Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 19 Mac 2014

Sengih terlebih.

Mode selfie. Bila nampak muka dia terus ketawa. Over betuiiii. Ciom kanggg!

Selasa, 18 Mac 2014

Zikir hari Selasa

Pray for MH370 by 9 years old students

Assalamualaikum.

Semangat anak2 murid kesayangan hari ini. Buat tulisan ucapan kepada pesawat yang hilang.

Siap melukis2. Semangat sungguh siap ulang2 datang tanya nak buat apa, yang macam ni ok ke dan macam2 lagi.

Kelakar. Tapi layankan aje la. Hihi.

Jom tengok gambar2 lukisan depa. Yang last sekali paling ngeri. Siap ada shark tengah tunggu. Hihi.

Isnin, 17 Mac 2014

Budak manja

Assalamualaikum.

Kenapa adik buli ummi? Langsung tak boleh buat apa dah ni. Asyik kena kepit, kilik dan belek adik saja.

Ni ummi cuba letak adik atas sofa pun adik nangis kuat2. Adik nak ummi je. Kenapa dik? Adik takut ke?

Manja terlebihla sayang ummi ni. Kesian abg kakak ummi tak boleh nak tengok sangat.

Nak tengok gambar adik nangis? Ni ha...

Sabtu, 15 Mac 2014

Perkara yang tidak sepatutnya...

Assalamualaikum.

Agak tension juga aku memikirkan apa yang berlaku masa mesyurat PIBG tadi. Tapi buat apa la aku nak fikir2 sangat. Buat tak tahu sudah la. Hihi.

Susah sebenarnya jadi bos ni. Mesti ada orang bawahan yang tak puas hati punya. Hihi. Akulah tu. Sebagai kuli, mesti ada yg tak puas hati. Pantun dua kerat di situ. Hihi.

Mau taknya. Sebut perkara tak sepatutnya. Produktif la. Aktif waktu malam la.

Kan ada juga budak2 yang hadir? Apa tak malu ke?

Kot kalau pun kau 'kuat' sangat takkan nak bagitahu semua orang?

Cet poddah.

Dah. Legaaaaaa.

Now tengok gambar Firuz.

Bawak dia tadi sebab tugas aku dah siap. Lepak makmal komputer je la sebab panas. Sian adik.

Jumaat, 14 Mac 2014

Mesyuarat Pibg

Memerut!

Sian adik sakit perut.

Pun ummi nak amik gambar.

Hihi.

Khamis, 13 Mac 2014

Gambar menyayat hati... T_T

Hari itu...

Assalamulaikum.

Berikut kulampirkan gambar2 yang sempat dirakamkan pada hari adik kesayanganku meninggal dunia.

Terima kasih kepada rakan2 sekerja yang bergegas datang. Terharu.

Selasa, 11 Mac 2014

Oh pelis la.

Hihi. Udah macam blog luahan perasaan pula. Ye lah. Nak bercerita hal lain, tak berapa ada mood pula.

Inilah yang buat aku menyampah bila ada group wassep ramai2. Tak terkawal.

Kadang bercakap macam tak tahu hukum agama pun ada juga. Ish ish ish. Oh well. Orang yang macam tu tak boleh ditegur. Jadi aku delete je la conversation depa.

Nak tahu kenapa tak boleh tegur?

Nanti dikatanya kita berlagak alim. Status merata2 fb insta twitter memaki hamun orang yg tegur dia. So biarlah saja ya.

Meh nak kongsi salin tampal dari wassep. Yg mencetus kemarahan sampai tak boleh terima hukum hakam Allah. Hihi. Harap korang tak marah aku juga ya.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Bagaimana anda menahannya?

Assalamualaikum.

Pelik ke tak pelik. Kalau sebelum ini punyalah ramah tamah. Sampai tak cukup ruang nak komen. Tiba2 satu ayat pun tak ada.

Bagaimana kau lakukan semua itu?

Dapat menahan gejolak perasaan.

Dari bertegur sapa.

Sebab kau berdiam diri, maka aku pun sudah tidak mahu lagi seperti dulu.

Maka. Pudarlah sudah persahabatan kita. Kerana kau sudah berjanji tidak akan baik semula.

Alhamdulillah. Ya. Aku bersalah. Lega kerana kau sudah maafkan aku. Tetapi kau tidak mahu lupakan hal itu dan berlagak biasa.

Terima kasih di atas segala2nya. Kenangan yang banyak itu pasti kau tidak mahu kenang lagi kan?

Biarlah masuk muzium sejarah di hati aku saja.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Isnin, 10 Mac 2014

Untunglah...

Untunglah mak ada di sekolah yang sama. So dapat sediakan yang Fatin perlukan. Hihi.

Ahad, 9 Mac 2014

Peringatan semasa berjaga.

Ya. Selalunya yang aku dapat semasa aku tidur. Tapi tidak kali ini. Datangnya ketika aku masih berjaga.

Sakit zaman kanak2 dan zaman remaja aku kembali semalam. Chest pain. Dah pernah check up end up tiada apa2 kata tuan dokter.

Selama ini aku kuat rupanya. Mungkin juga kerana faktor usia. Tidak tertanggung lagi bila disempitkan dadaku.

Air mata mengalir tanpa aku sedari dek kerana menahan kesakitan itu.

Ya. Segera aku mengingati mati.

Jika sakitku ini cuma sakit biasa. Bagaimana pula keadaannya bila nyawaku hendak dicabut Izrail nanti?

Wallahua'lam. Semoga aku akan memperolehi husnul khotimah. Amin.

#gambar hiasan Fatin dan Firuz petang tadi. Hari ini gempar dengan kisah kehilangan pesawat MH370. Alfatihah untuk mangsa. Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa tabah dengan ujian ini. Amin.

Jumaat, 7 Mac 2014

Demam campak pula. :'(

Assalamualaikum.

Dah masuk hari kedua dah ni. Kisahnya masa nak tukarkan lampin pakai buang semalam. Ternampak seumpama ruam yang agak tebal di perutnya.

Tidak berlengah lagi segera ke klinik. Doktor sahkan kena demam campak. Ajaibnya dia tak demam. Sebab baru baik demam panas kan.

Campaknya yang halus. Malam tadi tak berapa keluar sangat lagi. Doktor nasihat suruh bagi makan yogurt. Hmm. Teringat masa mengandungkan Firuz pula. Asyik makan yogurt sebab nak kurangkan loya. Hihi.

Lagi pesan doktor... Banyakkan bagi susu. Tidur di bilik yang sejuk dan kena selalu lap badan dia dengan kain basah.

Sebab dia tak demam, hari ini aku pergi kerja.
Tak sampai masa aku balik pengasuh dah telefon. Firuz dah meragam tak mahu duduk. Jadi kenalah balik awal. Biasanya Jumaat kami lepak kat sekolah sebab Fatin Rafiq akan jadi malas nak pergi kalau balik rumah dahulu.

Memang dah agak penuh yang keluarnya. Alhamdulillah dia tak demam. Cuma mungkin tak sedap badan dan tak selesa je la.

Baik. Takleh nak karang panjang2. Sebab entri ni dah tertangguh lama. Jadi mood sudah kurenggg. Hihi.

Maafkan salah silap aku ya. Assalamualaikum.

Rabu, 5 Mac 2014

Jangan cari aku lagi.

Assalamualaikum.

Hihi. Bukan korang. Cuma teringat seorang kawan yang wassep bagitau kawan perempuan dia dah tinggalkan dia. Block di fb waima wassep jua.

So dia share dgn aku gambar yang sesuai. Hihi. Memang lawak. Share ngan aku kenapa pula. Nak luah perasaan kot. Takpelah.

Mestilah orang bosan dengan kau. Hidup kau kan TIADA PERKEMBANGAN. Sama je dari dulu sampai sekarang.

So kepada orang yang berkenaan, walau aku tau dia tak baca blog aku ini... Tak payahlah cari lagi orang yang kita kata membosankan serta tiada perkembangan itu.

Macam la hidup kau berkembang sangat. Kau masih lagi terperuk di situ kan? Tak berani nak tinggal lagi ruang 'selesa' kau kan? Blah la woi.

Now aku pulak yang tolong marah. Haha. Lawak. Kawan aku ni berkawan dengan seorang gadis. Gadis ni sangat sosial la. So macam depa nak kapel tapi perempuan itu sangat ego. So tak jadi. Dan perempuan itu suruh block segala. Tu yang dia tunjuk gambar tu katanya paling sesuai tujukat kawan di tu la.

Gambar apa?

Gambar ni...

Selasa, 4 Mac 2014

Kek pandan hangus!

Alkisah masa buat ni aku guna pengukus. Ada lagi dalam 20 minit tapi dah tak tertahan mengantuk. Aku tertidur. Sudahnya lepas sejam baru sedar! Hangit satu rumah!

Kering air kukusan. Cair bekas kek. Tapi kek tak hangit pula. Lembut sedap juga. Hihi.

Udah satu keroje nak bersihkan periuk kukus tu pulakkk.

So lepas ni kena pastikan aku fit utk tunggu kek masak.

Hari tu aku teringin kek. Nak keluar beli dah tengah malam. Jadi aku buat je lah. Alhamdulillah tak jadi apa2. So kawan2, sila ambil iktibar jua ya.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Nasi goreng sardin

Bahan

4 cawan nasi sejuk (dileraikan dan digaul dengan sedikit garam)
1 tin sardin (saya selalu guna jenama King Cup Mackerel)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan air
1 sudu makan sos cili
1 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
Kicap manis secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan cili kisar, tumis sekejap dan masukkan air.
4. Kemudian masukkan sos. Gaul sekejap dan masukkan pula sardin.
5. Hancurkan isi sardin dan bolehlah dimasukkan nasi. Gaul sehingga rata.
6. Apabila telah rata, ketepikan nasi dan masukkan telur ditengah kuali. Biar sekejap sehingga 3/4 masak barulah digaul rata.
7. Tuangkan kicap manis secukup rasa.
8. Sedia dihidangkan.

*nak lebih mudah, guna baki lauk sardin semalam. Jadi tinggal masukkan nasi dan telur sahaja. Senang. Cepat. Dan yang paling penting... Sedap!

Masih demam..

Cepat sembuh intan payung. Tak tahan ummi melihat adik demam lama2!

Isnin, 3 Mac 2014

Pecah hati lagi.

Assalamualaikum.

Kali ini kerana si manja yang kecil demam. Tengok dia lemah lesu tak berdaya, buat aku rasa macam nak ganti je tempat dia.

Cepat sembuh ya dik Firuz. Amin.

Mau taknya. Hari Jumaat dah duduk sampai petang dengan pengasuh. Petang sepetangnya. Sampai 6.30 petang. Sure adik rindu ummi sangat kan. Selalunya paling lewat pun jam 4 dah jumpa ummi.

Lepas ambil adik, terus ke Padang Jawa. Kena teman Tok Peah pula. Kesian kat tok, sejak paksu takde mesti sunyi hari2nya teman berbual, teman bergaduh dah takde.

Hari Sabtu adik ikut ummi pergi kerja stadium. Adik penat tak dapat baring dengan sempurna. Balik dari stadium dapatlah adik mengempeng dengan ummi selama 2 jam, kemudian ummi sibuk menyiapkan persediaan untuk tahlil paksu.

Malam Ahad tu adik tak boleh tidur. Ummi bawa adik masuk bilik Tok. Adik sangat mesra dengan Tok. Nak baring2. Tangan adik menggapai nak capai dan rengau muka tok. Akhirnya adik dan ummi tidur dengan tok.

Pagi Ahad ummi bangun awal. Tolong clear pinggan dan buat sarapan. Abg kakak adik dah lapar ummi buat nasi goreng sardin. Ummi tak baring dengan adik lama2 pun. Macam selalu ummi buat. Lepas itu ummi kemas rumah tok. Ummi mandikan dan persiap tok.

Lepas siap semua barulah kita derak dari Padang Jawa. Cuaca sangat panas. Kesian adik.

Sampai rumah ummi terus paksa abg kakak siapkan homework. Adik ummi pegang tapi tak baring2 lagi. Malam tadi adik tidur awal tapi ummi tak teman adik jua. Sibuk menyiapkan beg dan buku2 abg kakak.

Panjang sungguh perjalanan hujung minggu kita. Ummi tahu adik rindukan ummi. Nak manja dan nak golek2 dengan ummi.

Pagi tadi ummi mengurus abang kakak kat sekolah Firuz terpaksa ikut jua. Lambatnya adik boleh rehat.

Takpe dik. Hari ini ummi cuti teman adik kat rumah. Semoga cepat sembuh manja ummi, sayang intan payung ummi ni....

Kepatahan kehatian

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan2? Harap semua sihat ya. Aku di sini setakat ini sihat. Walau tekak sakit, macam nak demam, harap2 tak demam la ye. Firuz dah ada simptom nak demam. Dah minum ubat jadi panasnya hilang. So esok aku tak mau g bertugas kat stadium sebab nak pastikan dia minum susu secukupnya.

Nak cerita kepatahan kehatian ni. Nak cerita perihal dua orang kawan aku. A dan B. A ini sentiasa pos mengeluh tentang sesuatu di FB. Dan B pula, secara tak sengaja telah melukakan perasaanku.

Kita pergi satu persatu. Kupas senipisnya dan kulitnya tidak putus ya.

A
Pada pendapat aku dia nak meluahkan perasaan dia. Tapi dia tak berani nak berhadapan. Entah2 bila berhadapan, dia pura2 seperti tiada apa2. Hihi. Siapa tahu. Dan sebenarnya, sikapnya yang 'konon' dah memaafkan tetapi tetap merungut tentang perkara sama setiap kali... Membuatkan aku terfikir, kalau benar sudah memaafkan, kenapa asyik diulang? Tak perlu nak kupas lebih lagi. Tapi aku rasa kalau dia fikir lain sedikit dari cara dia fikir sekarang, pasti dia menyesal dengan perbuatannya yang disengajakan itu. Tett. Plis jangan nak terasa ya. Saya cakap hal orang lain. Dia tak tahu pun saya ada blog ni tau. Hihi.

B
Kawan secara tidak sengaja. Tetapi menjadi rapat. Dengan satu panggilan, berjaya melukakan hati kentalku. Kental konon. :-P Dia hanya bergurau. Tetapi pada aku itu sindiran. Saya sangat terasa. Terasa seperti dihina. Dan... Saya telah memaafkan. Cuma... Mungkin akan mendiamkan diri saja.

******

Tak baik jika kita mengungkit kebaikan yang kita buat. Seperti kita tidak ikhlaskan semuanya kerana Allah. Tetapi.. Kita sebagai kawan, kenanglah yang baik2. Kenangkan kebaikan yang telah kawan kita lakukan untuk kita. Kenanglah yang baik2. Takkan kerana satu kesilapan maka kita nak musnahkan persahabatan yang terjalin erat sekian lama.

******

Pada kesempatan ini, sekali lagi aku nak mohon ampun dan maaf atas segala salah silap aku. Mungkin Allah hantar kawan B sebagai peringatan untuk aku. Mungkin aku juga sering menyakiti hati sahabatku di dalam gurauanku. Maafkan diriku.

Assalamualaikum.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails