Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 7 Disember 2013

Kari kepala ikan talapia

Kuang kuang kuang. Gila pelik nama resepinya. Makan terceloteh la dulu. Alkisah ikan ni je yang ada, maka beli dua ekor. Bajet nak goreng pastu tumis bawang dengan cili api je. Pastu terasa nak makan kari masam. Maka, aku mereka2 je resepi ni. Alhamdulillah jadi.

Bahan

1 kepala ikan talapia (saiz sederhana besar)
1 labu bawang besar#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia#
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
1 sudu makan serbuk jintan putih*
1 sudu makan serbuk jintan manis*
3 sudu makan rempah kari*
1 mangkuk air
2 sudu teh garam
5 sudu makan minyak

Cara

1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Hiris bahan bertanda #.
3. Bancuh bahan bertanda * di dalam 3 mangkuk berasingan.
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga layu dan masukkan pula daun kari.
5. Masukkan bancuhan jintan satu persatu. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan pula bancuhan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan ikan.
7. Biarkan mendidih sekejap dan tutupkan api.
8. Akhir sekali masukkan garam. Kacau sebentar.
9. Sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails