Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU


Assalamualaikum....

Hai hai hai.... terima kasih abang Ben buat segmen ni. Segmen apa??? Klik kat SINI.

Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan, aku copy paste dari blog pertama jelah. Hehe.

Lokasi : Umah yang arwah abah tukang sendirik,
kat Rimba Jaya, Klang.
Pelakon bukan artis : Aku, arwah abah
Tahun kejadian : Tak ingat, tapi aku masih sekolah rendah...
Saksi : Mak
Artis Jemputan : KOPIKO
.
Intro
Biarlah aku cerita perihal arwah abah dulu supaya korang tak konpius. Arwah abah mendapat kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan (sebelah kanan). Ingatannya pun hilang. Kegemarannya semenjak sakit, pantang nampak sesiapa lalu, pasti akan dipanggil. Bila sudah dipanggil, pasti pula beliau meminta sesuatu. Yang paling kerap di minta adalah air. Pemikiran aku waktu itu adalah, "Abah ni duduk saja pun asyik minum air". Aku taklah kecik sangat waktu tu tapi nampak sangat aku tak matured lagi. Aku tak terpikir yang orang tua tu sakit bukannya rasa sakit. Dia boring tak boleh berjalan dan tak boleh bergerak.

Ceritanya.....
Cerita bermula apabila aku lalu dan arwah abah minta segelas air.

Aku punyalah hangin sebab mak baru beri jer air pada abah.... Separuh menjerit aku jawab "Kan mak baru bagi tadi....".Punyalah kurang ajar aku waktu tuh.

Kemudian aku berlalu dan masuk dapur. Aku keluarkan gula-gula kopiko dari pembalutnya dan masukkan dalam mulut.

Tiba-tiba, gula-gula kopiko tu terus meluncur ke dalam tekak aku.... Aku tercekik! Aku terbatuk-batuk. Menepuk-nepuk belakang sendiri tapi tak berjaya keluarkan kopiko cilakak tu.

Last-last mak aku bersuara.....
"Baik Aida minta ampun dengan abah......"

Zasssss!
Bagaikan petir menyambar aku.
Terus aku tersedar.
Aku telah berlaku salah.
Aku kurang ajar pada abah!

Laju mulutku memohon ampun.
"Bah! Maafkan Aida!" sambil nafasku tercungap-cungap.

Dari dapur aku terdengar lafaz keramat "Iyalah, abah ampunkan!"Sejurus itu juga tersembul keluar kopiko durjana dari tekakku. Aku menangis semahunya di pangkuan abah.

Sejak itu, aku menjaga abah sebaik mungkin sehingga akhir hayatnya. Dan sesungguhnya aku terkilan arwah abah tak sempat melihat kejayaanku menjadi seorang guru.

Janjiku,
takkan aku lupa mengingatkan muridku,
tentang kepentingan menjaga tingkah laku.
Bukan hanya kepada guru,
tetapi juga kepada orang tuamu.

Alfatihah untuk arwah abah

Kalau mengikut soalan abang Ben, dia nak tahu siapa yang aku lebihkan. Jawapannya sama saja. Sebenarnya tak teruca rasa kasih dan sayang aku pada kedua orang tua aku.

Dah tentu aku takkan sanggup orang tua aku dihumban ke situ, pusat jagaan orang tua. Kita dulu mereka jaga, kenapa bila sampai masa mereka, kita nak buang mereka pula.

Dan untuk anak2 yang suka merebut harta pusaka ni seeloknya bak kata abang aku, patutnya kecik2 dulu dibuang ke tong sampah je. Haha.

Sekian, terima kasih, harap dapat memuaskan hati insan yang membaca.

Wassalam.

p/s: Maaaflah baru perasan kena buat cerita dengan ibu. Ada juga, tapi lain kali ek.

7 ulasan:

Sunah Mohammad berkata...

cerita awak......lain dari yang lain...terima kasih kongsikan...

insya'Allah roh ayah tenang di sana, doakan arwah sentiasa...doa anak soleh boleh terangkan kubur kedua orang tua...:)

solo molo berkata...

bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...


Al-Fatihah untuk arwah abah...

Lulu caldina berkata...

Semoga ibu bapa kita dilindungi...
Tanpa mereka siapalah kita...huhu

Rafi Nilhan berkata...

panjang gak citer tu..hehe..

http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-terima-kasih-ibu.html

mas saari berkata...

salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

fRaMe+LenSeS berkata...

Assalamualaikum.. ibu Abah kamu terbaik, sama sepertimana Mama Ayah Nadh, terbaik buat Nadh.. kita sama2 pastikan, kita jugak jadi anak yang baik, yang soleh buat mereka, dan masa depan, kita ibu bapa contoh buat anak2 kita ya.. ;)

pRiNCe berkata...

sob3...knangn adalah bnda yg susah nak dilupakan sama ada pahit atau buruk..

prince doakan kite same2 menjadi anak yang soleh n solehah...:)

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails