Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 6 Disember 2013

Konon

Kononnya
Berjanji.
Sudahnya
Mungkiri.

Optimistik.
Aku memang tak berapa percaya.
Kalau kau ingat lagi berulangkali aku tanya.

"Betul ni? Betul? Janji tepat? Nanti mesti tak jadi!"

Atau salah aku juga. Sebab tanya macam tu. Seperti mendoakan pula.

Ah. Kau memang menyalahkan orang saja. Diri kau kan semuanya betul.

Dush! Aduh!

Sakit? Rasa terpukul?

Bak kata abg sulung aku la. Siapa makan cili, dia rasa cili.

Aku sudah tahu kau akan mengelak. Ya lah. Siapa yang mahu dilanda permasalahan yang tidak berkesudahan.

Sengaja aku mencipta ayat. Memancing pengakuan dari kau. Sengaja aku ungkapkan ayat mahu berbuat demikian. Sebenarnya sudah hari kedua atau ketiga aku berbuat demikian.

Kiranya, ayat aku itu khas untuk janji itu.

Nah!!!

Langsung saja kau mengelak. Alasan yang terbaik. Aku senyum saja.

Macam biasa. Tiada sekelumit dendam. Teruskan sakitkan hati aku lagi. Aku sudah terlalu biasa. Ibarat makanan ruji. Dah biasa. Hidup terus jua walau selumatnya hancur hati ini.

Hidup aku bermatlamat. Hidup aku untuk harta2 akhirat aku. Sakitnya aku tidak kupeduli lagi. Kerana kita ini manusia biasa. HambaNya. Tidak tahu usia kita akan tamat bila.

Sebolehnya cuba persiapkan anak2ku dengan ilmu2 sepatutnya. Mengajar mereka mengenal Allah dan belajar berserah. Kerana hari ini aku masih ada tapi apa jaminan untuk esok lusa?

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails