Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 16 Ogos 2015

Biji cempedak tumis cili hijau

Sumber: Mat Gebu

Bahan

20 biji cempedak (direbus dgn sedikit garam)
5 biji cili hijau*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Secubit gula
3 sudu minyak masak (untuk menumis)
1 keping asam gelugur (saya derhaka, tak letak sbb tak ada stok. Ampunnnn tuan guru!)

Cara

1. Sejukkan biji cempedak sebelum dibuang kulit. Hiris sederhana tebal. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris sehingga layu, masukkan sos tiram.
3. Masukkan pula air bancuhan belacan dan air. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan kepingan biji cempedak dan gaul sebati.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Khamis, 13 Ogos 2015

Allah Maha Mendengar

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Masa untuk meluahkan perasaan. Memanglah lebih elok aku mengadu pada Allah. Tapi sekali sekala aku nak luahkan kat sini supaya suatu hari nanti boleh aku kenang dan beringat.

Sebenarnya kalau nak ikut terasa, kita ini semedang terasa je kan. Itulah guna akal budi. Sifat dan sikap memaafkan dan memohon maaf. Kita hanya manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan. Tiada terbukti kau terlebih atau aku terkurang.

Itulah yang aku rasakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun lepas kemuncak satu bila seseorang mengatakan aku sepatutnya dapat bersama. Tetapi memandangkan aku cuti bersalin tahun sebelumnya, maka tak dapat. Aku sudah tak boleh terima kata2 yang pada aku langsung tiada kebijaksanaan. Tiada hemah. Dalam sakit hati, aku maafkan juga. Supaya hati aku tidak lebih parah.

Tahun ini pula, pertengahan tahun. Aku diuji lagi. Kali ini penghinaan dilemparkan ke atas anak2 aku. Walau secara tidak langsung. Memang aku sudah hilang respek. Memang tiada wisdom dalam kata2nya. Tak selesa dengan kehadiran anak2 guru. So nanti anak2 kau jadi cikgu, tak boleh beranak ya? I bet things will be totally different bila kau dah bercucu nanti.

Sekarang anak2 kau dah besar semua dah tak melendet2 pada kau lagi memang la kau rimas pada anak2 kecil kami. Tunggu kau ada cucu nanti. Mesti kau takkan keluarkan statememt tak selesa bila cucu2 anak menantu kau kan?

Aku maafkan juga. Walau rasa terhina. Tukarkan sekolah anak2. Jalan selamat. Anak2 pun tak terkesan.

Bulan Ogos terkesan lagi dengan anugerah prestij. Aku jenis tak ambil berat. Aku yakin kalau sudah rezeki aku takkan ke mana. Tup tup dalam mesyuarat bulanan korang sebut juga.

Ayat paling tak boleh blah. Pada aku satu doa yang menjahanamkan.

"Kalau sudah 7-8 tahun tapi masih tak dapat, memang MALANG lah."

Tsk. T_T

PadaNya sahaja aku meluah, merayu, mengadu.

Semalam. Aku dapat surat penempatan semula. Alhamdulillah.

Walau itu bukti depa yang calon nama aku. Aku sgt bersyukur.

Allah Maha Mendengar.

Inilah namanya rezeki. InsyaAllah things will better after this.

Kawan2 doakan aku ya.

Assalamualaikum.

Selasa, 11 Ogos 2015

Khamis, 6 Ogos 2015

Hobi terbaru.

Hobi terbaru aku.

Skodeng firuz tidur. Hihi.

Isnin, 3 Ogos 2015

Mandi Laut di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Assalamualaikum.

Ini cerita Sabtu lepas. Kisah lepas perjumpaan dan perbincangan adik beradik. Anak2 menuntut nak g mandi laut.

Cadang2 nak g mandi Morib je. Tapi entah kenapa melanjut ke Bagan Lalang.

Alhamdulillah rezeki kami. Air pasang jadi duduk tepi pantai saja. Boleh dok arah2 anak2 itu ini.

Kami yang tua2 ni tak mandi. Leceh la nak bersalin pakaian bagai. Firuz pun tak. Sekadar main pasir je.

Best tengok budak2 main. Memang rasa nak join sgt tapi kurang rajin nanti nak bersiap2. Hihi.

Jom tengok  gambar.

Ahad, 2 Ogos 2015

5 dari 6 beradik.

Serius. Inilah kali pertama dapat jumpa 5 beradik sekaligus selepas minggu pemergian arwah mak.

Mak. Hari semalam abang2 semua dah cuba nak selesaikan apa yang tertunggak.

Sebenarnya malas nak campur sangat. Lebih kepada serahkan pada abg2 je.

Kita tunggu dan lihat. InsyaAllah depa aturkan yang terbaik!

The cousins.

Ni gambar semalam. Anak2 abgku. Dan anak2ku. Hihi.

Sementara menanti adik beradikku yang lain.

Kecik2 lagi semuanya. Rafiq 8, Ip 7, Aleesha Hanim 5, Firuz 2 tahun. Kita tunggu gambar 10 tahun lagi ya. Hihi.

Hiasan Merdeka 2015 (Part 2) #sehatisejiwa

Assalamualaikum.

Ku update hiasan merdeka utk tatapan org yang lalu lalang tepi kelasku. Hihi.

Tadaaaaaa...

Dua beradik perempuan.

Alkisah dua beradik ini. Kalau bermain. Bersungguh-sungguh sangat kedua2nya. Kakak tu walau pun tidak terdaya nak mengangkat dan mendukung, digagaghkannya jua demi adik tersayang.

Kalau dengan Rafiq, Firuz suka marah2. Seolah2 macam tak sukakan abangnya itu.

Baca ini wahai anak2 ummi. Apa2 pun yang berlaku, susah senang sekali pun jangan anak2 ummi adik beradik seibu sebapa nak berpecah. Putus saudara.

Bersabar banyak2. Istighfar. Ingat Allah. Sentiasa baik sangka dan berdoa antara satu sama lain.

Ummi ayah sgt sygkan kamu semua ok.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails