Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 8 Disember 2012

Sup ayam

Assalamualaikum.

Sup ayam ni sangat simple dan sedap dimakan. Simple sebab ada ubi yg jadi sayur, ada lauk dan ada kuah. Satu hidangan saja dah mencukupi ya.

Bahan2
3 ketul ayam - dibersihkan
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia
2 biji ubi kentang - dipotong lapan
1 biji lobak - dipotong dadu
Daun sup
Daun bawang
3 sudu makan minyak masak
3 sudu teh garam
1 liter air

Cara memasak
1. Tumiskan bawang sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan halia. Gaulkan di atas api kecil sehingga ayam masak.
3. Masukkan lobak dan gaul sebati sebentar.
4. Masukkan air, garam dan ubi kentang sebelum digaul lagi.
5. Kuatkan api kepada sederhana.
6. Bila mendidih bolehlah masukkan daun sup dan daun bawang.
7. Sedia dihidangkan.


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails