Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 9 Disember 2012

Nasi Lemak Sambal Ayam

Assalamualaikum.

Burppp. Alhamdulillah. Aku dah kenyang. Korang macam mana? Harap2 kenyang jugaklah.

Nasi lemak ni pun ada sejarahnya juga bagi diriku. Masa daku di tingkatan 4, kawan2 suruh aku jual nasi lemak. Sbb Kak Ana pandai masak dan sedap pula nasi lemak yg dia masak.

So aku pun planning dgn kak Na pada satu hari tu. Esok2nya seawal pagi kami pun menyediakannya. Kak Na masak la, aku lebih kepada persediaan bahan.

Semangkuk besar nasi lemak, ikan bilis,timun dan separuh telur rebus cuma seringgit. Setiap hari pasti habis. Hmm.. Seronok tau..

Itulah juga permulaan kakak aku berniaga makanan. Sampai sekarang. Seingat aku dah hampir 20 tahun la dia berniaga. Alhamdulillah ada rezeki untuk kakak sekeluarga dengn berniaga.

Tambahan pula kakak yg jaga mak sekarang. Lagilah murah rezeki beliau dan keluarga. InshaaAllah. Amin.

Bahan2
A - Nasi
3 pot beras
1 kotak santan segera
2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan - disimpul
1 sudu teh garam
5 pot air (gunakan pot beras)

B - Lauk pauk (digoreng)
3 ketul ayam
2 potong dada ayam - dipotong kecil
Semangkuk kecil ikan bilis
4 biji telur

C - Sambal (dikisar)
15 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar

Cara memasak nasi.

Kena ajar ke? Hihi. Ok bg panduan sikit.

1. Masukkan santan, air, halia, daun pandan dan garam ke dalam periuk beras yg telah dibersihkan.
2. Gaul sekata menggunakan sudu dan masukkan ke dalam rice cooker.
3. Apabila masak, gunakan senduk untuk meratakan nasi dan tutup api rice cooker.

Cara membuat sambal.

1. Tumiskan kisaran bawang terlebih dahulu.
2. Apabila wangi bolehlah masukkan cili kisar dan masukkan secawan air.
3. Tunggu mendidih dan masukkan 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan sos tomato.
4. Sebatikan lagi dengan api sederhana.
5. Apabila sambal memekat masukkan sesudu teh garam. Gaul sekejap.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
7. Hidangkan.

Senang je kan? Try la. Gerenti sedap. Nak lebih umph bungkus dgn daun pisang. Lagi wangiii...


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails