Assalamualaikum.
Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah terbangun. Seawal jam 5.30 pagi. Tidak dapat tidur lagi lantas aku mandi dan bersedia utk solat subuh. Semoga rutin ini berkekalan sampai akhir hayat aku nanti. InsyaAllah. Amin.
Jam 6.00 aku kejutkan FaRa tapi masih tdak boleh bangun. Last sekali jam 7 baru depa bangun.
Hari ini hari graduasi Tadika Hidayah Bestari. Tempat Rafiq transit lepas balik tadika. Walau pun hanya transit sahaja, Rafiq tetap sertai persembahan hari ini.
Persembahan pertama adalah nyanyian nama 25 Nabi dan chicken dance. Walau pun biasa2 sahaja tapi cukup untuk gembirakan anak2. Terima kasih cikgu2, mendidik anak2 dan menggembirakan mereka.
Persembahan kedua adalah gabungan beberapa tadika berlainan cawangan. Nyanyian nasyid 3 buah lagu. Lagu pertama Ya Hanana.
Alkisah mereka menggerakkan pom pom. Dan budak sebelah Rafiq ni secara tak sengaja dok ayun2 atas muka Rafiq. Akhirnya termasuk dalam mata. Mula2 aku tengok Rafiq ok Walau mata dia dah merah2 tapi bila nampak aku terus dia menangis. Apa da cembeng. Hihi. Macam sapa ntah?
Sebenarnya dah 3-4 hari Rafiq sakit mata. Aku dok pertahankan dengan titiskan eyemo pagi sebelum ke sekolah dan malam sebelum tidur. Nampak gayanya berjaya.
Ok bila tengok anakku kesakitan aku lantas beri isyarat pada cikgu dan minta nak bawa balik la. Memang nak balik pun sebenarnya Firuz langsung x dapat tidur walau beberapa kali terlelap. Almaklumlah bising dan panas.
Cikgu bawa Rafiq masuk ke belakang pentas, so aku tak boleh ikut. Aku suruh Fatin masuk ambil Rafiq. Tak lama lepas tu Fatin keluar dan beritahu ustazah tengah doakan Rafiq.
Aku pun intai ikut pagar belakang dewan. Sakan ustazah tu tiup dan baca2 doa. Takut aku marah ye, ustazah? Almaklum aku ni sangat ambil berat hal anak2 aku. Even kalau ke pasar malam sekali pun kalau ditolak budak lain pasti budak tu akan aku marah.
Aku ni bukannya suka marah sangat. Hihi. Iye lah tu. Aku nak sesuatu tu jadi elok. Yang lemah tak ditindas. Aku kena tindas takpelah. Memang dah nasib aku kan.
Untuk anak2 memang aku akan pertahan sedaya aku la. Nampak macam hal kecik tapi tidak pada aku.
Nak flashback semula hal 2009 masa di kampung Krz, semua anak2 g main dalam rumah, yang mak2 ni dok makan nasi kenduri. Tiba2 ada jeritan tangisan Rafiq dari dalam rumah. Segera aku basuh tangan bingkas bangun dan masuk dalam rumah.
Alangkah terkejutnya aku bila lihat Rafiq terperangkap di penjuru rumah dan anak sepupu Krz dok tumbuk dia bertubi2! Siap ada kesan merah2 kat dahi dia. Apa lagi. Siren automatik terpasang la.
Adik ipar aku cerita semua yang kat luar terdiam dengar siren aku tu. Dahsyat tak? Aku tak peduli dah org nak kata apa. Aku rasa itu jln terbaik pada masa tu. Nasib baik siren terpasang. Kalau mode peninju yang terpasang, mau budak tu pula yang kena tinju. Hihi.
Terus aku dukung Rafiq sambil kemas2kan rambut dan baju dia. Alhamdulillah takde luka. Aku bawa dia duduk di luar dan bapa budak tu-suami sepupu Krz datang minta maaf dan tawarkan duit ubat. Geleng kepala je la. Tak luka pun. Trauma je si Rafiq pada masa tu.
Tamat flashback.
Itulah. Nak bagitau aku tak marah. Cuma bertindak ikut situasi je. Mana yang perlu. Kalau yang memang kenal aku dulu dan jumpa aku sekarang akan tahulah betapa aku banyak dah cool down. Aku rileks je. Buatlah apa pun. Silakan. Buat2. Tapi anak2 aku jangan usik ye. Itu je.
Selepas beberapa ketika ustazah tu berjaya pujuk Rafiq dan dia nak keluar menyanyi semula. Tapi dengan aku kat sebelah la. Sambil dok awasi budak sebelah yg eksaited nak ayun2 pom pom.
Si Fatin pun join juga. Teringin. Firuz tak mau join? Hihi.
Ingatkan lepas persembahan nak balik terus. Ada penyampaian hadiah pula. Alhamdulillah. Sekurang2nya ada la benda penyejuk hati Rafiq kan. Lepas dapat hadiah barulah kami pulang.
Jom tengok gambar. Panjangnya entri ni. Harap tak bosan ye. Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan