Assalamualaikum.
Hai. Pagi2 dah datang rumah org. Ddtang kosong pula tu. Bawa2 lah karipap ke. Nasi lemak ke. Hihi.
Semalam ada taip satu entri. Punyalah panjang. Dalam nak cari gambar akhirnya aku terdelete. So selamatlah blog aku dari satu lagi entri merapu meraban. Haha. Pasni tukar nama blog la pulak ye. :-P
Kisah malam tadi lebih byk berkisar tentang kesedaran aku tentang apa yang berlaku dan sikap2 manusia sekeliling aku. Ada juga manusia yang takde sekeliling aku tapi still mampu mempengaruhi aku. Hebatkan?
Manusia hebat itulah teman sejati. Sahabat2 aku. Macam pagi2 tadi lepas siap mengemas, aku membasuh pula. Sambil membasuh tu terkenang2 seorang rakan ku anggap baik dan yang paling rapat, semakin menjauhkan diri.
Aku tau sebab apa. Aku kenal siapa yang punya angkara. Tapi aku akan biar juga. Sehingga rakanku itu kembali tersedar dan memaafkan aku. Buat si pembuat angkara dia masih tegar berpura2 baik dengan aku.
Jangan ingat aku tidak sedar. Cuma aku sudah tidak mahu campur lagi sahaja. Pandai2 lah kamu serta kamu dan kamu selesaikan sendiri.
Aku bukan seorang pendendam. Memaafkan juga sangat mudah. Tiada maknanya menyimpan kesakitan itu lama2. Lebih baik dibasuh luka dengan kemaafan kan?
Tetapi jika sejak dari mula lagi itulah yang sering dihidangkan dalam persahabatan ini, tidakkah pudar kasih sayang kita?
Tidakkah sirna cahaya kasih sayang antara kita?
Sebenarnya aku masih menunggu. Si pelaku berterus terang. Dan aku tahu sikap sahabatku yang satu lagi itu juga. Pendendam.
Hatinya terluka. Tetapi aku hanya menyatakan kebenaran. Dan aku tidak menyebarkan ke sana ke sini. Cubalah kau fikirkan. Walau kau tak tahu pun aku menulis untuk kau ni. Hihi.
Ya udah. Jom makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan