Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 5 Disember 2013

Nugget ayam

Resepi oleh: Aileen Airiesh

Untuk menghasilkan lebih kurang 1.5kg @ 50 ketul

Bahan A

4 ketul dada ayam *dibersihkan dan direbus sebelum diracik halus

8 keping roti *dibuang kulit dan dipotong dadu kecil

1 batang lobak *dipotong dadu kecil

sedikit daun sup dan daun bawang *dipotong kecil

2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk penaik
2 keping stok ayam
Lada sulah secukup rasa

Bahan B

4 biji telur
Serbuk roti warna oren secukupnya

Cara

1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul dan ramas sehingga adunan padat.
2. Ambil sesudu adunan dan leperkan. Buat sehingga adunan habis.
3. Pukul telur dan celup adunan yang telah dibentuk sebelum golekkan di atas serbuk roti.
4. Celupkan telur sekali lagi dan golekkan di atas serbuk roti sekali lagi.
5. Buat sampai habis. Nugget boleh dibekukan atau terus digoreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba!

#hasilnya sedap. Saya buat separuh adunan. Dapat lebih kurang 23 biji. Cuma saya terkurang ayam. Dapat satu bahagian dada sahaja jadi isi nugget saya kurang putih.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails