Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 17 Jun 2013

Mengidam durian.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setakat ini aku takde mengidam atau teringin yang bukan2. Hihi. Almaklum negara kita ni mewah serba serbi. Cuma poket kita je kurang tebal. Hihi.

Tapi penyakit teringin ni terjadi pada anak2 pula. Lepas satu, satu yang lain pula menjadi idaman.

Malam ni Rafiq tiba2 minta nak makan durian pula. Aku ni dah tak larat sangat sebenarnya. Almaklum jadual hari Isnin padat. Pinggang memang rasa macam dah nak tercabut.

Nak tak nak aku bersiap ala kadar. Dengan tshirt rumah, skirt, tudung. Niatnya nak capai kemeja lengan panjang buat cover lengan. Belum sempat nak ambil dah ditegur Rafiq. "Kenapa ummi pakai baju ketiak?". Sebenarnya tak nampak pun ketiaknya. Cuma lengan pendek.

Senyum je aku. Sambil berkata dalam hati semoga apa yang dia tegur aku ni, dia ingat dan jadikan panduan dalam hidupnya kelak.

Dengan jalan ala penguin. Perlahan2 menuruni tangga. Penat. Mengah. Tercungap2. Keluar jugalah demi anak2 tersayang.Tapi belum rezeki kami lagi nak makan durian malam ni. Gerai yg jual tu tutup.

Kecewanya Rafiq. Membebel sepanjang perjalanan pulang. "Nak makan durian, tak dapat!" bebelnya tak berhenti. "Nanti ummi panjat pokok durian, ok mi?" dan macam2 lagilah.

Dah sampai parkir, aku nak bangun pun susah. Amik masa. Pinggang macam tak ada je rasanya. Pastu pula kena jalan sikit sebab agak jauh. Panjat tangga lagi. Fuhhhh.... Dalam tak larat tu rasa gagah la jugak. Hihi. Ferasan.

Sambil naik tangga dengar Rafiq bebel lagi "Dahlah esok Rafiq sorang yang sekolah, bila nak cari durian!". Hihi.

Dia sangat jeles sebenarnya. Fatin dah satu tempat dgn aku. Dia bosan sbb sorang2. Sian adik. Tak lama dah dik. Tahun depan je pun.

Ya udah. Badan udah sejuk. Now its time to sleep. Bismikallah humma ahya wa amutu. Amin.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails