Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 1 Disember 2012

Ketam Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

4 ekor ketam saiz kecil di pasar malam berharga RM19???

Pitam kejappp.

Apesal mahal sangattt???

Memikirkan takde apa yg murah aku bayar la juga. Hihi.

Okes. Malam ni rajin nak boh resepi. Maaflah korang terpaksa dengar aku bebel sebelum dapat resepinya. ;-)

Bahan A
4 ekor ketam - dibersihkan
Sekotak kecil santan segera
Sebiji tomato dibelah 4
2 helai daun kunyit dihiris
4 sudu makan minyak masak
3-4 sudu teh garam
2 cawan air

Bahan B (dikisar)
4 cm halia
4 cm kunyit hidup (boleh ganti dengan 2 sudu teh serbuk kunyit)
3 btg serai
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 biji cili merah
10 biji cili api (suka pedas tambah lg)
Secawan air

Cara menyediakan.
1. Tumis bahan kisar dalam periuk sehingga wangi.
2. Masukkan ketam dan sebatikan dengan bahan tumis tadi.
3. Apabila ketam sudah bertukar warna, masukkan santan kotak dan gaul perlahan dengan api sederhana.
4. Apabila mula mendidih, masukkan air dan garam. Gaul lagi sehingga menggelegak.
5. Masukkan tomato dan hirisan daun kunyit.
6. Sedia dihidangkan.

Tingggg! Siap!!!

Konon ting. Makan jam juga nak siap tadi. Hihi.

Ada sejarah kisah ketam lemak cili api ni. Antara memori aku dengan mak dan arwah abah la. Sebelum arwah abah kena strok, aku sempat masak lauk ni. Dan arwah abah makan dengan begitu selera sekali.

Antara kenangan terindah. Takkan dapat kulupakan wajah yang paling kusayang itu kepuasan menikmati hidangan kegemaran.

Waktu tu mak kuat lagi. Teman aku g pasar basah klang jam 3 pagi. Waktu peraih hantar ikan kat penjual. Dapatlah ketam segar dan murah.

Hmmm.. Mak pun dah tak boleh jalan sekarang. T_T. Dah mula nak hujan ni. Chow dulu lah.

Jumpa lagi kesayangans.

Assalamualaikum.


2 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

klu beli kat luar belum tentu dpt harga macam sesedap mcm kat gambo tu tau.....

Aida Omer berkata...

Ye, takkan dapat yang macam buat sendiri. Hmmm... daap dap.... hihi...

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails