Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 13 Ogos 2015

Allah Maha Mendengar

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Masa untuk meluahkan perasaan. Memanglah lebih elok aku mengadu pada Allah. Tapi sekali sekala aku nak luahkan kat sini supaya suatu hari nanti boleh aku kenang dan beringat.

Sebenarnya kalau nak ikut terasa, kita ini semedang terasa je kan. Itulah guna akal budi. Sifat dan sikap memaafkan dan memohon maaf. Kita hanya manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan. Tiada terbukti kau terlebih atau aku terkurang.

Itulah yang aku rasakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun lepas kemuncak satu bila seseorang mengatakan aku sepatutnya dapat bersama. Tetapi memandangkan aku cuti bersalin tahun sebelumnya, maka tak dapat. Aku sudah tak boleh terima kata2 yang pada aku langsung tiada kebijaksanaan. Tiada hemah. Dalam sakit hati, aku maafkan juga. Supaya hati aku tidak lebih parah.

Tahun ini pula, pertengahan tahun. Aku diuji lagi. Kali ini penghinaan dilemparkan ke atas anak2 aku. Walau secara tidak langsung. Memang aku sudah hilang respek. Memang tiada wisdom dalam kata2nya. Tak selesa dengan kehadiran anak2 guru. So nanti anak2 kau jadi cikgu, tak boleh beranak ya? I bet things will be totally different bila kau dah bercucu nanti.

Sekarang anak2 kau dah besar semua dah tak melendet2 pada kau lagi memang la kau rimas pada anak2 kecil kami. Tunggu kau ada cucu nanti. Mesti kau takkan keluarkan statememt tak selesa bila cucu2 anak menantu kau kan?

Aku maafkan juga. Walau rasa terhina. Tukarkan sekolah anak2. Jalan selamat. Anak2 pun tak terkesan.

Bulan Ogos terkesan lagi dengan anugerah prestij. Aku jenis tak ambil berat. Aku yakin kalau sudah rezeki aku takkan ke mana. Tup tup dalam mesyuarat bulanan korang sebut juga.

Ayat paling tak boleh blah. Pada aku satu doa yang menjahanamkan.

"Kalau sudah 7-8 tahun tapi masih tak dapat, memang MALANG lah."

Tsk. T_T

PadaNya sahaja aku meluah, merayu, mengadu.

Semalam. Aku dapat surat penempatan semula. Alhamdulillah.

Walau itu bukti depa yang calon nama aku. Aku sgt bersyukur.

Allah Maha Mendengar.

Inilah namanya rezeki. InsyaAllah things will better after this.

Kawan2 doakan aku ya.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails