Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 12 Disember 2012

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum.

Ni dah masak berapa lama tak tau, baru nak post ceritanya. Hihi.

Alright. Aku sangat suka makan sifud, fyi la. Mmg sgt suka. Hmm. Favourite yang paling selalu aku masak adalah sotong, udang dan ketam.

So hari ni ada resepi sambal udang dengan petai ya.


Bahan2

3-4 papan petai
500g udang - dibersihkan
15 tangkai cili kering - dikisar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1 cawan air

Cara memasak

1. Tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan air. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Masukkan sos tiram, garam, dan gula. Gaul sebati.
*Jika kuah pekat boleh masukkan lagi 1/2 cawan air.
4. Akhir sekali masukkan udang dan petai.
5. Masak selama 5 minit lagi dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails