Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 29 Julai 2015

Mee Kazen

Sumber: Norlie Harumainie

Bahan

2 peket mee - dicelur dalam air mendidih & toskan
1/2 kg daging bahagian urat & lemak
15 tangkai cili kering*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil udang kering geragau*
3 senduk sos cili
3 senduk sos tomato
2 ikat siew pak choy - dipotong kecil
1 peket bebola ikan - dipotong kecil (direbus)
2 keping kek ikan - dipotong kecil (direbus)
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara

1. Rebus daging sehingga empuk. Keluarkan daging, potong kecil. Ketepikan.
2. Kisar sekaligus bahan bertanda * kecuali udang kering geragau.
3. Tumis bahan kisar sehingga agak garing, masukkan udang kering geragau kisar pula.
4. Masukkan daging. Kacau sekejap.
5. Masukkan air rebusan daging sebelum masukkkn sos. Sos boleh ditambah mengikut kesukaan masing2.
6. Apabila telah mendidih masukkan tepung jagung dan kepingan bebola, kek ikan serta sayur.
7. Kacau sekejap bolehlah ditutup api. Perasakan dengan garam.
8. Sedia dihidangkan.

#mee dimasukkan ketika hendak makan supaya tidak kembang

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails