun.  Org Negeri Sembilan cam kak Anne juga.Gambar beliau di balik pohon bunga ni mmg tak byk beza dgn sekarang pun.. Sama cute... Sama comelll!!!

5. Nur Hanani Binti Mohammad Isa (Hana)
Merupakan anak sulong. Lihatlah otot2 yg terserlah apabila cuba diberdirikan tu. Hihi. Mempunyai sejarah gemuk masa kecil jadi bapanya mengambil keputusan mengawal pemakanan beliau. Kawalan bapanya berjaya menadikannya ala2 Yuna sekarang. Hihi. Anak2nya sgt iras dirinya juga. Dia ni org KL jek. Happy go lucky selalu dan penghibur kami.

6. Aku
Anak ke 5 dari 7 beradik. Adik yg dinanti2 setelah abg Adi berusia 7 tahun. Lasak. Kuat nangis. Hihi. Ya udah. Kang makin banyak rahsia bukak.

Sorry la aku guna fon murah2. Takleh nak susun gambar. Semua kat bawah aje.

Tengkiu kesayangans. Nanti2 singgah lagi tau?

Jaga diri hiasi peribadi. Plis be safe always ok.

Assalamualaikum.







Pelik...

Assalamualaikum...

Semacamnya aku rasa hari ni.

Hmmm... Tak apelah. Bukan penting pun yg aku rasa.

Rasa nak tepek gambar aku pula hari ni.

Korang boleh tengok gambar aku, tapi aku? Tak tahu pun siapa yg singgah.

Terima kasih byk2 ya.

Assalamualaikum.


Selasa, 4 Disember 2012

Imaginasi lagi...

Assalamualaikum...

Malam ini sekali lagi aku melayan Rafiq. Hmm.. Byk betul permintaannya.

Malam ini dia nak tali pinggang. Coins utk bertukar (henshin), pengecas coins (bentuk bulat dgn pemegang) dan pedang.

Ok, mula2 ambil kertas A4 dan lakarkan kemudian tampal atas kad Tau kertas keras. Aku guna kadbod pelapik cadar baru.

Tggu kering baru gunting. Puas juga nak memikir cara nak buat tali pinggang tu elok je melekat.

Almaklum dah lama tak buat bemda2 ni. Tinggai lama dah karat pun tebaii... Hihi

Leg akhirnya siap juga. Tapi dia masih tak puas hati.

Hadoi. Nanti2lah ummi buat lagi.

Assalamualaikum.



Ahad, 2 Disember 2012

Sepetang bersama mak...

Assalamualaikum...

Bersiaran dari Wad 1 (Kardiologi) HUKM.

Sampai2 tadi masuk waktu Zohor. Terus pegi kat mak. Kot2 ada barang keperluan dia habis ke. Amik oder pastu terus ke surau.

Balik surau belikan pau kaya, sbb pagi tadi gula mak rendah jadi kena makan manis2 sikit. Aku belikan bubur nasi dan kacang tumbuk serta air. Kacang tumbuk tu aku yg punya hihi.

So sampai je atas ada adik kat kerusi. Bagi mak makan pau. Adik tu sibuk la tanya apasal air zamzam yg aku belikan tu mahal sangat? Bukan free ke air zamzam tu? Apasal rasa dia lain? Haha...

Ada2 aje adik tu. Aku cakap la. Air tu memang la free. Tapi org yg pergi Mekah kena naik kapal terbang. Naik kapal terbang kan kena beli tiket. Tiket tu kan untuk minyak kapal terbang.

Macam kelakar pun ada nak layan si bongsu ni. Aku kata lagi bayangkan kalau kita g sendiri ke Mekah untuk dapatkan air zamzam ni. Berapa agaknya kos ke sana ya? So adik rasa mana mahal dibandingkan dengan air yang kak Aida beli ni?

Sengeh je budak tu. Budak muda. Penuh dengan provokasi je.

Lepas mak makan, aku pun tarik langsir untuk lap2 badan mak dan bg mak berus gigi. Adik pulak baring atas lantai dengan lapik kain batik mak. Sekejap je dah dengkur. Org keje shift malam, macam tu lah.

Ni adik dah balik. Takut hujan katanya sementelah dtg naik motorsikal je.

Aku dok teman mak. Mak mengantuk tapi takleh bersandar dan tidur. Terbatuk2.

Sekarang ni mak duduk utk sambung makan bubur. Makan utk naikkan balik glukos. Dengar2 esok mak buleh balik dah. Syukur sgt2. Alhamdulillah.

Aku pun dah ngantuk ni. Baring jap la sebelah mak.

Ok kesayangans. Jaga diri and be safe always, ok.

Assalamualaikum.


Sabtu, 1 Disember 2012

Ketam Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

4 ekor ketam saiz kecil di pasar malam berharga RM19???

Pitam kejappp.

Apesal mahal sangattt???

Memikirkan takde apa yg murah aku bayar la juga. Hihi.

Okes. Malam ni rajin nak boh resepi. Maaflah korang terpaksa dengar aku bebel sebelum dapat resepinya. ;-)

Bahan A
4 ekor ketam - dibersihkan
Sekotak kecil santan segera
Sebiji tomato dibelah 4
2 helai daun kunyit dihiris
4 sudu makan minyak masak
3-4 sudu teh garam
2 cawan air

Bahan B (dikisar)
4 cm halia
4 cm kunyit hidup (boleh ganti dengan 2 sudu teh serbuk kunyit)
3 btg serai
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 biji cili merah
10 biji cili api (suka pedas tambah lg)
Secawan air

Cara menyediakan.
1. Tumis bahan kisar dalam periuk sehingga wangi.
2. Masukkan ketam dan sebatikan dengan bahan tumis tadi.
3. Apabila ketam sudah bertukar warna, masukkan santan kotak dan gaul perlahan dengan api sederhana.
4. Apabila mula mendidih, masukkan air dan garam. Gaul lagi sehingga menggelegak.
5. Masukkan tomato dan hirisan daun kunyit.
6. Sedia dihidangkan.

Tingggg! Siap!!!

Konon ting. Makan jam juga nak siap tadi. Hihi.

Ada sejarah kisah ketam lemak cili api ni. Antara memori aku dengan mak dan arwah abah la. Sebelum arwah abah kena strok, aku sempat masak lauk ni. Dan arwah abah makan dengan begitu selera sekali.

Antara kenangan terindah. Takkan dapat kulupakan wajah yang paling kusayang itu kepuasan menikmati hidangan kegemaran.

Waktu tu mak kuat lagi. Teman aku g pasar basah klang jam 3 pagi. Waktu peraih hantar ikan kat penjual. Dapatlah ketam segar dan murah.

Hmmm.. Mak pun dah tak boleh jalan sekarang. T_T. Dah mula nak hujan ni. Chow dulu lah.

Jumpa lagi kesayangans.

Assalamualaikum.


Bubbles lagi!

Assalamualaikum...

Ptg tadi anak2 spend masa kat depan umah sambil main tiup bubbles.

Lama dah tak main. Memang jenis macam tu. Lama2 sekali baru main pula.

Mmg dekat blog ni dh byk kali rasanya entri bubbles ni. Tak ingat blog ni atau blog lama.

Hmm.. Jap lagi ada entri main masak2 plak.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.


Dunia anganan Rafiq!

Assalamualaikum...

Hmm.. Petang tadi ke pasar malam beli lauk sikit. Kot la boleh murah sikit. Jadi la kan. Selalu beli kat supermarket adoi terasa kemahalannya. Rupanya kat pasar malam pun mahal juga. Hihi. Bezanya kesegaran yg lebih la. Hihi.

Ni nak cerita pasal Rafiq sebenarnya. Tersasar cerita pasar pula. Malam ni ada cerita spiderman kat tv. Sambil tengok Rafiq dok berangan la macam2.

Setengah cerita Rafiq minta A4 paper nak buat drawing katanya. Aku tak p amikkan pun. Org tgh berangan jadi Mary Jane waktu tu.. Hihi...

Dan dia pi amik sendiri dan ambil beberapa batang pensil warna. Sempat juga siap dua lukisan.

Boleh tahan kuat juga imaginasi Rafiq ni. Hihi.

Ya udah. Mau selip. Sampai jumpa lagi kesayangan.

Assalamualaikum.



Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails