Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 2 Disember 2012

Sepetang bersama mak...

Assalamualaikum...

Bersiaran dari Wad 1 (Kardiologi) HUKM.

Sampai2 tadi masuk waktu Zohor. Terus pegi kat mak. Kot2 ada barang keperluan dia habis ke. Amik oder pastu terus ke surau.

Balik surau belikan pau kaya, sbb pagi tadi gula mak rendah jadi kena makan manis2 sikit. Aku belikan bubur nasi dan kacang tumbuk serta air. Kacang tumbuk tu aku yg punya hihi.

So sampai je atas ada adik kat kerusi. Bagi mak makan pau. Adik tu sibuk la tanya apasal air zamzam yg aku belikan tu mahal sangat? Bukan free ke air zamzam tu? Apasal rasa dia lain? Haha...

Ada2 aje adik tu. Aku cakap la. Air tu memang la free. Tapi org yg pergi Mekah kena naik kapal terbang. Naik kapal terbang kan kena beli tiket. Tiket tu kan untuk minyak kapal terbang.

Macam kelakar pun ada nak layan si bongsu ni. Aku kata lagi bayangkan kalau kita g sendiri ke Mekah untuk dapatkan air zamzam ni. Berapa agaknya kos ke sana ya? So adik rasa mana mahal dibandingkan dengan air yang kak Aida beli ni?

Sengeh je budak tu. Budak muda. Penuh dengan provokasi je.

Lepas mak makan, aku pun tarik langsir untuk lap2 badan mak dan bg mak berus gigi. Adik pulak baring atas lantai dengan lapik kain batik mak. Sekejap je dah dengkur. Org keje shift malam, macam tu lah.

Ni adik dah balik. Takut hujan katanya sementelah dtg naik motorsikal je.

Aku dok teman mak. Mak mengantuk tapi takleh bersandar dan tidur. Terbatuk2.

Sekarang ni mak duduk utk sambung makan bubur. Makan utk naikkan balik glukos. Dengar2 esok mak buleh balik dah. Syukur sgt2. Alhamdulillah.

Aku pun dah ngantuk ni. Baring jap la sebelah mak.

Ok kesayangans. Jaga diri and be safe always, ok.

Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails