Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 22 Disember 2013

Telur Dadar Gebu

Bahan

5 biji telur (dipukul sehingga kembang)
2 sudu makan mayonis
1 mangkuk kecil susu segar (lebih kurang 1/2 cawan)
1 sudu teh garam
3 batang daun sup (dipotong kecil)

3 sudu makan minyak masak

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
2. Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan minyak. Lebih kecil saiz kuali lebih tebal telur dadar anda.
3. Pastikan api sederhana kecil dan tuangkan bancuhan telur.
4. Setelah 3-4 minit, gunakan spatula kayu dan koyak2kan bahagian bawah telur untuk membuat telur yang masih belum masak meresap. (memudahkan untuk membalikkan telur kemudian)
5. Apabila bahagian atas sudah 3/4 suku masak, balikkan telur perlahan2 menggunakan senduk kayu.
6. Tunggu seminit dan bolehlah ditutup api.
7. Potong 8 dengan menggunakan pisau yang panjang. Sedia dihidangkan.

2 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

sedap kan...klu mendadar ni buh mayonis..heheeee......gebus2 je hasilnyer nanti..

Aida Omer berkata...

Sedap sangattt. Nyam2.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails