Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 24 Julai 2015

Doa kakak buat adik

Assalamualaikum.

Hari ini nak cerita hal adik beradik. Memang adik beradik ni satu mak satu ayah tapi macam2 perangainya. Macam2 kerenahnya. Warna warni. Itulah namanya adik beradik.

Nama adik beradik ketika masih kecil bersama keluarga. Melalui pengalaman2 indah bersama. Susah payah. Suka duka. Segalanya.

Dan sebagai kakak, sudah pasti segalanya ingin yang terbaik untuk adiknya.

Cemburu?

Pasti ada juga kerana kita hanya manusia biasa. Tapi cemburu seorang kakak tidak akan sampai hendak merosakkan adiknya.

Jangan hanya memandang sesuatu secara tidak sihat. Setiap satu perkara itu ada hikmah. Sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kakak ada kekurangan, pasti dia mahu adiknya tidak sepertinya. Ya. Aku dulu seperti itu.

Aku bersusah payah belajar sesuatu tapi untuk adik2, aku akan pastikan mereka dibantu dan dapat mencapai sesuatu tanpa melalui pengalaman buruk aku. Contohnya aku belajar naik basikal sendiri. Jatuh bangun sampai luka2 kaki. Bila giliran adik2 aku pula belajar, aku pastikan mereka tidak jatuh. Ku pimpin dan sentiasa bersedia menyambut jika mereka terjatuh.

Yang paling banyak aku backing dah tentu adik yang beza setahun, sebab rapat. Masa dia darjah satu kena buli payubg kena curi akulah yang menjadi tukang marah pembuli tu. Masa aku dapat upsr kurang 1 A aku sentiasa doakan adik aku supaya dapat semua A. Siap bernazar akan puasa seminggu berturut2 kalau dia berjaya.

Alhamdulillah kedua2 dah terlaksana.

Sesiapa pun tidak pernah tahu tentang hal ini termasuk arwah mak. Hari ini baru aku nak catatkan dalam blog ini. Sekurang2nya jika ada yang nak merujuk tentang hal adik beradik, jika bersengketa kerana berlainan pendapat, lebih2 lagi bila masing2 telah dewasa, bawa-bawalah istighfar dan mengucap. Ingat Allah.

Siapa tahu betapa adik beradik kita atau orang yang kita tak suka atau tak setuju sangat tu sentiasa doakan kita. Siapa tahu nikmat yang kita perolehi hari ini kerana mmkbulnya doa orang yang kita tidak suka sangat tu. Jadi bersangka baik sentiasa, cubalah berlapang dada dan ingatlah, adik beradik adalah sama darah dan sama daging dengan kita.

Sentiasalah memaafkan dan memohon maaf antara satu sama lain semoga kedua ibu bapa kita peroleh rahmah kerana berjaya mendidik kita dengan sempurna. Tidak berpecah belah. Sentiasa bersatu. InsyaAllah.

Amin.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails