Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 5 Disember 2013

Kek Coklat Lembap

Resepi asal : Mat Gebu

1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*

(*disatukan, gaul dan diayak)

1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla

200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*

(*disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :-)

Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar.
Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang.
Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.

#saya kisar gula biasa hingga menjadi gula castor kerana hanya menggunakan tangan memegang senduk memutar adunan.

#saya letakkan adunan yang telah siap ke dalam bekas kecil jadi masa mengukusnya lebih singkat antara 15-20minit sahaja.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails