Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 15 Disember 2012

Plastisin

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini lebih baik dari semalam.

Pagi2 dapat bantuan dari rakan sekerja, adik Hana. Mai jemput kat umah. Tq ling. Lain kali tolong lagi ye. Hihi.

Tengahari pengsan sekejap. Eh. Ke lama aku pengsan tadi. Almaklum. Jam 3.30 dah bangun pastu tak lena dah.

Petang rasa nak p bawak anak2 p window shopping. Siap pesan dari rumah, ummi gaji minggu depan. Jadi hari ni kita tak beli apa2 tau.

Mendengarkan pesanku itu Rafiq bertekad bawak bekas duit syiling. Sanggup dia usung sendiri. Yalah, mesti dia akan teringin nak beli jugakan...

So kami survey beg utk skolah agama fatin. Terlupa nak beli hari tu. Dan juga pensil warna yg sesuai.

Kat tempat pensil warna tulah depa jumpa plastisin dan masing2 berkehendakkan yg sama. So beli guna duit syiling yg Rafiq bawa tu. Guess what, cukup duit tu. Berbaki dalam 50 sen. Hihi.

Pastu g Popular pulak. Survey kamus utk Fatin. Penting kamus ni utk belajar bahasa inggeris. Aku dulu belajar guna kamus juga.

Pastu g makan kat food court dan sebelum balik belikan kuih yg depa suka makan.

Depa tu sebenarnya dah tak sabar nak balik sebab...  Nak main plastisin tu... Hihi.

Ya udah. Sampai jumpa lagi ya.

Jaga diri hiasi peribadi.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails